3 July 2015

Tips Perempuan Tidak Berpuasa


Salam Readers..

Tips Perempuan Tidak Boleh Berpuasa | Pabila menjadi perempuan yang boleh dikategorikan bakal mak budak ni benda paling risau sekali bila tiba bulan Ramadhan ialah bab 'cuti-cuti Malaysia puasa' . Makanya bercuti sakan si perempuan-perempuan bukan aku sorang saja. Bila dah cuti, mesti segan nak makan especially di office. Takut kantoi dengan bos. 


Meroyan dah. Tak nak marah-marah, nanti pahala kurang :P


Alkisahnya, digelar muka tak malu apabila officemate membeli makanan dan kami makan bersama. Ya, salah sendiri tapi dimanakah tempat yang paling sesuai kalau bukan di pantry dan makhluk tuhan mana yang sanggup membeli makanan kalau bukan non-muslim. Sedih sangat bila ada orang-orang yang tak memahami dan persetankan cakap-cakap mereka. Yang penting Allah tahu niat. Dah cuti takkan nak berlakon puasa kot T____T



Tenkiu Law ! Dirimu amat memahami diriku. Aippp... jangan tergoda dengan mee mamak ini. Serius sodap


Mungkin dah terbiasa ada kawan Chinese yang tolong belikan makanan since sekolah menengah. Jadi, sampai sekarang terikut-ikut. Dorang pun tau kisah bila perempuan Islam tak puasa ni. Meh nak bagi tips-tips menebalkan muka di bulan puasa :


1. Paling utama, mintak tolong kawan non-muslim belikan makanan. 

2. Makan di tempat clear dalam keadaan senyap, bunyi sudu garpu pun jangan kuatkan.

3. Jangan sendawa kuat-kuat. Anak sapa la loqlaq sangat ni

4. Tunggu sehingga tiada sesiapa baru selongkar cari makanan. 

5. Kunyah sepantas kilat. Tak payah nak kunyah 44x sangat la. Hahaha

6. Lastly, masuk jamban dan kumur pastu check gigi. Takut terlekat cabai/cili.   

9 comments:

Aisy Nasiha said...

Haha.. gitu ya tipsnya..ala dah lepas, akak dah kembali puasa.
Biasanya kalau tak puasa akak mmg tak makan kat kawasan kerja.. minum jela sikit2 masa masuk pantry, nak basahkan tekak.. tapi mungkin juga boleh buat gitu sebab masa kerja akak tak lama di bulan puasa ni.. boleh je makan sebelum pergi.. jadi takla rasa lapar sangat..

Farhain Azmi said...

hahaha..tips berguna tu nina. sapalah kawan yang tak reti nak faham pmpuan ni special kes sikit. Yong thn ni In Shaa Allah puasa penuh kot. sbb sejak bersalin smpai bby dh msk 9 bln, blm ABC lg :)

Puteri Wanita said...

hahaha siap bagi tips ... dah tak pose makan la kan, yg penting tak makan depan orang lain :p

tiga lalat said...

salam ramadhan, wah tgk gmbr maggie mee mamak memey terliut jugak ;p

zai zamree said...

mcm akak segan nk mkn klau sorang2 tp klau rmai mber x posa boleh la mkn skali.tu pon suruh non-muslim gak beli.mkn dlm stor dept.

Khai♥Rin : anies said...

betul tu nina

aswadz said...

geng pompuan aku, diorang duduuk satu bilik. kalau lelaki nak masuk, kena ketuk pintu dlu. so "selamat" la diorang yang tak puasa.

Jari Manis said...


allah marah jika'uzur' tetapi tidak makan ketika di bulan puasa,...itu adalah hadiah utk kaum hawa..cuma lebih sopan jgn mkn di hadapan org berpuasa...org yg bermulut 'busuk' tu pedulik kan mereka..itu kategori org kurang ilmu

Murni Alysa said...

hahahha..tahun lepas akak posa penuh tau

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com