28 March 2016

Tambah Lemak @ Manhattan Fish Market, Sunway Carnival Mall


Salam Readers..


Tambah Lemak Di Manhattan Fish Market | One of my favourite restaurant, makanan dalam portion yang besar dan mengenyangkan. Selepas habis tengok wayang 'Allegiant' kami dah plan nak makan menu baru Pizza Hut tapi bila sampai depan resto, budak pelayan cakap 'maaf doh habis' . Still lagi blur-blur doh apa yang habis, rupanya doh pizza. Hahaha.. Agak kelakar first time nak makan pizza doh habis. Alahai kempunan tau..



Dating berdua lagi di Manhattan Fish Market


Memula tu nak makan menu yang bercheese tapi teringat tak nak gemok. Hahaha.. Dah memang jenis makan banyak tapi tak gemok. Tak sedar diri Nina ni. Lepas tu order menu baru. Korang patut try ! Sampai sekarang tak boleh move on dengan air Melon Breeze. Nak try makan boleh tengok menu dan harga di sini 'Manhattan Fish Market Menu' :)



Manhattan Fish Market memang buat orang terliur


Untuk Sha dia pilih Spaghetti in the Sea - RM 24.27 (inc gst)
Fizzie Float - RM 8.37 (inc gst : boleh topup) 



Menu baru Fishy Chicky Bang Bang dan Melon Breeze 


Nina pilih Fishy Chicky Bang Bang
cheddar cheese + dory fillet with fried spagetti (dalam ikan dory tu ada isi ayam juga)

Melon Breeze
spring mocktail with citrusy strawberry, watermelon & lemon



Kalau bab selfie mesti nak pelik. Masa untuk makan



MENU :

Fishy Chicky Bang Bang - 20.90
Melon Breeze - 9.50

Subtotal : RM 30.40
10% Serv Charge : RM 3.04
GST 6% : RM 2.00

TOTAL : RM 35.44
*makan sorang




Habis ternak lemak, sebelum balik singgah Sam's Groceria. Nak pujuk orang merajuk seminggu punya pasal sanggup beli. Haih.. Kekadang kena buat romantik juga. Nasib lah cik abam janji awek pujuk kan kan.. Ferroro pun dah mahal. Nangis tengok harga, duduk Langkawi best kan? 



Candid okay, tak perasan pun. Muka tu sebab tengok harga kot

Ferrero Rocher 200 gram - RM 26

27 March 2016

Film Review - The Divergent Series : Allegiant


Salam Readers..


Review Filem The Divergent Series : Allegiant | What's Up guys, Dapat juga tengok movie siri ke 3 Divergent ni. Kalau tak menghayati dari movie first memang nganga lah korang dalam wayang tu. Lepas tu cakap tak best, bosan bla..bla . Allegiant rasanya best juga sebab team Tris dan Four dah berjaya keluar dari tembok. Siri ke 3 movie adaptasi novel ni berjaya box office juga dengan $146.7 million ! Boleh baca sini 'The Divergent Series : Insurgent' untuk lebih kepahaman. Hehe..



The Divergent Series : Allegiant Poster


Tiket kalau book mesti kena caj 15 ringgit. Janji tengok. Kihkih



Sinopsis The Divergent Series : Allegiant



Rakyat Chicago berlari ke tembok, Evelyn mengarahkan askarnya menutup perimeter, dan tiada siapa dibenar melalui. Evelyn mengarahkan Jack Kang dari Candor untuk mengadakan perbicaraan ke atas orang Dauntless dan menerima hukuman mati bermula dengan Max. Evelyn dan Johanna memberi tekanan kepada Tris dan Four untuk mengambil alih kepimpinan dalam gabungan baru, tetapi kedua-duanya menolak. Keadaan semakin teruk, Tris melarikan diri bersama Four, Caleb, Christina, Tori dan Peter ke luar dinding Chicago, Tori dibunuh oleh Edgar (askar Evelyn).



