Assalamualaikum Readers
Feri Pulau Pinang Dalam Kenangan | Mulai 1 Januari 2021, tiada lagi perkhidmatan feri untuk kereta dan pejalan kaki. Hanya untuk kegunaan moto dan basikal sahaja. Ya faham Penang Port memang rugi banyak sebelum kedatangan Covid lagi dan berlarutan hingga ke hari ini. Bila pelancong tak ramai, nak naik feri pun kena tunggu sejam. Sejak beli kereta, dah jarang naik feri walaupun terminal dekat depan rumah.
23 Dis 2020, hubby balik kerja naik feri. Terutama orang Penang sendiri, mesti sedih bila tak boleh naik feri. Dulu balik kampung, shopping dan pi review job dengan blogger, mesti Nina jalan kaki dari rumah, naik feri dan naik bas, tak payah hadap jammed. Lepas ni kami tak dapat nak bawa anak naik feri macam dulu-dulu dah. Suasana dah berubah, zaman pun dah berubah. Harap Penang Port dan kerajaan negeri fikir balik setakat feri bawa moto dan basikal baik simpan jadi besi buruk.