30 May 2014

Review Filem : Maleficent

Salam Readers..


Masih ingat lagi kisah dongeng Sleeping Beauty? Finally dapat tengok filem ni, aku excited nak tengok sebab ada pelakon comel2 termasuk Angelina Jolie and she is EXTREMELY BEAUTIFUL in this film! Filem Disney konfem tonton bersama kanak2. Visual effects dalam movie ni sangat cantik especially di tanah lapang tempat tinggal pari2 tu. Jalan cerita movie ni memang unexpected. Maleficent tak sejahat mana pun.


Maleficent Poster



Sinopsis Maleficent :



Mengisahkan Maleficent seorang pari2 penjaga Tanah Lapang yang bebas dari kerakusan manusia dan kehilangan ibu bapanya sejak kecil. Suatu hari, sorang kanak lelaki, Stefan telah sesat dan masuk ke dalam kawasan ajaib itu dan mereka berdua menjadi kawan sehingga 16 tahun dan jatuh cinta. Hubungan Stefan dan Maleficent renggang kerana Stefan mengejar pangkat dan kemewahan. Pada suatu hari, seorang raja bertindak menyerang Tanah Lapang untuk menakluk dan mengambil harta di situ telah menimbulkan kemarahan makhluk di Tanah Lapang dan mereka berperang. 



 Young Maleficent and Stefan

Kan bagus kalau takda tanduk.. Curi tanduk Hellboy ye



Selepas Raja perang dengan tentera Tanah Lapang dan kena penyepak dengan Maleficent, raja tersangat marah, cedera dan sebelum mati, dia meeting dengan semua pegawai termasuk Stefan. Jika sesiapa dapat bunuh Maleficent, orang itu dapat jadi raja dan kahwin dengan anak perempuannya. Stefan buat keputusan nak tipu Maleficent, dia pegi jumpa awek lama, pujuk2 sampai Maleficent cair pastu bagi minum ubat tidur. Stefan nak bunuh tapi tak sampai hati jadi dia potong sayap Maleficent bagi kat raja. (Stefan dah tak hensem, dapat awek lawa tak hargai pulak.. bodoshh).



Sedihnya Maleficent bila tengok sayap dah takda

King Stefan and his wife

Maleficent bersama PA a.k.a Diawal, si gagak yang baik




Sedih bila Maleficent bangun dari tidur dan tengok sayap dah takda. Meraung terus. Semenjak hari tu dia tak percaya dengan cinta dan bertukar jadi jahat. Time tengah sedih dia terjumpa burung gagak yang kena tangkap dengan petani dan selamatkan burung tu. Sebagai balasan gagak sanggup jadi hamba Maleficent. So apa2 update mengenai Raja Stefan kat istana si gagak akan bagi tau Maleficent. Bila Princess Aurora lahir, Raja Stefan buat majlis untuk raikan kelahiran puteri dia. Ramai yang datang bagi hadiah termasuk 3 ekor pari2. Bila Maleficent dapat tau, dia jadi marah sebab Raja Stefan tak jemput. Tanpa diundang, Maleficent dengan selamba datang ke majlis tu.



Maleficent ke istana

Aurora telah disumpah



Berbekalkan dendam yang masih membara, Maleficent sumpah baby Aurora untuk tidur selama-lamanya apabila jarinya tercucuk jarum mesin jahit pada hari lahir yang ke 16. Kenapa 16? maybe sebab hubungan cinta Maleficent dengan Stefan ni terpisah bila usia mereka 16 tahun kot. Dengan gelabahnya Raja Stefan merayu untuk kurangkan curse dia, Maleficent pun letak syarat, kalau ada orang yang dapat beri ciuman cinta sejati kat Princess Aurora sumpahan tersebut serta-merta akan hilang. Nak tau dengan lebih details kena pi tengok oke =)




Yang bestnya ada banyak scene lawak dari baby tu kena sumpah sampai besar. Aurora panggil Maleficent as Fairy God Mother (Ibu Pari2) so sweet :) Baby Aurora masa kecil sangat comel.



