16 Jun 2016

Drama Ketupat Palas Mr Handsome (Slot Lestary TV3)

Salam Readers..


Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome | Drama terbaru Fattah Amin dan Mira Filzah | Drama terbaru di Slot Lestary TV3. Bila baca sinopsis drama ni, rasa sweet je dorang berlakon. Ini gandingan pertama Fattah dan Mira. Tengok poster drama ni memang tak sabar nak tengok. Drama yang diarahkan oleh Yeop Hitler ni sebanyak 13 episod bersiaran 23 Jun ini 😊😀😁


Drama Ketupat Palas Mr Handsome (Slot Lestary TV3)

Fattah Amin dan Mira Filzah Sebagai Pelakon Utama



Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome


Mengisahkan Kruz (Fattah Amin) yang berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr.Handsome yang telah dianjurkan oleh majalah ternama, namun apa yang tidak diketahuinya, sebagai pemenang dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadhan


Di hadapan kamera, Kruz akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera Kruz menyuruh pembantunya, Jintan Manis untuk lakukan tugasannya. Kemudian Kruz bertemu dengan Ayu (Mira Filzah) dan jatuh hati kepada Ayu yang tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu bijak, sopan, cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun kerana salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanya ingin memainkan perasaannya sahaja. Apa yang Kruz akan lakukan untuk menambat hati Ayu kembali? Kena tengok ler. Hihi


Fattah Amin Pujuk Mira Filzah. Sweet

Rombongan Meminang


Mira dan Fattah bersama daun palas

Sweetnya Mira Filzah dan Fattah Amin dalam drama ni kan

Sesi balut ketupat palas

Pelakon drama ketupat palas mr handsome

Scene Fattah Amin dan Mira Filzah Kahwin


Pelakon Drama Ketupat Palas Mr Handsome :

Fattah Amin
Mira Filzah
Aisya Hasnaa
Eyka Farhana
Marisa Yasmin
Shah Sulaiman
Firdaus Ghufran
Syazuwan Hassan


23 Jun 2016
Slot Lestary TV3
Rabu - Jumaat
9.00 Malam


1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com