14 Feb 2013

Apa Itu Karma?

Assalamualaikum...


Percaya pada karma tak? What goes around, comes around. Kita selalu dengar orang-orang tua cakap, hidup nie macam roda. Tak selamanya kita berada di atas. Orang buat benda baik akan dibalas baik, orang buat benda jahat, akan dibalas jahat. Kalau perangai macam setan asyik buat orang lain sakit hati, jangan terkejut kalau esok lusa tulat anda akan banyak sakit hati bila orang lain buat perangai setan dengan lu. Kalau hari nie anda ikhlas dan banyak tolong orang susah, jangan terkejut kalau suatu hari nanti, kebaikan anda akan dibalas dengan berlipat ganda.



Sekarang nie kalau buat jahat buat lahanat kat dunia, Allah s.w.t bayar cash je. Lambat ke cepat ke tu semua kuasa Tuhan. Kalau kita taknak benda buruk jadi dekat kita, kita jangan la buat kat orang. kalau orang tu sayang kita macam separuh mati, hargailah dia. Bukan senang nak dapat kasih sayang yang sejati. Bukan time dia dah takda, time dia dah pergi, baru nak tercari-cari, baru nak terhegeh-hegeh. Baru nak rasa orang tu penting dalam hidup kita.





What you give, you get back.
Memang macam rasa kejam. Tapi kalau tak nak rasa diri kita di zalimi, jangan la zalim terhadap orang. Bila orang tu meroyan, sasau, terpaksa hadapi kesukaran dalam hidup, menangis 24 jam, kita cuma duduk dan tengok dari jauh. Mana pergi perikemanusiaan yang kita ada? Kenapa mesti ego? Selfish? Heartless?


Honesty + Commitment + You + Me = Us.


Semua nie penting dalam hubungan. Mana boleh mencipta hubungan tanpa komitmen. Kalau tak nak ada komitmen, jangan bermain dengan hati dan perasaan. Hapuskan perasaan tu. Buang ia jauh jauh. Jangan bagi harapan palsu.


Jika kau bercinta lagi
Jangan cintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh. Jangan cintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Cukup cintai seseorang sehujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh :')



Walau apa sekalipon, aku takkan pernah membalas dendam kepada lelaki yang pernah main-mainkan perasaan aku. Biar tuhan saja yang membalasnya. Hidup lebih tenang. Relax, tarik nafas dalam-dalam. Aku memang tak suka ingat benda remeh temeh, cuma ingat antara aku dengan dia memang takda jodoh. Harus diingat, jangan terlalu percayakan hukum karma. THE END...



Take Note Guys!

  • Jangan pikat wanita kalau tak bersedia cintakan dia
  • Jangan buat wanita jatuh cinta kalau tak cintakan dia
  • Jangan memberi wanita harapan kalau tak pasti
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuknya
  • HARAM jika dijadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya
- UAI-

.
.
.
.
.

Ayat agak SKEMA disitu... Ada yang terasa?
Valentines Day ? No no no
Hahahaha.. 


8 comments:

  1. baca ni ye adik syang..:)

    http://daulatpang5.blogspot.com/2011/02/apakah-wujud-hukum-karma-dalam-islam.html

    ReplyDelete
  2. Setuju banget sama pendapat lu... Setuju juga Valentines Day ? No no .

    ReplyDelete
  3. Apapapun, hanya nikah yang menghalalkan perhubungan sesama lelaki dan wanita yang bukan ajnabi ^^

    ReplyDelete
  4. Diana: Hehe.. oke kaka sayang :)

    ReplyDelete
  5. Aretikz: Setuju dgn pendapat awk :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com