3 pari-pari yang menjaga Aurora

3 orang pari2 yang menjaga Aurora ni lawak. Aurora lapar susu dia bagi makan carrot. Hahaa

Maleficent bawa Aurora masuk dalam Tanah Lapang

Cantikkan !


Aurora suka bermain di Tanah Lapang



Sepanjang tengok movie ni aku rasa kesian kat Maleficent. Dia sebenarnya manusia yang paling baik oke. Walaupun dah sumpah Aurora tapi Maleficent dan P.A setia mengawasi pagi petang siang malam Princess Aurora dalam hutan dari dia baby sampailah umur 16 tahun, dah dalam hutan, duduk pulak dengan 3 ekor pari2 yang super bodoh dan tak reti jaga baby. Maleficent sanggup tarik balik curse time Aurora tidur tapi tak berkesan sebab umur Aurora belum cukup 16. Dan bukti paling nyata yang Maleficent berhati mulia bila curse pada Puteri Aurora tu hilang bukan sebab ciuman putera raja (putera tu pun Maleficent yang bawa) tapi sebab ciuman kasih dan sayang Maleficent pada Aurora!


Bila tiba umur yang ke 16 tahun
Bertemu dengan putera raja yang dikenalkan Maleficent

Cantikkan Elle ni. Adik kepada pelakon Dakota Fanning !

Ini la Aurora semasa kecil . Anak Angelina rupanya




Vivienne Jolie-Pitt . Sangat comel oke




Dalam banyak2 scene, paling suka scene ni, sweet sangat bila tengok budak tu peluk Maleficent sambil suruh angkat dia sambil cakap Up.. Up, budak kecik tu sebenarnya anak Angelina Jolie, Vivienne Jolie-Pitt namanya. Comel je tengok dia pegang tanduk maknya dan berlari-lari kejar rama2. Baru 5 tahun kot. 




Baby ni lawak, sebab Maleficent takut-takutkan dia pun boleh gelak2 lagi

Baik hatinya sampai nangis lah

Bahagia tengok Maleficent dapat sayapnya



Memang best dan rasanya akan ada ulangan kali ke 2 pi tengok. Meh tengok trailer kalau tak pecaya ;)


5/5*


26 May 2014

Selfie Gaya Sendiri

Salam Readers..




Fenomena selfie dah lama berlaku. Hampir semua manusia suka berselfie termasuk makhluk empunya blog ni. Hihi. Kalau nak tau hampir setiap hari aku dikelilingi dengan orang2 yang suka berselfie tak kira tempat. Itu dikira bonus la sebab boleh tumpang sekaki. Harini selfie sakan sorang2 sebab banyak orang tak mai kerja. 


Samakan dengan gambar kat atas.. Ini la gaya selfie + gojes sorang2 ! Yeahhh
Tengs kepada blogger2 yang like pic kat FB tu. Hehe



Boleh la try gaya2 baru lagi. Weee


25 May 2014

Liebster Award 4 by Yun Sing

Salam


Oke lah tiba masanya menjawab segala soalan2 yang di tag oleh YS. Terima kasih daun keladi kawan blog senegeri. Memang sangat memahami la. Kita tak nak kena tag, dia tolong tagkan. Hehe.. Menaip laju-laju sebab nak tidur macam panda nanti. Selamat malam semua :)



1. Nama penuh korang?

Nor Amanina Ahmad .. simple right *senang time kawin nanti. hihi



2. Describe diri anda.

Seorang yang simple, manja, happy go lucky, peramah, seorang yang penakut dengan LIPAS ! dan suka ketawa.



3. Komen berkenaan blog saya?

Ermm.. fail la kalau bab komen ni. komen kat FB pandai la. Hehee. Blog yang ceria macam tuannya juga.



4. Korang rasa saya ni manusia yang macam mana?

Suka buat lawak !! Itu la kali pertama yang boleh rasa bila komen kat Twitter :)



5. Cara korang bahagi masa?

Sekarang ni dah tak pandai nak bahagi masa. Serius lepas waktu bekerja bertukar jadi 12 jam dari 7 pagi hinggalah 7 petang. Masa nak makan, nak BW dah tak cukup. 24 jam memang tak cukup dan sangat2 perlu TOP UP tidur. 



