3 December 2014

Sinopsis Drama Zahira (Samarinda Tv3) Lakonan Adi Putra & Zara Zya


Salam Readers..


Lama tak tengok lakonan Zara Zya dan Adi Putra. Nampak serasi berlakon bersama dalam drama terbaru slot Samarinda. Sekarang jarang ada masa nak tengok drama. Layan yang mana rasa best je. Adi Putra nampak hensem dengan watak papa yang tegas dan pelakon kanak2 comel sangat :)

Poster Zahira

Sinopsis Drama Zahira


Mengisahkan seorang gadis bernama Zahira (Zara Zya) yang baru saja tamat pengajiannya. Zahira mempunyai kekasih hati bernama Sufian. Dia hanya mempergunakan Zahira untuk mendapat pointer terbaik di universiti. Paling teruk, Sufian mencuri idea proposal Zahira dan kehilangan peluang kerjanya.


Di rumah, Zahira tertekan kerana teringatkan hutang emaknya pada orang kampung. Mereka mengugut akan mengadaikan rumah yang didiami Zahira jika tidak melunaskan hutang. Kerana itu, Zahira nekad mendapatkan pekerjaan walaupun di bidang lain.


Syed Iqbal (Adi Putra) majikan yang tegas dan garang dengan pekerjanya. Di rumah pula, dia seorang ayah yang mementingkan peraturan rumah. Iqbal mempunyai 2 orang anak. Anak lelakinya menghidap Disleksia.  


Iqbal mempunyai 3 orang pembantu rumah yang menguruskan anak-anaknya. Mereka sering dimarahi Iqbal gara-gara ketidakcekapan melaksanakan tugasan dan bertindak memecat orang gajinya.  


Siapa sangka jawatan pembantu rumah bakal disandang oleh Zahira. Bagaimana tugas Zahira sebagai pembantu rumah? Apa reaksi Zahira bila berdepan bosnya yang begitu garang? Adakah anak-anak Syed Iqbal dibentuk dengan didikan Zahira? Jangan lupa tonton :) 

Syed Iqbal dan Zahira
Iqbal dan anaknya, Izzati
Melamar Zahira
Adi Putra, Zara Zya dan Bea Balqis

Jangan lupa tonton drama Zahira

Rabu & Khamis
10.00 - 11.00 malam
Tv3

*TAMAT

18 comments:

  1. comel pelakon cilik pompuan tu..
    pernah tgk 1 epi je.. lps tu dh tak tertenggok..asyik terlepas je

    ReplyDelete
  2. akak tengok episod pertama je cerita ni..kebetulan tertengok, wah best sedap juga kan..bila baca sinopsis ni, macam ok ni.. kena tengokla lain kali..dah biasa, malam tengok 393 je itu yang jarang nak mengikuti cerita melayu

    ReplyDelete
  3. Jalan citer macam best...nak try follow lah :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal..singgah blogwalking kat sini..

    suka adi putra hiii..

    ReplyDelete
  5. Assalam.. best gak cite ni.. tak sabar nk tunggu mgu dpn..

    ReplyDelete
  6. Suka tengok drama nie. Tapi geram dengan sikap Syed Iqbal yang garang dan sombong tu tapi dengan Zahira dah makin lembut...

    ReplyDelete
  7. sama la kita. tengok cite yg betul2 rasa best je. hehe :)
    suka tengok ady putra. ego kemain dlm cite ni. hehe

    ReplyDelete
  8. Hausmet IM semua minat cerita ni. Hehe

    ReplyDelete
  9. skali pon blom tgk lagi
    tp smlam mncari datin zara zya blakon

    ReplyDelete
  10. hehe.. tertengek juga last time. not bad la cerita ni sbb zara zia kan kalau berlakon macam real aje :)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah miss lagi episod ni..
    klau terlepas konpem layan online ;)

    Best sangat..hehee

    ReplyDelete
  12. memang ikut cerita ni. best! lakonan zara zya kan, sebab tu setia je Ros ni. hihi.

    ReplyDelete
  13. sy lyn cite ni sbb terasa mcm nk tgk ;-)

    ReplyDelete
  14. Sekarang tengah gigih follow citer ni. Nasib baik 13 episod je ;)

    ReplyDelete
  15. Jahatnya boipren.
    Alamak, Adi Putra majikan yang garang..
    Memang menjadi lakonannya tu..

    ReplyDelete
  16. Kat mana tasik episod last tu?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com