27 October 2010

My Life as Multimedia Student



Hidup aku cuma diisi dengan study. Dulu sebagai student Information Technology di Kedah tapi disebabkan hal2 tertentu aku tak dapat nak teruskan study jadi aku buat keputusan berhenti & belajar dalam jurusan lain. Kadang2 rasa macam rugi habiskan masa belajar course yang aku memang tak minat. Patutnya sekarang aku dah sem 5. Just waste my time perah otak tapi sia2 saja. Dah banyak duit parents aku habis. Harap2 aku boley bawa course baru nie sebab aku memang suke ambik gambar dengan edit gambar. In my mind sekarang DSLR. Dok rumah aku boley makan tido makan tido tapi for sure badan aku tak naik punye. Thanks to Ika sebab selalu tolong kalau aku tak paham. Aku kenal die mase first orientasi time tu die datang dekat aku & tegur "boley tak aku join korang?" aku ingat die mualaf cina tapi rupenye bukan. Macam nie la hidup kat kolej sume gile2 termasuk pakwe kami. Gambar nie diambil lepas habis presentation IIT.

Adoii pakwe sape nie?? Tapi buncit2 pun ade gak orang sayang.
Mereka memang buncit pun.

Azrie Buncitt

5 hari seminggu dihabiskan kat kolej termasuk sayang aku cuma die kelas lain takde nak buat kecoh dalam kelas. Amann je. Suke menyibuk tapi nak buat macam mane dah pakwe sendri. Tapi kalau die tak faham aku tetap ajar die sampai faham walaupun kene berleter dengan aku. Aku berharap sangat sem 2 kami akan masuk kelas yang sama tapi aku rase tak mungkin kot entah la. berserah je. tak terfikir langsung nak susahkan die yela kene ambik hantar aku lagi kat ostel. rase macam tak terbalas budi aku kat die. penat die selalu berulang-alik hantar orang sane sini. Aku selalu rase kesian bila tengok peluh menitik kat dahi die. Sayang thanks untuk segalanya. 

Sibuk je pak cik nie nak bergambar


Hangout Wif My Beloved



23 Oct 10, Hangout dengan mereka yang aku sayang dari pagi sampai ke petang. Banyak benda yang kami buat ade la mana boley bagi tau. Dapat habiskan 1 hari dengan sayang aku. Tak penah aku jemu kuar dengan die tiap2 hari. Bergedik di tempat bowling, gi tengok wayang cerita Cuti-Cuti Cinta lakonan Nora Danish. Apa yang aku tau cerita nie borink sangat, naik mengantok, sayang aku siap tido lagi, rugi tengok. Nak buat macam mane Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dah takde. Turut serta aku punye besties, Ika & Mirul. First kitorang gi main bowling dulu. Aku paling geram sebab asyik kalah dengan diorang yela aku tak teror. Bila agaknya aku dapat kalahkan sayang aku nie. Tengok cara aku main.

@ Ampang Superbowl, Ipoh Parade


At last aku punye baling...X
Tengok sayang aku baling, die kalau baling macam nak pecah lantai. 
Kalau pecah sape nak ganti. Huh!


Last sekali aku tetap kalah dengan diorang. Ape pun tabik spring sebab die memang teror main bowling. Selalunye mirul no 1 tapi entah macam mane mirul migrain so no 2.

Amirul & Atiqah a.k.a Amika & Ikami.
Diorang 1 kelas dengan aku.

Die la sayang aku, busuk aku, teddy aku sume die bagi aku. 
Sayang El Azrie sangat2. Hubungan kami dah masuk 5 bulan. 
Tengok muke die sebelum main bowling, poyo dan bajet hensem macam tau2 nak menang.