6. Korang pernah naik bas awam tak?

Start naik masa Form 4 dengan geng skolah. Naik semata-mata nak pegi main bowling dan Ko-ku. Lepas ada Rapid Penang.. dah tak takut naik bas sorang2. Hehee.



7. Apa cita-cita/kerjaya korang dan kenapa anda memilih cita-cita/kerjaya tersebut?

Kalau boleh tengok buku biodata masa kecik2 dulu mesti ada nama Jururawat & Pramugari. Kenapa nak jadi nurse? sebab boleh jaga orang sakit dan dapat jaga baby. Pramugari pula sebab boleh fly ke mana saja. That's why suka pakai lipstick merah sebab suka tengok Air Stewardess. Sekarang totally dah lari bidang la.



8.  Apa kebolehan diri anda?

Memanjat pokok dan bukit, menukar kain lampin. Entah laa.. main belasah semua benda janji selamat. Hihi



9. Apakah inspirasi yang menyebabkan anda membuat blog?

Terpengaruh dengan classmates yang sukakan blogger Irine Nadia. Lepas tu terasa nak terus berblog sampai ke akhir hayat. Cewahh.. ayat tak boleh blah.



10. Lagu kegemaran anda?

Banyak.. semua bahasa suka. Malay, Inglish, Thai, Hindi. Oke cukup. Lagu jiwang kureng sikit. Haha.. 



11. Apakah pengalaman yang paling seronok dalam hidup anda?

Banyak.. Tak terkira dan paling best bila dapat naik banana bot banyak kali. Jakunkan. Paling seronok dapat menikmati hidup secara berperingkat-peringkat dari alam bayi ---> kanak2 ---> remaja ---> dewasa. Pengalaman hidup tu yang penting. Boleh matangkan kita :)

21 May 2014

Review Filem : Godzilla (2014)

Salam Readers..


Review Filem Godzilla (2014) | Hari rabu memang best kalau tengok wayang sebab tiket murah. Ngeh.. Ngeh. Kali ni aku dan Nana pilih nak tengok Godzilla. Sangkanya binatang ni menyerang manusia rupanya dia adalah penyelamat dan aku tak tau langsung heronya HENSEM ! dan kami sebaya. Hihi


Oke, stop merepek. Untuk pengetahuan, dari tahun 1954 lagi filem "Godzilla" di filemkan di Jepun. Sebab itu lah cerita ni sangat popular di sana. Godzilla (2014) ialah versi ke 2 selepas Godzilla (1998). Filem kali ini bukan sekuel tapi reboot atau dibikin semula. Orang Jepun lebih suka panggil "GOJIRA". 




Godzilla (2014) Movie Poster




Sinopsis Godzilla (2014):


Filem ini bermula dengan sejarah kononnya pada tahun 1954 selepas ujian bom Hidrogen oleh askar Amerika di sebuah pulau, sirip seekor 'raksasa' telah kelihatan muncul di permukaan laut. Di tahun 1999, 2 saintis iaitu Dr. Ishiro Serizawa dan Dr. Vivienne Graham diarahkan untuk memeriksa penemuan aneh di bawah tanah sebuah lombong di Filipina.


Letupan bom nukleur di Jepun

Tengkorak raksasa di lombong Filipina



Di Tokyo pula, seorang jurutera dan pakar fizik sebuah pusat kuasa nuklear iaitu Joe Brody diarahkan untuk memeriksa gegaran yang dikhuatiri sebagai gempa bumi. Isterinya, Sandra Brody diarahkan memeriksa kebocoran bahan nuklear dari gegaran itu dan akhirnya isteri Joe mati terperangkap.



15 tahun kemudian, anak tunggal Joe dan Sandra iaitu Ford Brody (Aaron Taylor-Johnson) seorang tentera pakar pemati bom mendapat panggilan telefon untuk menjamin ayahnya yang ditangkap oleh pihak polis kerana menceroboh kawasan larangan kuarantin iaitu perumahan mereka di Jepun dahulu.



