31 December 2015

Menjahit Manik Di Baju Sendiri


Salam Readers..

Menjahit Manik Baju Kurung Moden | Sejak kecil suka berangan nak jadi anak yang superwomen boleh buat macam-macam sejak itu hati mula berangan nak jadi isteri yang superboleh asalkan boleh. Jangan tak sangka kami boleh jahit manik di baju sendiri selama sebulan setengah mengikut mood pasang surut. Hee...


Jahit manik lagi senang dengan ram ala yang orang guna untuk sulaman

Jahitan manik di baju sendiri janji siap 


Sebenarnya tak plan pun nak jahit untuk baju sendiri, memandangkan my Pak Long nak semua orang jadi pari-pari di hari bersejarah anaknya maka terpaksa order lace dan juga manik. Baju hantar ke tailor cina Sungai Petani, itu di urus oleh bf. Bila dah siap terus berkobar nak asah skills menjahit yang ditinggalkan sejak form 4.


Baju kurung moden dah siap ! Tak sabar nak pakai

Dibeli di FB sangat puas hati dengan kain lace ni

Beli online untuk pakai disebelah perempuan untuk majlis akad nikah


Ku fikir-fikir untung jahit sendiri sebab upah untuk 1 kuntum bunga pun mahal apatah nak jahit 5 kuntum. Harga 1 meter lace pun RM 50 termasuk postage dan 5 kuntum manik RM 24. Lebihan lace tak tau nak buat apa. Nantikan entry kenduri kendara hujung bulan Januari 2016. 

7 comments:

alia farhan Said said...

Pandainya nina jahit
Kagummmm

Zie Has said...

kreatifnya nina ... cantik ok :)

Zie Has said...

jahit manik senang ... tapi jahit lace? huhu kelaut lah kot :p

Zie Has said...

lagi untung kalau pandai jahit baju sendiri kan nina ;)

Siti Yang Menaip said...

boleh terima tempahan laaa lepas ni ? ngeh2..

Shahida Dzulkafli said...

Rajin dan kreatif nina...
kalau sha.. dah ke laut dah..

Kira Sakura said...

lebihan lace boleh buat dekat veil atau shawl pulak nanti ;)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com