Evelyn yang gilakan kuasa. Mak dan anak sama muda. Haha

Dalam misi keluar dari tembok

Berlari dari serangan Edgar (askar Evelyn)

Tiba di tembok yang pisahkan Chicago dari dunia luar



Mereka diserang hendap oleh Edgar, kemudian tentera bersenjata dan kapal udara muncul, membawa mereka ke Biro Kebajikan Genetik (Bureau of Genetic Welfare), sebuah bandar. Beberapa tahun lalu, kerajaan percaya masalah masyarakat disebabkan "gen rosak". Untuk mewujudkan masyarakat baik, perlu ubah genetik rakyat dengan wujudkan bandar-bandar terpencil di seluruh USA selepas perang.



Tris dan Four diuji oleh Matthew dan Nita untuk mengkaji Divergence mereka. Tris terbukti mempunyai genetik terbaik, Four pula struktur genetik masih "rosak". Caleb dan Peter ditugaskan ke pasukan pengawasan yang memantau Chicago. Matthew membawa Tris berjumpa dengan ketua Biro, David dan bersetuju untuk membantu David dalam mengembalikan keamanan Chicago.



Hanya padang pasir dari kesan nukleur

Apakah benda ni? Donut terbangkah

Ketibaan tentera Biro



Caleb beri amaran kepada Four tentang konflik di Chicago antara Johanna dan Evelyn. Four merayu Tris kembali ke Chicago dan menghalang perang, tetapi dia mengikut David untuk bertemu dengan majlis Biro. David bersetuju menghantar Four diiringi Matthew dan tentera. Matthew dedahkan Four akan dibunuh dan mereka berdua tewaskan tentera dan AirShip terhempas. Matthew beri ID Kadnya untuk membuka portal. Dia ingin membantu. Matthew diselamatkan Biro, memberitahu Four mati. Tris, Caleb dan Christina merampas AirShip David dan kembali ke Chicago dengan bantuan Nita.



Diawa ke Biro dengan bubble. Aww 

Macam cerita angkasa pulak

Selepas mandi. Tadaaa

Matthew yang baik dan merupakan bekas saintis


Four dikurung. David membuat perjanjian dengan Peter dan ke Chicago untuk menyakinkan Evelyn untuk melepaskan gas (hapuskan memori penyerang) dari Biro dan keamanan memihak kepadanya. Evelyn dengan berat hati bersetuju. Peter membawanya ke bilik kebal dimana dia boleh melepaskan gas ke seluruh bandar dan kekal selamat. Four yakinkan Evelyn untuk hentikan gas, dia mungkin tidak ingat siapa ibu bapanya. Evelyn enggan dan ditembak Peter yang kemudian melepaskan gas itu. Gas mula keluar dari bilik kebal juga, sedar David telah menipunya Peter membuka pintu bilik dan melarikan diri ke pintu portal.




Caleb cuba menghentikan penyebaran gas. Tris menghantar mesej ke seluruh bandar, mendedahkan tentang kewujudan Biro dan Chicago sebuah eksperiment. Mesej kepada Biro ialah Chicago bukan lagi eksperiment mereka tetapi rumah rakyat. Caleb meletupkan pintu portal dan tiada penghalang kedua-dua bandar.



Caleb yang akhirnya menggunakan otaknya selalu lembab ja

Scene minta maaf. Tulah degil tak dengar cakap BF 



#MyReview:


  • Caleb Prior kalau ikutkan dalam 2 siri asyik menyusahkan kakaknya, Tris tapi kali ini dia berguna juga. Pandai hentikan gas ke seluruh bandar tak termasuk mahir memandu AirShip.

  • Kerana gilakan kuasa sanggup Evelyn hilangkan ingatan bekas suaminya, Marcus Eaton. Membiarkan askarnya memukul dan penjarakan Four. Kerana kuasa lupa anak sendiri.

  • Matthew (Bill Skarsgard) dan Juanita 'Nita' (Nadia Hilker) watak baru yang membantu Four dan Tris. Dua pelakon baru dari Sweden dan German. Bill merupakan anak kepada pelakon Stellan Skarsgard berlakon dalam siri Thor

  • Kekadang tengok watak David macam orang gila yang tentukan genetik terbaik akan hidup lebih bagus dari genetik rosak.

  • Scene takut sikit time dorang sampai di Biro dan masuk bilik untuk mandi. Punyalah takut Tris. Mandi pun was-was. 

