23 April 2016

Hatyai-Songkhla Thailand 2016 : Day 1 - Krua Yee Sod Part 1


Salam Readers..



TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 1 - KRUA YEE SOD



Berkurun baru nak up entri short trip dengan geng blogger time Chinese New Year tahun ni. Haa.. berjanggut nasib tak lupa apa yang nak taip. Apa yang ada di Haytai ni? Ofcos lah makanan ! memang makanan Thai is my favourite. 



Trip 2 Hari 1 Malam (6-7 Februari 2016), dengan bas dan malam tu decide nak tunggu bas di Plaza Tol Sungai Petani Selatan (S) memandangkan pick up bf di sana. Sementara tunggu bas dari Seberang Jaya, lepak dulu di Park Avenue Hotel. Ini trip travel pertama dengan blogger feeling lain macam sikit, hakikatnya mengantok ya amat. Yelah, kalau ikutkan plan bas pick up pukul 12.30 pagi dah masuk waktu melayan mimpi.


Imigresen Bukit Kayu Hitam


Tiba di Bukit Kayu Hitam dalam pukul 8.04 pagi, nasib baik que tak terlalu panjang, masih awal pagi agaknya. Kami turun dari bas dan beratur untuk scan passport. Satu benda yang tak suka kalau nak membuang, terkucir toilet di border Malaysia ni memang busuk, dari luar dah dapat bau, bf masuk tak sampai 2 saat keluar balik. Haih..



Pass Immigration Thailand


Jam 9.15 kami sampai Imigresen Sadao, Thailand. Pintu masuk utama ke Thai. Memang jammed kat sini. Harus beratur kalau tak memang kena marah dengan pegawai Imigresen Thai yang muka memang cengih / masam kelat dan agak kurang ajaq main campak-campak passport. Sabaq jelah. Tunggu bas pun lama juga, apa yang dorang check pun tak tau. Time tu tour guide dari Satun, Encik Paisorn / Faisal pun tengah tunggu driver bas.



 KRUA YEE SOD 



Mesti tertanya apa benda lah sebenarnya, ini lah kedai makan pertama yang kami singgah sebelum ke Hatyai. Lapaq baq hang, kedai makan HALAL yang ada jual Border's Tea ASLI ! Yeahh.. Dan ofcos misi pecahkan duit 1000 Bath. Kedai ni lebih kurang macam kedai makan tepi jalan di Malaysia, ada jual nasi berlauk dan bergoreng.



Krua Yee Sod, kedai makanan Halal

Kedai tepi jalan senang nak berhenti makan dan ada tempat parking



Jangan risau pasal bahasa, cakap melayu fasih campur bahasa siam. Kami makan nasi berlauk harga untuk 2 orang cuma 80 Bath (RM 8) saja. Kalau dah masuk Siam ni jangan harap si pencinta telur ayam macam aku dapat makan tau. Disini kebanyakan makan telur itik goreng, kalau kita mesti makan telur masin kan? Air minuman pula jangan lah mintak air sirap, air bandung cincau memang tak ada. Haha.. Minum air kosong berais je. Kan sihat tu.

 
Nasi berlauk telur itik goreng dengan air kosong cuma 40 Bath (RM 4) je

Makan berdua 80 Bath harus tukar 1000 Bath, jenuh kira balance. Hehe


Disebelah kedai makan ni ada jual Border Tea. Memang sedap, pekat dan boleh pilih macam-macam flavour, cuma 20 Bath (RM 2). Kita tak beli pon, kita bedal air kawan. Hehe.. Boleh tengok cara air tu dibancuh tau. Tak lah rasa was-was nak minum.


Border Tea hanya 20 Bath (RM 2) patut cuba

Masjid pertama yang singgah rehat


Disini boleh lihat masjid-masjid agak kurang sebab nak bina perlu dana dari orang. Kerajaan Thailand tak support tau. Kalau ada duit berkepuk-kepuk boleh lah derma. Ada murid-murid sekolah bermain dalam kawasan masjid ni. Syukur di lahirkan di Malaysia yang serba cukup. 

 

 HATYAI THAILAND


Hat Yai ataupun Haad Yai merupakan sebuah bandar raya di selatan Thai. Bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla. Nama "Hat Yai" singkatan Ma Hat Yai bermaksud pokok Ma Hat (besar). Nak datang ke Hatyai melalui flight, bas dan juga keretapi (Ekspres Langkawi KTMB). Majoriti penduduk Hatyai 70% beragama Islam dan selebihnya rakyat berbangsa Cina. Kalau dah masuk Thai ni sepanjang jalan akan nampak ladang getah, tour guide kami cakap di utara Thai termasuk Bangkok baru banyak tanaman padi. 



Central Festival Mall Hatyai


Welcome to Hatyai !!



Benda yang rasa teruk ialah tiang letrik ! Masuk Thailand ni semua tiang berselirat dengan wayar. Eh kita patut bangga tau ada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Semak pemandangan dan rasa tak berani nak jalan bawah tiang tu, boleh dengar arus voltan elektrik. Kadang-kadang kelakar juga.


Korang rimas tak tengok wayar-wayar ni? Jalan bersih tapi tiang letrik hampeh


5 comments:

Qaseh Vee said...

nina dah tukar link blog ya ... tu lah bestnya bila pergi negara yg nilai matawangnya lbh kecil tapi harga makannya lbh krg di malaysia juga kan ...

Kira Sakura said...

sungguh borders tea sana memang tak boleh lawan borders tea yg bersepah dekat sini. pestime beli dekat wang kelian dlu. memang kaw sedap yakmatttt...

erkkkk seramnya boleh dengar arus letrik tu

el said...

mmg pun wayar tu mmg diorg punya trademark..hahaha

Cik Ash said...

Tiang letrik bawah sangat nak lalu bawah dia pun takut

dear anies said...

murah sgt2 tu bleh g lagi ni ;-)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com