18 November 2012

Aku Dah Penat! Tolong Lah Faham



Minggu ini lagi sekali aku terpaksa gagahkan diri pulang ke tempat menuntut ilmu dengan hati berbelah bahagi, hati tak tenteram, hati yang sakit dan takkan pernah surut bengkaknya. Tapi apakan daya aku tak dapat lompat tinggi2 yang menandakan diriku sudah merdeka dengan semester 5. Ikutkan hati memang taknak dah balik Ipoh tapi final presentation for Multimedia Project buat tidurku tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu..eh macam2 lagi lah mengalahkan orang nak menikah.



Jadi nak buat hatiku senang malam nie, sambil blogging sambil dengaq lagu Barbie Girl -.-'
Harap2 nanti takda makhluk2 tuhan datang mengacau hidup aku. Sesungguhnya aku dah tak dapat nak berlakon lagi, dah terlalu meluat dan benci. Adakah makhluk2 tuhan nie faham? or buat2 tak faham dari dulu lagi. Wahai kaum Adam sedarkan diri secepat mungkin dari mimpi2 yang tak berkesudahan dengan diri yang ter-sangat perasan, usah lah kamu bermain dengan emosi seseorang yang menunggu masa nak meletup. Amboi, tak la nak meletup macam gunung fuji tu ye. Harus bagaimana lagi dapat aku katakan, sudah bersuara menggunakan ayat yang sopan ditambah pula sedikit jenaka. Haih letih makkk nak explain, nak guna bahasa tamil kang lagi tak faham, guna bahasa mencarut takut terguris hati pulak.. habis hati aku tak pernah nak faham? Ketenteraman jiwa raga aku nie? nak tunggu sampai ke tua baru nak tenteram. 



Nampak tak ayat di atas.. cik amanina dah membebel panjang berjela dalam versi ayat. Nak mention nama makhluk2 tu tapi takot terasa pulak, maklum la blog aku public dan ada silent readers. Kalau boleh nak pasang cctv. Biar kerlass blog kau kak jah. Ewahhh... 



Tata.. nak tidur peluk teddy Mr.Bean. Hihi



Pesanan ikhlas dari tuan kedaun..


Secara tulus ikhlas aku ingin pergi jauh-jauh dari kenangan dulu-dulu..tak sesweet mana pon
Hanya meloyakan tekak mendengar ayat-ayat sweet dari mereka2 ini.
Semoga insaf secepat mungkin. Hati tak boleh dibuat main. 
Tolong lah jangan ganggu hidup aku lagi. I'm begging you all


2 comments:

izzuan said...

boooooo

Amanina said...

ada org nk mkn kasut nie!

hang mesti kenai org tu pnya..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com