Ford Brody melihat gambar anak dan mendiang isteri

Mereka ditangkap kerana menceroboh

Muto tengah membesar

MUTO sejenis raksasa boleh terbang



Akhirnya mereka masuk ke kawasan larangan dan kembali ke rumah untuk mengambil beberapa barang kepunyaan Brody dan ditangkap oleh orang Dr Serizawa. Rupanya tapak nukleur yang runtuh itu telah dibangunkan semula dan terdapat seekor raksasa MUTO (Massive Unidentified Terrestial Organism) sedang membesar.



Malam Joe dan Ford ditangkap itu, MUTO telah keluar dari sarang dan membunuh ramai pekerja tapak nuklear itu dan mengorbankan ayah Ford.  Kemudiaan, muncul Godzilla bersama sepasang MUTO setelah sekian lama bersembunyi di dalam tanah. Dapat tahu dari mana datangnya 3 raksasa ini kerana lokasinya di Filipina, Jepun dan US. 



MUTO mengganas

Godzilla sebagai penyelamat




Salah seekor MUTO betina telah bunting dan mencari tempat yang sesuai untuk bertelur dan mencari radiasi nuklear untuk anak-anaknya nanti di Jepun dan Amerika sebagai makanan. MUTO jantan mampu terbang dan ada kuasa yang boleh menyebabkan seluruh bandar black out, kehilangan sistem komunikasi dan kenderaan. 


Manakala Godzilla mempunyai kuasa mengembalikan tenaga elektrik dan komunikasi. Godzilla seakan tak peduli dengan serangan pihak tentera kerana ia ada misi yang lebih penting untuk survival dirinya. Jadi banyak bangunan musnah sebab ia sedang memburu dan bertempur dengan MUTO. Ford sebagai hero ialah cuba mendapatkan nuklear yang dirampas oleh Muto dan dia berjaya musnahkan telur2 dari menetas.



Ford Brody 

Ford dikehendaki bawa bom untuk letupkan telur2 MUTO

Elle Brody dan anaknya

Terselamat dalam misi meletupkan telur MUTO

Barisan pelakon Ford & Elle Brody bersama anak, Jack. 
Aaron Taylor-Johnson & Elizabeth Olsen (adik kembar Ashley & Mary-Kate Olsen)


Boleh bagi 3/5
Meh tengok.. 

Kucing Comel

Salam Readers..


Kite seorang pencinta kucing dan juga ais krim dan banyak lagi.
Geramnya tengok gambar kucing2 ni. Hehe.. Memang dari kecik dibesarkan dengan kucing-kucing. Semuanya bela sampai meninggal atas-atas sebab tertentu.



18 May 2014

Liebster Award by Zuhaira Nasrin

Salam Readers..


Tetiba banyak pula orang nak tag aku dengan soalan2 yang kiut miut. Hehee.. Kali ke 3 di tag oleh Zuhaira. Sebelum ni dah kena tag dengan Ai Syah & Aimi. Lepas ni ada hutang lagi 1 tag :)



1. Apakah nama glamour anda?

Haha.. ini sangat lawak. Ada banyak nama orang beri seperti senior hot dan nina bobo (mak angkat panggil) *boleh search lagu nina bobo by Grace Simon. Hihi


2. Berapakah umur anda masa jawab soalan ni?

23 tahun, 10 bulan, 2 minggu & 4 hari. 


3. Rancangan tv yang paling diminati?

Ada banyak tapi nak senarai jugak lebih dari 1. Hihi.. suka drama LYMA, Robocop, Grey Anatomy.


4. Tempat best yang korang pernah pergi dan kenapa suka pegi sana?

Lost World of Tambun, Ipoh.. Sebab boleh main macam2 berulang-ulang kali. Paling suka berdiri depan patung katak dan tunggu hingga katak tu pancut air. Serius ini taman tema faveret selain Genting. Hoho


5. Apakah hadiah yang pernah anda beri kepada ibu ayah sempena birthday/father's mother's day?

Tak pernah langsung sebab mak ayah tak suka sambut. Jadi belanja diorang makan jelah.