18 October 2010

Detik Pertemuan Kami



 
Cinta...cinta..ape tu?? Kadang2 best kadang2 tak best. Aku malas nak bercinta lagi lepas break dengan si F. Die tak penah nak hargai aku. Apa salah aku kat dia. Hanya tuhan ja yang tau betapa sakitnya hati aku. Aku nak lupakan dia buat selamanya. Sebabnya si F nie cinta pertama. Time skola menengah aku tak minat nak bercinta sebab nak tumpu pada pelajaran dulu. Aku bercadang nak cari pakwa kat U ataupun kolej. Ada baik gak aku berhenti dari poli sebab dah tak tahan hidup di Alor Star. Macam2 masalah termasuk tuan rumah yang aku sewa. Aku tak fikir pun masuk kptm sebab nak cari bf baru tapi nak buat macam mana aku jatuh cinta lagi sekali. Aku dah janji kat diri taknak cinta2 tapi die berjaya tarik perhatian aku.  







Teater SARA



16 June 2010, aku dengan die same2 dalam 1 kumpulan masa Orientasi. Group 2 - Equipo De Media diberi nama oleh abang feci kitorang Hisyam Sidek & Ahmad Sofian. Mula2 aku tak sedar die tapi lepas kena kenalkan diri kat balapan SMK Gunung Rapat, Ipoh baru aku tau budak tu ketua group. Time die kenalkan diri pun aku tak dengar nama die. Punya sombong tak nak tegur langsung. So jangan harap aku nak tegur. Dah la perangai terhegeh2 suka jeling aku bila tengok dia. Perasan. Jangan harap nak jadi pakwa aku. Memang aku tak suka die sangat2 menyampah pun ada. Masuk hari ke 3 baru nak mintak no fon. Entah la pelik betul, aku pun bagi dengan tanda tanya. Aku memang tau nama die sorang je dalam group selain budak dorm aku. Masa kena halau kuar dari dewan skola tu aku rasa macam nak nangis sebab tiba2 kena halau walhal tak buat salah ape pun. Rupanya aku kena berlakon pura2 merajuk so kena menyorok supaya group kami cari & pujuk aku. Die la yang col tanya kat mana aku menyorok. Sampai kat dewan skola tu die melutut minta maaf. Aku terharu sebab takda orang pernah melutut macam tu. Tapi malam tu aku tiba2 mesej dengan die. Esok kami dah ok takde nak masam muka lagi bila jumpa. Last orientasi kami boleh amik gambar sama2 lepas diberitahu group kitorang menang tempat pertama.




Dari 19 June 2010 bermula detik pertemuan aku dengan die, sama2 gi makan, dari sehari ke sehari kami makin mesra sampai die minta gambar aku. Dari panggilan aku ko bertukar jadi sayang sekarang busuk pulak nama manja kami. Betul kata pepatah orang tua tak kenal maka tak cinta, orang yang kita tak suka jugak la yang akan kita sayang. Tak sangka orang yang aku tak suka dulu sekarang dah jadi pakwa aku. Sampai sekarang aku still lagi tak caya macam mana aku boley sayang dia. Aku sayang die sangat2 sejak kami couple pada 14 Julai 2010. Die ajak aku couple mase balik dari pasar malam, lawak la. Aku terima komitment baru nie sebab aku dah makin sayang kat die tapi study no 1. Aku selalu berdoa supaya hubungan kali nie tak putus macam tu saja. Die buat aku makin sayang kat die sebab die dapat terima jarak usia kami yang 2 tahun dan aku rasa bertuah sebab die bukan seorang yang cemburu. Aku tak akan sesekali curang dengan die. 19 haribulan genap hubungan kami 4 bulan. Aku makin sayangkan hubungan nie sebab dah dapat green light dari mak dengan mak die. Selama hubungan kami nie die tak penah nak menyakitkan hati aku, jarang nak marah2 & aku tak nak ajar diri aku untuk marah2 dengan die. Tanpa die hidup aku tak ceria.






