Assalamualaikum Readers
Taipei, Taiwan 2018 : Yangmingshan National Park | Alhamdulillah 100% kerajinan ada dalam diri, 5 tahun tak sambung cerita 😂 Lamanya nak habiskan cerita trip Taiwan pada April 2018. Sambung dari [sini] . Sebut Taiwan terbayang taman negaranya yang banyak dan pelbagai jenis view. Bukan hutan semata-mata macam Malaysia. Setiap taman negaranya ada view tersendiri. Nak tawaf 1 pulau, sebulan baru cukup. Haha.. peta nampak kecik hakikatnya besaq. Sebelum segala 'memori' hilang, baik sambung cerita. Kalau lupa boleh refer blog Anies. Hahah... gelak jahat.
|
Keluar dari North Entrance TMS terus ke bus stop YNP. Jarak cuma beberapa meter sahaja. Bas stop kat sini ya. Jalan memang sibuk maklum hari bekerja |
|
Bas sudah sampai. Memang disiplin rakyat Taiwan, beratur dulu sebelum naik |
|
Cari signage bas ke YNP. Setiap bus stop ada electronic signage. Jadi boleh tahu next bus akan sampai pukul berapa |
|
Bas ke YNP. Bayar tambang guna Easycard. Tambang hanya TWD160 sehala |
|
Dah sampai di kaki YNP. Kami turun ikut penumpang lain. Lepas tu menggagau cari signage, buat macam tahu jalan, walhal tak tahu |
Hari kedua di Taiwan terbahagi kepada 2 situasi. Pada sebelah pagi kami di Taipei dan selebihnya ke luar 'country'. Lebih kurang macam masuk negeri lain atau daerah. Sebelah pagi, kami ke tempat pencinta alam, lokasinya di Yangmingshan National Park (YNP). Baca biar faham ngerti ngak. Haha.. Plan nak datang sini kena study betul-betul, jangan jadi macam kami. Kalau tahu akan sesat, dah terjah ke perkampungan kucing.
|
Jalan dan jalan, kami pun jumpa tasik biru. Tak tahu kenapa jadi biru. Sebab pencemaran atau semula jadi. Tak jumpa apa-apa signage kat situ. Tapi mustahil sebab pencemaran, ini kan taman negara. Kat sebelah tasik ni ada sauna untuk orang tua (lelaki sahaja) |
|
Selfie puas-puas sebelum balik. Nampak sebelah kiri tempat sauna |
|
Lepas tasik biru, kami pun pusing satu taman kot-kot jumpa tempat menarik yang lain ke, taman calla lily ke. Suasana kat sini memang sesuai untuk berjoging. Udara sejuk dan nyaman, yelah kawasan bukit. |
Malam sebelum kejadian, kunci jam pukul 5 pagi, tapi pukul 6 baru bangun. Terlajak tidur. Hahaha.. Dah la Subuh kat sana awal. Dalam pukul 7.20 pagi baru check out hotel dan tuju ke Taipei Main Station. Tiba di TMS, cari kaunter / hentian bas ke Yangmingshan National Park, sebab tak tahu lokasi, kami tanya mana-mana staf yang ada di kaunter. Bas pertama ke YNP dalam pukul 8.30 pagi, bas sampai tepat pada waktunya.
|
Jumpa peta ni tapi tak membantu langsung terus buat bodo. Hahaha
|
|
Nak ke Calla Lily, kena naik light bus ni |
|
Cari punya cari tak jumpa pun tempat Calla Lily. Haa sudah apasal nama tak sama?? Lantaklah janji jumpa bunga. Malas nak fikir. Itulah padahnya tak study betul-betul taman negara yang ada di Taiwan ni. |
Info tentang Yangmingshan National Park ni, untuk korang yang planning nak ke sini. Jangan main terjah macam kami, menyesal tak sudah sebab dah buang masa hampir 5 jam.
- Tambang ke YNP menaiki bas dalam TWD160 sehala dan naik bas no 108.
- Perjalanan ke YNP ni memakan masa sejam. Lokasinya jauh dari Taipei, sebab tu ramai ke sini dengan kenderaan (drive sendiri atau naik teksi)
- Dalam pukul 9.40 pagi tiba di NYP, kami mengaku tak habis study pasal YNP ni, jadi turun ikut orang, yang mana ramai turun tu ikut jelah (macam anak itik).
