20 Jun 2012

Apa Itu Kawan?


Apa itu kawan? Kawan la yang selalu menemani kita dari mulanya kenal sehingga la sekarang itu baru la teman sejati. Kawan muncul dulu dari bf tapi bila dah mula bercinta kawan tolak ketepi dah tak fikir lagi perasaan mereka. Berapa kerat dari korang yang sanggup cancelkan date dengan pakwa masing2 semata2 nak temankan kawan korang pegi shopping? Takyah tipu la, ada yang sanggup buat macam tu. Masa single dulu, kawan la tempat mengadu, tempat segala-galanya. Kalau boring, kawan la tempat nak ajak keluar, lepak sama2, pi tengok wayang ke, main bowling ke.


Gambar tak ada kaitan...saja seronok2


Bila dah ada buah hati, tak pernah ke fikir kawan kita? Kalau boring siapa yang mereka ajak keluar dulu? kawan ke pakwa? Time bercinta segalanya indah. Jujur aku cakap kawan2 kolej time senang memang ada banyak time kita susah, tengah sedih tak ada pun yang ambil kisah. Aku taknak sebutkan nama, nanti terasa pulak. Kalau baru couple tu lagi la aku menyampah. Sebab itu la aku lebih utamakan kawan baik dari bf yang menjengkelkan. Sebab aku rasa hubungan kami lepas tu tak akan tahan lama.  




Korang pernah tak kena tinggal dengan kawan? maksudnya kawan tinggalkan kita. Setakat nie aku rasa kawan yang betul2 best friends forever cuma ada tak lebih dari 10 orang saja termasuk sorang budak laki. Laki lain tak pernah menjadi kawan sebaik dia sebabnya mereka cuma mengambil kesempatan. Aku benci laki perangai gatal tak kena tempat. Dah ada gf tapi nak mengatal dengan kawan pompuan last2 berlaku perang dunia dimana gf kawan kita tu datang melancarkan peluru. Itu sebagai contoh saja, setakat nie aku mengelak dari terkena. Alhamdulillah, aku dah dapat kawan yang tak dapat dicari dan kami berkawan dalam masa 5 tahun walaupun masing2 dengan career sendiri. Aku dah tak perlukan kawan baru kerana belom tentu mereka akan mengingati kita. BFF tetap ada dan menemani kita walaupun cinta datang dan pergi ♥ 


To : Wan Azim Azizi, Siti Norbaizura Bt Abdul Rahman, Nadiatun Liyana Bt Ramli


Kita dah kawan 4 tahun, macam2 aktiviti kita buat masa kat Kedah dulu.. korang la tempat aku mengadu, mintak tolong kalau ada krisis dengan Fizie. Sama2 minat karok, mandi air terjun, main bowling.


p/s: Pandai pilih kawan yang baik, kita pun akan ikut jadi baik..kawan yang menyesatkan, kita pun akan ikut sesat..Renung2 kan dan selamat berkawan :)

13 Jun 2012

Review Filem Bohsia 2 Jalan Kembali





Cuti sem kali ni takda aktiviti lain asyik tengok wayang. Bila fikir2 balik aku la orang paling sedih sekali sebab ketinggalan banyak filem yang kuar kat wayang. Masuk movie Bohsia ni baru 4 kali dalam tahun ni aku tengok wayang. Terus terang aku takda masa nak tengok wayang disebabkan tuntutan jadual kelas yang sesak dan padat.


Oppsss..back to story, best jugak movie kali ni. Kami pilih untuk ton..ton kat Mega Cineplex, Pacific Megamall Prai dengan tiket berharga RM 14 (nak bagi tau murah). Hehee.. Movie sebelum tu aku tengok Piranha 3DD,  memang hampeh tapi terjerit jugak aku tengok gigi ikan tu tapi tak sesuai untuk budak tak baligh lagi. herher..


Kami la orang paling excited, dengan muka selamba aku pegi kat abg koyak tiket tu, dia pun macam kena pukau koyak tiket tu. Masuk panggung tapi kami 2 orang saja, nampak tak betapa tak sabaqnya. Bila cerita dah start nampak nama mak jah tu, ingatkan watak dia jadi orang gaji tapi dia jadi gengster dalam rumah pengasih tu. Awal awal memang dah best pasal memang best la. Mak jah si orang gaji ni memang pandai berlakon tapi tak boleh blah bila part dia dengan berus JAMBAN tu.



Lepas ni mat2 rempit sekalian, kalau nak lajukan moto pi cari bomoh jangan cari pomen



Paling aku suka watak Keting lakonan Sofi Jikan. Sakit perut aku gelak bila tengok dia jadi mamat masuk air. Memang masuk air betul dia dalam cerita ni. Zizan dengan Shamsul pun boleh tahan jugak. Zizan memang terbaik dari ladang. Macam bangang nak lajukan moto, pi jumpa bomoh kaki kencing.. Haha







Pada aku cerita ni memang terbaik dan ada unsur pengajaran walaupun ada yang tak masuk akal bila si Keting baru lepas race dia ada berhenti depan masjid time nak subuh. Tak tau la kalau time azan tu baru azan Isyak. Cerita ni membawa keinsafan kepada bohjan2 dan bohsia2 ~ ~


antara quote yang aku suka :

  • ‎"Maafkan keting mak sebab tak dpt berikan mak menantu yg solehah buat anak mak yg soleh asal boleh...."
  • ‎"Belum ada lg seorang pun dalam keturunan gua yg barai punggungnya!!"
  • "You can bring the horse to the river but you can't force the horse to drink the water.."
  • "Kalau ada toyol ke jin ke masokkan dalam piston atau ekzos motor ni Tok.."
  • "Sampai mesin rumpot pown orang suwoh aku repair taw, utk lajukan ~~"


Tengs jugak kat orang yang belanja tiket wayang. Memang gelak sakan aku dengan dia dalam wayang tu, gelak kuat bukan gelak sopan oke. Tak kisah janji boleh buat awet muda. Tengs jugak sebab teman aku beli barang kat Jusco Perda untuk bawak balik Ipoh nanti. Menghabiskan masa makan di Big Apple Donut, it's my turn to 'belanja' him :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com