Aku sedar die memang ada rupa paras dengan susuk tubuh yang tinggi, kulit putih, aku tak kisah orang nak panggil die buncit ke sebab aku sayang die walaupun kadang2 ada budak perempuan datang & duduk dekat die aku cuba untuk tak tunjukkan cemburu aku nie. Die pun tak cemburu sangat kalau aku duduk dengan budak laki kelas ataupun ambik gambar dengan diorang. Kadang tu die tak sedar ada budak suka pandang die. Thanks juga kat die sebab jaga aku dengan baik kalau aku jatuh sakit, takde niat pun nak susahkan die tapi die caring sangat. Just want to say that I love u so much. Never thought that I will find a person like u. Thanks sayang for everything. Thanks jugak sebab sayang orang. Orang perlukan die sayang. 


Nur El Azrie Noor ElKhalidy


17 October 2010

Kisah Sorang Budak


Ini kisah seorang budak busuk yang diberi nama oleh bf dia. Aku memang dilahirkan sebagai anak tunggal membuatkan aku sunyi dari time budak2 sampai sekarang. Tapi nasib baik ada kawan2 boleh main masak-masak ke lari-lari ke tiap2 petang termasuk naik basikal. Tapi kadang2 bagus gak tak payah nak berebut sebab aku memang sorang je. Dari kecik lagi aku suka pakai lipstik dengan gelang. Sekarang bila dah besar suma berubah tak macam dulu lagi. Mula rasa bertuahnya kalau ada adik tapi nak buat macam mana. Apa pun kita enjoy! 







Dah memang lumrah kot anak tunggal ni sensitif sikit, selalu rasa rendah diri dengan kecik hati. Aku berusaha untuk belajar bersabar dan terima hakikat. Tapi besar tanggungjawab yang aku kena galas. Suma harapan parents aku kena tunaikan. Rasa macam tak tertanggung. Aku kurang percaya sangat dengan kawan. sorry. Dah tak nak orang tipu aku lagi, tikam belakang la. kadang2 buat aku fade up dengan hidup. Selalu cakap kasar dengan orang, ade gak sesetengah yang kecik hati sampai aku tak sedar. maaf ye. Aku akan baik dengan orang yang baik dengan aku. Jarang jugak nak senyum kat orang sebab dulu aku senyum kat orang tapi dia masam muka. So, sekarang lebih baik orang senyum dulu baru aku senyum kan senang.







One more, kawan paling best is my mummy. Love u mak. Sporting dalam mendidik anak walhal dulu orang paling suka rotan aku time malas buat keje skola. Jadi aku paling takot kalau tak siap keje skola.






Tu jela yang aku nak ceta pun. Takde yang special sangat. Cuma aku tak berapa comel dengan cantik, tak nak bangga dengan diri dan jugak keturunan. Sebab bukan pandai cakap bahasa siam. Ape pun time kasih kat sesape yang bace blog aku nie... This is my life.




16 October 2010

About Me





Hello people, this is me Niena Ahmad. All you need to know now is that my life is changing, day after day. I'm 20 on July 4th 2010. Dip. In Multimedia kptm course in IpohSometimes can be weird, sometimes can be "gila-gila". I’m from a mixed race family (malay+banjarnese+siamase). Well I’m not perfect, but I’m also not someone who goes and does anything really crazy. I‘m kind of boring. But I feel very comfortable with myself. I just want to be myself not anyone else. I love people who are nice to me. I don't want find any trouble with somebody. I don't smile a lot to someone I don’t know (sorry) tp bukan SOMBONG ok. My relationship with my parents is very important to me. 


Boyfriends? I think for a while it’s obviously going uncomfortable because of the break-up. I only want to be with someone who thinks I am the right girl for him. And now after 6 month I meet someone in my life. Never thought that I will fall in love again. Only god know's who I love, He so special for me. He makes me smile for no reason. You do anything to make me smile. Thank sayang sebab jage orang dengan baik masa orang tengah demam. I love you sayang..





- NUR EL AZRIE-


 @ McD Pekan, Ipoh


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com