  • Allegiant merupakan judul terakhir dalam siri buku The Divergent dan terbahagi Allegiant - Part 1 dan Allegiant Part 2 tetapi ditukar kepada Allegiant dan Ascendent yang dijangka ditayangkan pada June, 2017



4/5*


26 March 2016

ESCAPE PENANG - Camping & BBQ | Thanks ESCAPE (Part 7)


Salam Readers..


ESCAPE ADVENTURE Penang | Camping And BBQ | Dua cerita berbeza dalam 1 entri lebih ringkas rasanya. Hari kedua di ESCAPE kami sambut birthday dan malam pula BBQ dan berkhemah dalam tu. Buat salah sorang team Projek Blogger Utara Selamat Hari Lahir yang ke 34 buat Kak Murni. Tak sampai hati nak buat adegan baling telur / tepung. Tahu semua penat. Hehe.. 



Brownies & Congo Bar dari 'EL' 

Blueberry Cheese Cake & White Chocolate Macadamia

With Manager on Duty Ms Winnie

With team Projek Blogger Utara 


Seumur hidup ini baru kali ke 3 tidur dalam khemah / berkhemah dalam tempat tak berapa nak hutan. Haha.. Janji ada jamban siap shower. Meh nak kongsikan pengalaman bermalam dalam hutan Base Camp ESCAPE Penang ni.. Ada yang berminat boleh lah cuba. Seharian bermain di ESCAPE dan lewat petang kami semua kembali ke Base Camp masing-masing. Sebelum tu berkumpul di Base Camp Reception di bawah bukit tapak khemah untuk dengar sedikit penerangan ringkas keselamatan, keadaan dan kedudukan khemah.



Base Camp Reception

Gaya macam orang lari rumah

Welcome to Base Camp Escape Penang


Di kawasan khemah tiada bekalan elektrik. Jadi di Base Camp Reception disediakan loker berkunci yang didalamnya ada port USB dan port elektrik untuk mengecas handphone dan power bank. Locker boleh dikunci dan password kita tetapkan sendiri. Make sure bawa torch lightkipas angin bateri, ubat nyamuktoto dan selimut sebab tidak disediakan.




Khemah biru 2 gadis single. Sebelah sana khemah Kak Farah

Setiap plot ada 2 khemah

Back to nature


Buat gadis single 2 orang macam Nina dengan Zaf ni dapat sorang 1 khemah. Perghhh seram jugak tidoq sorang. Jarak khemah memang jauh sikit. Diberi Plot D06 terdapat 2 khemah muat untuk 5 orang dewasa. Akhirnya tidoq berdua dengan Zaf di sebelah atas. Di depan khemah ada ruang untuk lepak dan santai. Ada buaian dan tempat unggun api, senang kalau nak BBQ juga sebuah peti besi berkunci jika ingin meninggalkan barang berharga.



Depan khemah ada tempat BBQ, buaian dan peti besi

Kalau datang dalam kumpulan boleh BBQ di sini malangnya haritu hujan

Menu BBQ yang disediakan

Gadis-gadis sedang membakar ayam !


Petang itu hujan renyai makan duduk rehat-rehat dalam khemah sementara tunggu waktu berBBQ nanti yang dibuat didepan Base Camp Reception sebab ada bumbung senang nak nyalakan unggun api oleh staf-staf Pinoy ESCAPE. Mereka rajin dan peramah. Fasih berbahasa English. Segala makanan dan peralatan untuk BBQ fully sponsor by ESCAPE seperti ayam, jagung, ubi keledek Jepun, sosej dan salad bersama sos. Sedap makan panas-panas baq hang ditambah hujan renyai. Kalau bercadang nak BBQ macam kami boleh request nanti. Harga boleh runding sebab tak tau pakej BBQ ni.



