1 Jan 2015

Review Filem : Seventh Son

Salam Readers..


Review Filem Seventh Son | Permulaan tahun 2015 ini dimulakan dengan menonton Seventh Son. Tertarik dengan pelakon Ben Barnes yang fames sebagai Prince Caspian dan Dorian Gray. Bayangkan Jeff Bridges sebagai copycat Sean Connery yang sangat annoying dalam movie RIPD. Filem ni menggunakan kepercayaan blood moon seperti filem Hansel and Gretel.



Seventh Son Poster


Seventh Son mengisahkan seorang Spook (pemburu makhluk ghaib) bernama Master Gregory yang telah memerangkap dan memenjarakan seorang ahli sihir bernama Mother Malkin selama 10 tahun sehingga "blood moon" menjelma dan memberi kekuatan kepada Mother Malkin untuk melepaskan diri dari penjara yang dibuat oleh Master Gregory.



Mother Malkin merancang untuk merampas kembali kedudukannya sebagai permaisuri ahli sihir dengan bantuan makhluk ghaib yang ganas sebagai koncu-koncunya. Master Gregory baru saja kehilangan anak murid yang dibunuh Mother Malkin dan mencari seorang anak murid baru bernama Tom Ward yang merupakan anak ke 7 dalam keluarga Ward.






Tom bukanlah dilahirkan sebagai seorang superhero yang mempunyai kuasa luar biasa namun bagi merungkai 'bayangan' yang sering menghantui kehidupannya, dia mengambil keputusa untuk berguru dengan Master Gregory. Kerana waktu yang singkat sebelum "bulan merah mengambang penuh", Tom hanya mampu mempelajari serba sedikit menentang ahli sihir.



Botak ni jahat juga dalam Guardian of the Galaxy

Virahadra

Mother Malkin bunuh ibu Tom


Macam mana Tom nak lawan ahli sihir yang 2 kali ganda lebih hebat darinya kalau dia sendiri tak bersedia? Rupanya mak Tom adalah ahli sihir baik tapi dirahsiakan identitinya. Permulaan filem penonton agak binggung dan blur tapi di pertengahan filem segala persoalan terjawab. Don't worry..


Dalam sibuk-sibuk nak berlawan Mother Malkin dan geng-geng ahli sihirnya yang terdiri dari Urag, Radu, Virahadra dan ramai lagi, sempat pula si Tom bercinta dengan Alice yang sebenarnya ditugaskan oleh ibunya untuk mengintip pergerakan Tom dan Master Gregory.


Tom dan Alice

Alice dikejar Mother Malkin or auntynya

Tom dengan tongkat Master Gregory


Hubungan mereka pasti dapat tentangan daripada Master Gregory dan Mother Malkin yang bermusuhan sesama sendiri dan menyimpan dendam dek kerana kisah silam yang pernah mereka alami. Oke, mereka sebenarnya bercinta sebelum Mother Malkin dapat tahu Master Gregory sudah berkahwin. Nak tahu ending, kena la tengok kalau gemar monster. Hehe..


Happy New Year 2015 !!

Selamat bercuti 4 hari. Jangan jeles. Hihi

10 comments:

  1. filem genre mcm ni jadikan kita adventure bila menontonnya ...

    ReplyDelete
  2. poster da mcm ala2 the hobbit ;-)

    ReplyDelete
  3. mcm best lah Nina..
    sy suka tengok citer2 klasik

    ReplyDelete
  4. Eh tak aci tau. Dia review filem, pastu bgtahu cuti 4 hari. Syoknya.. Untungla cuti banyak...hihi

    ReplyDelete
  5. Eh tak aci tau. Dia review filem, pastu bgtahu cuti 4 hari. Syoknya.. Untungla cuti banyak...hihi

    ReplyDelete
  6. Pasti hebat kisahnya yer... Ade gak cintan cintun yer ^-^

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tgk wayang. Beli DVD jer lah nanti.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com