27 Jun 2022

Magnum Belgian Chocolate Luxe

Assalamualaikum readers


Magnum Belgian Chocolate Luxe | Lama tak masuk 7E dan scan kesemua aiskrim-aiskrim yang ada. Mata ni kadang dia macam scanner kalau nampak flavour baru terus grap. Terus terang kesemua magnum ni terlebih dahulu keluar di Thailand. Jadi bila dipasarkan di Malaysia, hati membuak-buak nak cuba kesemuanyaaaaa. AMARAN : sangat manis tahap potong kaki toppingnya. Ini yang pertama dan terakhir. Tiada rasa yang ketiga dan seterusnya. Cewahhh ayat.


Magnum Belgian Chocolate Luxe


Cuaca panas-panas memang best makan aiskrim tapi selalunya Nina akan spare air mineral untuk hilangkan kemanisan di tekak. Rasa aiskrim belgian chocolate ni memang full of chocolate. Mewah dengan rasa belgian choc. Rasa salutan coklat Belgian di bahagian luar saja. Di bahagian dalam tak terlalu manis. Walaupun rasanya yang manis sangat tapi bila gigit di bahagian dalam dah rasa balance. Nak cuba sekali sekala boleh. Harga dalam RM 5.40 sahaja.


22 Jun 2022

Review Filem : Uncharted (2022)

Assalamualaikum Readers


Review Filem : Uncharted (2022) | Filem Uncharted Adaptasi Dari Game Di PlayStation | Filem kedua Nina tengok bagi tahun 2022. Setiap kali ada peluang bila anak toknya bawa keluar. Kami akan grab 'us time'. Lama tak dating berdua, kalau ada anak tak gamak nak tinggal. Patut hubby nak sangat tengok filem ni rupanya adaptasi dari game.



Bagi gamers PlayStation, Uncharted salah satu game yang telah terjual lebih 41 juta unit sejak tahun 2017 lagi. Kami decide tengok di Gurney Plaza hujung bulan 3 lepas. Baru ada masa nak review. Kalau pi hari ahad, kena naik moto kalau tak hadap lah jammed.


SINOPSIS :


Uncharted mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Nathan Drake dari seorang bartender menjadi pencari harta karun yang perlu mengembara untuk mencari harta misteri di seluruh dunia dalam masa yang sama sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.




Street-smart Nathan telah direkrut oleh Victor Sullivan, iaitu "otai" dalam dunia pencarian harta karun. Victor merupakan sahabat baik kepada abang Nathan iaitu Samuel Drake. 




Misi mereka adalah untuk mendapatkan semula kekayaan yang dikumpul oleh Ferdinand Magellan (penjelajah Portugis) yang telah disembunyikan lebih 500 tahun lalu di House of Moncada. Dalam masa yang sama, menjadi pencarian Santiago Moncada (Antonio Banderas) dan kuncu-kuncunya. 


Sangat jahat dan liat nyawa nak mati
Nathan berjaya merungkai kod di setiap poskad kiriman abangnya


Penceritaan filem ni sangat mudah difahami tanpa perlu tahu gamenya. Menarik filem ni ada banyak aksi serta 'puzzle' untuk dirungkaikan. Bukan itu saja, view laut yang cantik dan bangunan-bangunan lama yang masih utuh. Lokasi shooting sekitar Barcelona, Girona, Valencia, Berlin dan scene jumpa 2 kapal tu di Lloret del Mar sepatutnya shotting di Khao Phing Kan, Phuket tapi disebabkan pandemic tak dapat. 


Siapa suka filem aksi, wajib tengok. Nina bagi 🌟🌟🌟🌟

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com