Pintu toilet di belakang khemah kami

Nampak tak bumbung pakai jaring je

sangat selesa dan bersih



Paling tekejut ialah TOILET ! Kalau khemah dalam real jungle kena mandi dan membuang dalam sungai, semak, celah pokok sambil cakap "Nenek/Tok, cucu tumpang mandi atau buang ya" kena mintak izin tapi ini hutan siap ada bilik mandi tak berpintu dan berbumbung. Bilik mandi toilet berkembar di setiap plot khemah masing-masing. Ada shower pipe dan bumbung hanya diletakkan jaring yang banyak daun-daun kering gugur. Time mandi malam tu terpaksa bawa lampu gasoline dan sangkut di dinding bilik air. Feeling romantik tau. Haha.. Nasib tak rasa nak membuang. Fuhh selamat, selesai mandi terus masuk khemah dan tidoq sampai pagi tanpa ada gangguan. 




Hari kedua sebelum sambung main, ada yang tak mandi lagi tau

Ready nak check out



PENGHARGAAN


Terima kasih kepada ESCAPE Penang especially Mr Sim Choo Kheng (The Founder and CEO) kerana sudi menjemput Team Projek Blogger Utara membuat review di sini. Also thanks to Ms Winnie as Manager On Duty that day. Tak lupa krew-krew yang bertugas. Next projek dari syarikat Sim Leisure adalah membina Water Play pulak (dalam pembinaan) dan dijangka siap penghujung tahun 2016 !! Disamping itu juga TREE TOP Hotel (hotel atas pokok).


Lagi info di sini :


ESCAPE Penang - Sejarah

Harga Tiket & Pakej Base Camp ESCAPE

Permainan di ESCAPE

Kemudahan di ESCAPE

Time To Play : Monkey Business

Time To Play : Jungle Swinger

Time To Play : Tubby Racer




ESCAPE EXTREME PARK

828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106

Email : info@escape.my
Website : escape.my
FB : escape.my

Operating Hours : Selasa - Ahad (Isnin Tutup) 9.00 pagi - 6.00 petang



24 March 2016

ESCAPE PENANG - Time To Play : Tubby Racer (Part 6)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Part paling best di sini ialah Tubby Racer ! Demi donut ku sanggup bawak naik berkali-kali ekceli 3 kali je. Hehe.. Penat noks. Merasai pengalaman menuruni bukit yang tinggi menaiki tiub getah. Kalau berkumpulan boleh menyambungkan beberapa tiub getah dan sama-sama menjerit sambil turun bukit yang ada 2 jenis iaitu lurus dan bengkang bengkok. Kalau nak lagi best boleh bawa GoPro atau tongkat untuk senang ambil video. Meh layan video kami main berkali-kali :)



Tubby Racer is here

Tubby Racer safety rules

Haaa rasa best ke takut? 

Ambik tiub sendiri dan tarik naik ke atas



Nampak tak Nina dan Zaf sedang mengheret tiub getah. Haaa.. muka serupa apa dah. Untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun keatas saja dibenarkan untuk menunggang tiub getah ini bersendirian manakala untuk kanak-kanak umur 6 tahun kebawah perlu ditemani orang dewasa semasa menaiki tibu getah. Rugi kalau datang sini tak main Tubby Racer.



Turn Nina & Zaf tarik tiub naik atas


Gigih heret tiub getah yang super berat


VIDEO TUBBY RACER
(berkumpulan)



Danish + Hubby Murni + Nina + Zaf




Jangan risau kalau ada tenaga lebih boleh main banyak-banyak kali takda siapa pun akan larang korang bermain. Macam tuan badan sanggup naik banyak kali semata-mata nak dapatkan video yang kekonon menarik malangnya sampai ke sudah bila turun badan asyik ke belakang. Geraaammmm... 



Apa kes naik separuh ni? Haha.. sebab nak dapat angle video punya pasal


VIDEO TUBBY RACER
(seorang diri)





Asal turun mesti punggung ke depan dulu. Nyampah mak




GECKO TOWER



Akhir sekali korang wajib naik kesemua block kayu di GECKO TOWER ! Ada 8 blok kayu, boleh pilih ikut kesukaan korang. Yang mana mudah nak panjat atau tak. Sempat cuba 2 blok kayu. Jadilah dari tak panjat langsung. 


Gecko Tower


VIDEO GECKO TOWER





Gecko Tower best


Bersambung lagi untuk part last dan style berkhemah dalam ESCAPE ! 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com