20 June 2012

Bila Single Cari Kawan. Bila Ada Bf Cari Kawan Lagi Ke?




Gambar tak ada kaitan...saja seronok2



Apa itu kawan? Kawan la yang selalu menemani kita dari mulanya kenal sehingga la sekarang itu baru la teman sejati. Kawan muncul dulu dari bf tapi bila dah mula bercinta kawan tolak ketepi dah tak fikir lagi perasaan mereka. Berapa kerat dari korang yang sanggup cancelkan date dengan pakwa masing2 semata2 nak temankan kawan korang pegi shopping? Takyah tipu la, ada yang sanggup buat macam tu. Masa single dulu, kawan la tempat mengadu, tempat segala-galanya. Kalau boring, kawan la tempat nak ajak keluar, lepak sama2, pi tengok wayang ke, main bowling ke.


Bila dah ada buah hati, tak pernah ke fikir kawan kita? Kalau boring siapa yang mereka ajak keluar dulu? kawan ke pakwa? Time bercinta segalanya indah. Jujur aku cakap kawan2 kolej time senang memang ada banyak time kita susah, tengah sedih tak ada pun yang ambil kisah. Aku taknak sebutkan nama, nanti terasa pulak. Kalau baru couple tu lagi la aku menyampah. Sebab itu la aku lebih utamakan kawan baik dari bf yang menjengkelkan. Sebab aku rasa hubungan kami lepas tu tak akan tahan lama.  




Korang pernah tak kena tinggal dengan kawan? maksudnya kawan tinggalkan kita. Setakat nie aku rasa kawan yang betul2 best friends forever cuma ada tak lebih dari 10 orang saja termasuk sorang budak laki. Laki lain tak pernah menjadi kawan sebaik dia sebabnya mereka cuma mengambil kesempatan. Aku benci laki perangai gatal tak kena tempat. Dah ada gf tapi nak mengatal dengan kawan pompuan last2 berlaku perang dunia dimana gf kawan kita tu datang melancarkan peluru. Itu sebagai contoh saja, setakat nie aku mengelak dari terkena. Alhamdulillah, aku dah dapat kawan yang tak dapat dicari dan kami berkawan dalam masa 5 tahun walaupun masing2 dengan career sendiri. Aku dah tak perlukan kawan baru kerana belom tentu mereka akan mengingati kita. BFF tetap ada dan menemani kita walaupun cinta datang dan pergi ♥ 


To : Wan Azim Azizi, Siti Norbaizura Bt Abdul Rahman, Nadiatun Liyana Bt Ramli


Kita dah kawan 4 tahun, macam2 aktiviti kita buat masa kat Kedah dulu.. korang la tempat aku mengadu, mintak tolong kalau ada krisis dengan Fizie. Sama2 minat karok, mandi air terjun, main bowling.



p/s: Pandai pilih kawan yang baik, kita pun akan ikut jadi baik..kawan yang menyesatkan, kita pun akan ikut sesat..Renung2 kan dan selamat berkawan :)



No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com