4 Dec 2014

Blog Bakal Dikenakan GST

Salam Readers..


Blogger GST


Apakah nasib blog pician aku ni mulai tahun depan? Mungkin ramai sudah tahu blogger akan dikenakan GST mulai 1 April 2015. Seperti yang kita tahu, GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang menggantikan cukai sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan.



Hanya blogger yang menjana pendapatan melalui syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Google Adsense, Komli dan Innity yang akan dikenakan GST. Mengapa? Kerana advertiser dikenakan GST kemudian membayar iklan kepada Nuffnang. Jadi blogger yang memasang iklan di blog turut dikenakan GST.






Blog yang tidak dikenakan GST adalah blog yang tidak memasang iklan dan blog hanya untuk tujuan peribadi. Mungkin blog yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan tak merasa tempiasnya. Tapi buat blogger yang hanya dapat kurang dari RM 100 sebulan macam mana pula nasibnya. 



p/s: Tunggu apa kata PM. Harapan biar ada pengecualian


21 comments:

  1. kalau pendapatan sikit tak kena kot Nina..takkan la dapat sikit pun nak kena potong.dahtu apa yang tinggal

    ReplyDelete
  2. Oh gitu pulak ye.. walaupun blog akak mmg xda iklan tapi kesian juga pada blog yang dapat sikit2 je tu, kawan2 kita juga .. elok buang terus iklan tu kalau dah tahu dapat sikit je kan.. apa apa pun kena tunggu lepas pelaksanaan Gst dulu kot, macam kata Nina kot ada pengecualian ataupun dah difikir langkah yang patut utk menghadapi kesannya.. kita berdoa sahajalah kan..mintak2 taklah membebankan kita sebagai rakyat.

    ReplyDelete
  3. huk aloh.. bukan banyak dapat pun.. kecuali blogger yg selalu dpt promoted content tu.. beribu la hasil dorg... huhuhu

    ReplyDelete
  4. scary jugak dengar...tpi 6% ok lagi, dekat sini(jerman) GST dia 19%...

    ReplyDelete
  5. Siapalah yang nak perjuangkan nasib kita yer Nina...

    ReplyDelete
  6. alahai..
    dh la earning pon ciput je..
    kalo kne gst bpe sen je dpt..
    huhu

    ReplyDelete
  7. sedihnya T.T
    semua nak di GST kan. huhu

    ReplyDelete
  8. Agak sukar la blogger kecilan nak cari pluang pndptan

    ReplyDelete
  9. x paham mcm mana perlaksaan gst tu mcm mana. adakah masa kita cash out earning nuffnang?

    ReplyDelete
  10. Baru tauuu. Harapnya tak macam tulah.

    ReplyDelete
  11. alahai.
    kalau kena pon biar la bersyarat.takkan yg dpt 50 hengget pon kena juga.hukhuk

    ReplyDelete
  12. confirm kena la ...

    barang-barang takde GST pun akan naik harga. dah kos hidup meningkat, peniaga pun nak untung lebih sikit la nak cover kos hidup :)

    ReplyDelete
  13. what??income tak seberapa pun tapi kena GST.not fair..huhu

    ReplyDelete
  14. Sedih + kesian buat blogger picisan cam MJ ni kalau kena GST..hoohoh

    ReplyDelete
  15. klu sthn cuma dpt seratus , apa yg gst nak ambik ... kita tgk jer camna nanti ...

    ReplyDelete
  16. Alamak! Ye ke? Baru2 ni diana ade pg satu seminar psl gst...but more than arkitek part. Tp rsnya basicly mesti sama kan. Income yg bwh 500k setahun...option to declare to kastam...so 501k perlu lah liable to gst...sekian....

    ReplyDelete
  17. Ros masih tak jelas pelaksanaan GST ...

    ReplyDelete
  18. adezzzz kalu mcm ni kena laa lupakan nuffnang ya

    ReplyDelete
  19. Hmmm,..tengoklah nanti macam mana pelaksanaannya. Tak pe,..kalau earning sikit pun nak dicukai. Cukailah. Berapa sen sangat diorang dapat. Buat penat di pihak diorang je lah ;)

    ReplyDelete
  20. Sebelum ni ada terbaca hanya income tertentu (yang banyak) dikenakan GST.
    Tapi, x ingat berapa.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com