6. Cerita sikit tentang personaliti anda.

Takkan nak puji diri sendiri kot tapi seorang yang suka makan, kuat tidur, baik, suka merengek, kuat menyakat. Itu jelah perkara yang paling sopan. Hehe.


7. Apakah handphone pilihan hati anda? Nokia? Samsung? iPhone? Motorola? HTC? Lenovo?

Minat iPhone tapi tak mampu lagi. Dari form 5 dah pakai Nokia dan masih setia hingga sekarang walaupun dah tukar ke smartphone. 


8. Apakah hari yang paling anda suka? Kenapa?

Hari Jumaat dan hari raya sebab banyak rancangan tv yang best2, yang penting cuti !! Hehe


9. Describe rumah idaman anda.

Rumah style kampung moden tapi ada pool dan ada space boleh tanam pokok2 bunga. 


10. Berapa kalikah dalam setahun anda khatam baca al-quran?

Erkk.. Memang jarang ada masa nak baca. Selalunya sekali setahun. *jujur . Yassin banyak 


11. Apakah cita-cita anda untuk 10 tahun ke hadapan?

Ada rumah sendiri, kerja tetap, ada business catering sendiri. Ewahh..


Yeahh.. ada lagi 1 tag ! Yeee Yeee


16 May 2014

Liebster Award 2 by Aimi Syafiqah

Salam Reader..


Apa nak di kato.. Last2 terkena tag lagi, ingatkan 1 rupanya 2. haaa amekaw! Sebelum tu dah kena tag dengan Ai Syah, entry di sini. Kali ini di tag oleh cik Aimi Syafiqah. Macam tau2 je kan tak nak kena tag :)


1. Assalamualaikum.

Kena jawab balik Waalaikumussalam Cik Aimi.


2. Nama blog apa?

Nama blog ada macam2 tapi buat masa sekarang masih lagi guna Nina Life Stories.  


3. Cerita sikit nama blog tu bersempena apa?

Kalau nak cerita memang panjang. 


4. Still study? Kalau ya, dekat mana?

Dah habis study, dan tengah planning nak buat PJJ (pengajian jarak jauh). In Shaa Allah.



5. Kalau ada dua pilihan, selalu buat macam mana untuk menentukan?

Selalunya baling dadu je *ok tipu. Hihi.. Memang payah nak buat pilihan, kena tanya pendapat mak ayah dulu, kawan2. Fikir masak sebelum buat keputusan.


6. Do you believe that everyone deserve a second chance?

Yes, i do. 


7. Kalau ya, kenapa? Kalau tak pun, kenapa? (refer soalan 6)

Kita bagi peluang ke 2 kat seseorang tu dan tengok dalam jangka masa tertentu, kalau dia berubah, itu bagus tapi kalau still tak berubah, memang malas nak ambil kisah. Hoho..


8. What is your dream?

Nak kahwin, ada family sendiri dan dapat pergi ke Makkah. Teringin juga nak melancong ke negara2 Islam sebab ada makanan halal. Hehe.. 


9. Time betul betul down, apa yang akan anda fikir untuk tak berputus asa?

Istighfar banyak2.. try untuk cuba bangun dari masalah. Kalau kita sendiri tak fikir cara 'give up' tu macam mana nak  kembali ceria kan?


10. Pernah rasa terlampau kecewa tak dengan seorang insan yang bernama sahabat? Best friend especially.

Tak ingat pulak. Kalau dia 'sahabat' tapi lama kelamaan semakin melupakan kita, just go on tapi jangan bila susah cari kita semula. Buat masa sekarang semua bestfriend still berhubung cuma masing2 stay jauh. Tak dapat nak jumpa. Setahun pun belum tentu. Sedih kan :)


11. What do you think of my blog? *Balik balik soalan ni jugak yang ditanya*

I think your blog already nice miss Aimi. Sentiasa up to date, kemas. 


Itu jelah jawapan2 nya. Tak tag blogger2 lain sebab ada lagi 2 tag. Muahahaha. Gua terkena lagi !!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com