11 November 2012

Istanbul Aku Datang :)





Baru sempat curi2 masa sikit tengok filem yang sangat comel ini. Sangat comel kan? Lagi comel sebab ada Lisa Surihani. Aku rasa filem ini takkan secomel Lisa walaupun hero dia Beto Khushairy. Walaupun ada Tomok tapi hero cerita nie tak adalah sehensem Aaron Aziz sebabnya ini kali ke 2 tengok Tomok jadi hero selepas layan movie "Mantera" aritu. 


Sebelum tu aku dah layan movie Skyfall, Paranormal Activity yang menakutkan tu. Tapi Lisa yang comel nie macam menarik hati untuk tengok walaupun hero tak best. Janji dapat tengok Istanbul dan aku sangat adore dengan Turki since my kazen, abang An telah fly ke Istanbul bersama ayahnya, my Pak Tam. Itulah untungnya kerja dengan MAS. Jeles gua.. 




Comelnya Lisa ! Hehe



Mengisahkan keinginan Dian untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan selama 6 tahun di Istanbul. Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya.



Malang sekali, bila tiba di Istanbul, Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau dengan kehadiran Dian akan menganggu konsentrasinya dan tak suka Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan 2 orang kawannya. Maka terpaksalah Dian mencari rumah baru. Setelah membayar sewa 3 bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu - rumah itu sudah diduduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! 




Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi ke Mesir, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing2 berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara Dian dan Harris. Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad. Malangnya, kantoi juga dengan Azad. Mengamuk la bila dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! 








Malas nak story lebih2. Bila korang tengok gambar nie mesti dah boleh tekakan siapakah lelaki pilihan Dian. Nak tau kisah bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain patut tengok movie nie tau! 



Seriously I fall in love with Istanbul ! 
Cantik sangat masjid Lisa buat photoshoot masa kahwin tu :)   


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com