- YNP ni sangat luas dan besar, penat nak explore semua. Dah nama pun taman negara, rasanya 2 hari pun tak cukup. Sampai saja, tercongok 2 orang kat situ. Peta tak ada langsung, redah dan ingat tempat berhenti tu pintu masuk YNP. Merayau kat sekitar kawasan, tak banyak tempat menarik kecuali kolam air panas (warna biru, lelaki tua yang mandi pun).
- Kami pun beredar ke tempat lain. Dah jumpa peta, tunggu light bus untuk bawa ke lokasi yang menjadi pilihan iaitu nak tengok kebun bunga calla lily.
- Situasi kedua di lokasi kedua, tercongok berdua kat tepi jalan. Dah la kekurangan signboard. Sedih pun ada, menyesal pun ada.
- Jalan separuh kawasan taman negara, jumpa kebun bunga. Nak masuk kena bayar TWD 5. Tengok dari luar saja sebab kawasan bunga lily tak luas macam dalam gambar di website. Sebenarnya tu bukan kebun bunga yang kami nak tuju.
- Akhirnya, plan nak ke kebun bunga Calla Lily terpaksa dicancelkan. Tak ada rezeki kali ni. maybe next time ada rezeki boleh ke Taiwan lagi dan explore YNP dan kami gerak pulang ke Taipei. Lewat petang takut bas dah tak ada. Kami kembali ke lokasi masa mula-mula sampai
|
Kaki bunga dan kaki IG boleh snap gambar banyak-banyak kat sini. Lagi satu banyak bunga yang tak pernah nampak, ada di sini. Jakun! |
|
Pokok ni ada di Malaysia tapi di Taiwan punya main banyak ditanam |
Kalau duit banyak nak jelajah satu pulau yang makan masa selama 20 hari, baca dari blog. Ini saja yang dapat gambarkan YNP ni. Boleh refer gambar-gambar di bawah, mana lah tau ada yang nak terjah Taiwan!
|
Bila tak jumpa apa-apa yang menarik, kami refer benda alah ni. Senarai nak ke tempat-tempat menarik di YNP. Walaupun bertulisan, namun bukan semua kami faham.. Lepas bincang, kami decide ke tempat paling dekat iaitu Calla Lily |
|
Jalan dan terus jalan sampai jumpa pintu keluar ke YNP |
|
Tetiba nampak signage ni terus ajak Anies masuk |
|
Misi mencari bunga. Kami jumpa kebunnya tapi bukan kebun 'yang sebenar'. Kecewa disitu |
|
Ini saja yang kami jumpa. Walaupun frust menonggeng, kami tetap happy sebab berjaya sampai ke sini. Terjumpa minah saleh ni.. dia pun macam kami. Sesat! |
|
View dari luar kebun Calla Lily, nak masuk kena bayar. Jadi Nina ambil gambar curi. Hahaha |
|
Signage memeningkan. Semua no bas ke tempat yang sama |
|
Hari pun dah hampir ke pukul 6 petang, kami bergegas ke bus stop. Terlepas bus terakhir naya! |
|
Kami tunggu bas di sini untuk balik ke Taipei sebelum hari gelap |
Itu saja cerita kami, janji dah sampai. Pengalaman yang kurang seronok tapi bak kata Anies banyak benda kami belajar dan dapat pengalaman yang paling berharga.
Pengalaman manis!
ReplyDeleteAkak suka main terjah je...Taiwan ada dalam wishlist tapi lepas2 covid ni kena la fikir dulu nak travel luar negara mana yang paling ok...lamanya peram citer...cepat sambung...
ReplyDeleteHihihi yg pntg keduanya enjoy. ;)
ReplyDeleteSedih tidak jumpa tempat calla lily.
ReplyDeleteKalau mengembara secara buat sendiri memang kena kaji kan.
Harap ada rezeki Nina pergi lagi.
tu diaaaaaaaaaa..... keluar dahhhh.... ayuhhhh kayuh cepatttttt
ReplyDeletecepat cepat nak mengungkit memori ni hahahah
ReplyDeleteKikiki.. lama betul sambungannya ye.. Takpe.. still menarik dibaca.. Sesat dibuatnya.. Bila kongsi pengalaman macam ini, bolehlah jadi panduan pada yang nak pergi.. tq nina and anies..
ReplyDelete