2 May 2016

Hatyai-Songkhla Thailand 2016 : Day 1 - Klonghae Floating Market Part 4


Salam Readers..


 TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 1 - KLONGHAE FLOATING MARKET


Klonghae Floating Market


Tak sah ke Hatyai kalau tak ke Floating Market atau juga dikenali dengan Klonghae Floating Market. Disini antara tumpuan pelancong di Hatyai. Semua aktiviti jual beli makanan di atas sampan. Banyak pilihan makanan yang ada di sini sampai tak terpilih nak makan yang mana. Kebanyakkan penjual di sini adalah golongan Patani, mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu.



Sini pun ada jual bermacam jenis souvenir tapi untuk baju kualiti agak kurang sikit, kainnya nipis. Shopping di Lee Garden amatlah digalakkan. So, kerja food hunting puas-puas kami berdua. Nampak makanan, group entah kemana. Misi nak cari makanan yang dah lama mengidam. Kena laksanakan kalau tak kempunan jawabnya. Sebelum ke sana dah buat list JJCM, senang la proses nak cari sampan dan beli makanan. Ada yang tapau dan ada yang makan terus.



Pad Thai cuma 35 Bath (RM 3.50)

Pekena Pad Thai dengan air teh tarik. Perghh

Nampak bekas air tanah liat terus serbu

Pilih-pilih yang mana berkenan, harga lupa dah dalam 20 Bath



Makanan pertama yang kami beli mesti lah Pad Thai, nampak terus beli. Rasanya tak sama dengan Black Canyon. Makan original food lagi sedap. Air korang wajib beli bekas air dari tanah liat dan simpan bawa balik. Ada macam-macam jenis kartun. Unik laa.. Pandai buat, memang kreatif. Syorga makanan di sini jangan lepaskan peluang cuba makanan yang tak ada di Malaysia. 



Pulut Ayam adalah makanan popular di sini. Kalau risau status halal, cari penjual yang bertudung ataupun bersongkok. Nak lagi senang, mana nampak orang Melayu makan tu, makan je la tanpa rasa was-was. Kami pun makan jugak siap tapau untuk makan malam. Malas nak keluar hotel cari makan.



Time ni baru lepas hujan tetap meniaga

Sedapnyaaa pulut ayam 25 Bath (RM 2.50)

Lepas hujan pun ramai orang

Cik abang nak p mana tu? tanglung sana sini nak sambut Raya Cina


Angin kuat betol, nak selfie pun susah


Dah puas JJCM di setiap sampan tu, rajin-rajin lah pusing ke sebelah jambatan ada jual makanan, ikan laga, buah, beg, topi dan perhiasan rumah pun ada etc. Tengok buah strawberi punya lah lapaq. Rasa nak beli semua. Kat sini jangan risau, surau disediakan, tandas tu tak tau lah ok ke tak sebab tak masuk pun. Tengok kena beratur panjang. Hehehe.. Kami tengok juga souvenir, cuci mata sebelum check in hotel.



Comel carpet tu. Ikan laga pun cantik ekornya

Beli mangga ni tak dapat tahan air liur

Merah ang ang strawberi ni

Macam mahal je FM huhu

Kami dah beli korang bila lagi? Hehehe




Pulut Mangga ! Cuma 35 Bath (RM 3.50)


Dah puas pusing beli makanan, ternampak pulak Pulut Mangga. Singgah beli. Geram tengok isi buah mangga yang kekuningan tu. Harga pun murah. Sedap makan dengan santan yang ada sekali tu lepas tu kita balik hotel jommm.. Bersambung entry Day 2 nanti.


 

No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com