Salam Readers..
Tak sabar nak tengok drama terbaru, Istikharah Cinta yang bakal menyusul di TV3. Terutama buat peminat Zul Ariffin. Yes! Korang dapat tengok lakonan dia bersama Faye Kusairi. Konfem cair bila tengok abang pilot ni kan. Bakal menggantikan drama Bila Hati Berbicara. Meh layan gambar abang pilot :)
Source : Insta Faye
Istikharah Cinta di TV3 |
Pelakon utama drama Istikharah Cinta |
Dina dan Airil bulan madu |
Sinopsis Drama Istikharah Cinta
Mengisahkan perkahwinan yang diuji oleh jarak dan masa akhirnya dengan pencerian. Airil (Zul) dan Aiza (Nonny) bercerai hanya selepas setahun berkahwin disebabkan tidak sehaluan. Punca penceraian kerana Aiza tidak tahan dengan kesibukan Airil. Walaupun sedih, Airil melepaskan isterinya dengan talak 1.Walaupun belum tamat tempoh edah, Aiza sudah keluar bersama kekasih hati yang baru. Situasi itu mengundang gosip di kalangan rakan sekerja Airil. Juliza dan Ammar sentiasa memberi sokongan buat Airil.
Selepas habis tempoh edah, Aiza berkahwin dengan Dr. Rizal dan dikurniakan seorang anak. Walaupun 4 tahun berlalu, Aiza sering membandingkan kebaikan bekas suaminya dengan Dr. Rizal. Baginya, kesibukan Dr. Rizal di hospital menyebabkan dirinya rasa terabai oleh suaminya. Keadaan itu mencetuskan rasa marah di hati suaminya.
Airil berjaya dengan kerjayanya sebagai jurutera. Suatu hari, ketika Airil menunggu hidangan makanan tengahari, dia terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang tiba-tiba duduk semeja dengannya. Mulutnya yang asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.
Dina Alia dan Airil |
Memandangkan restoren itu berada berdekatan rumahnya, Dina Alia (Faye Kusairi) selalu menjamu selera di situ. Namun, waktu puncak memyebabkan tiada tempat duduk untuknya di dalam restoran itu. Akhirnya, Dina duduk di meja Airil dengan selamba.Tanpa mengenali Airil, mulut Dina rancak berbual. Siapa sangka akhirnya jejaka itu bakal menjadi orang yang istimewa di hatinya. Takdir Airil dan Dina dipertemukan di restoran itu dan pertemuan demi pertemuan akhirnya Airil jatih hati kepada Dina. Saksikan kisah percintaan romantis Airil dan Dina dalam drama Istikharah Cinta :)
Dina bertunang dengan Airil |
Hari pernikahan Airil dan Dina |
Dina Preggy ! Comelnyaa |
Cantikkan Faye dan Falisha |
Masih menjadi bapa dan anak |
Elly Mazlein pun ada |
Aiza dan Airil |
Alisya dan Airil |
Zul Ariffin - AirilFaye Kusairi - Dina AliaNonny Nadirah - AizaHamidah Wahab - Hajah SalinaLia Natalia - AlishaZarina Zainuddin - Mama DinaFalisha Crossley - Juliza28 episodIsnin – Khamis7.00 malam – 8.00 malam
Source : Insta Faye
Oohh. Kiranya tak lama lg habis la bila hati berbicara.
ReplyDeletenak tengok abang sado :)
ReplyDeleteeh.. heroin ke yg selfie ngan elly mazlen tu? tapi elly lagi cun. camana ni :p
ReplyDeleteoh ganti cerita pukul 7 sekarang tu ek..
ReplyDeleteadakah watak zarina zainuddin sm mcm dlm teduhan kasih??
ReplyDeleteAbang pilot ensem.
ReplyDeletekalau baca sipnosis mcm best jer...hihihih
ReplyDeleteMacam best je...kena tengok jugak ni..kan kan kan
ReplyDeleteMacam best je...kena tengok jugak ni..kan kan kan
ReplyDeletemcm best kan...tapi balik lewat keje xsempat nk tgk..huhu
ReplyDeleteYa Allah kenapa lah cantik cantik semuanyaaa T_T Jealous tengok skin diorang ni
ReplyDeleteMcm best je? Tp mesti tak berkesempatan nak NGK...dikala jam tu...sibuk di dapur...cb pasang telinga jelahhhh...uwaaaaa
ReplyDeleteDah lama sangat tak buka tv.. asyik mngadap buku n kerja... haishh
ReplyDeletealahai sweetnye. tapi kita tak dapat tgk. balik kerja malam T_T
ReplyDeletemacam famous hero tu sekarang :D
ReplyDeleteDah lama tak layan drama pukul 7. ehehehe
ReplyDeletehuhuhu kalau waktu mlm kan best dpt layan... hehehe
ReplyDeleteDrama yang DZ sedang ikuti... Best ^-^
ReplyDeletefilmnya pasti seru,.. apalagi soal cinta-cintaan
ReplyDeletewah mantap filmnya , nice
ReplyDelete