4 July 2016

Film Review : Now You See Me 2


Salam Readers..


Review Filem Now You See Me 2 | What's Up Guys ! Sesiapa dah tengok sekuel pertama movie ni mesti tahu. Nina tak tengok lagi yang first tapi sekuel kedua memang BEST ! 😁😍 Thanks Akma plan sesiap layan NYSM2 sebelum berbuka. Kalau tengok movie dengan dia mesti missed cerita 20 minit 😂😅 Kali ni team Horseman dapat ahli baru. Movie ni box office dari budget $90 million ke $241.3 million. Layan Four Horseman (ahli-ahli silap mata) yang handsome dan jelita.



Now You See Me 2



Sinopsis Now You See Me 2 :


Setahun selepas pertunjukan silap mata, 4 Horseman - J. Daniel Atlas (Jesse Eisenberg), Merritt McKinney (Woody Harrelson) dan Jack Wilder (Dave Franco) bersembunyi, menunggu arahan The Eye, kongsi gelap ahli silap mata. Di apartment, ada seorang wanita dan Atlas berusaha mengikat dan berjaya melarikan diri. Ejen FBI, Dylan Rhodes (Mark Ruffalo) akhirnya memberikan misi baru mendedahkan rasuah ahli perniagaan, Owen Case yang mencuri data perisian untuk kepentingan diri. Lula Mei (Lizzy Caplan), wanita di apartment Atlas, ahli baru menggantikan Henley Reeves, tinggalkan team kerana penat menunggu arahan.



Jack dan Merritt

Diculik ke Macau

Mabry culik Horseman dengan niat jahat



Horseman merampas majlis pelancaran perisian baru. Rancangan diganggu individu misteri yang mendedahkan kepada dunia bahawa Wilder, dipercayai mati sebenarnya masih hidup dan Rhodes dalangnya. Ketika melarikan diri, Horseman ditangkap oleh orang upahan diketuai kembar Merritt (ahli silap mata) dan dibawa ke Macau. Mereka berjumpa Walter Mabry (Daniel Radcliffe), bekas rakan kongsi Chase yang memalsukan kematiannya.




Mabry arahkan Horseman untuk curi cip data Chase dari disalahgunakan. Cip ini membolehkan pengguna hacked semua barang elektronik di seluruh dunia. Mereka ke kedai silap mata milik Li (Jay Chou), dapatkan alat untuk mencuri. Rhodes terpaksa keluarkan musuhnya, Thaddeus Bradley (Morgan Freeman) dari penjara atas kematian bapanya supaya dapat membantunya mencari dalang kehilangan Horseman. Tiba di Macau, Li memberitahu mendiang bapa Rhodes menyimpan barang peninggalannya di kedai Li berserta jam tangan.





Kena check dengan security sebelum masuk bilik Cip

Wilder cekap bab mencuri

Nyaris-nyaris nak kena tangkap


Horseman berjaya mencuri cip dan menggelak pihak berkuasa dari mengesyaki mereka kemudian melarikan diri. Atlas menyerahkan cip kepada The Eye, rupanya Mabry dan orangnya, mendedahkan suara di terowong itu dan memuat info dalam handphone Atlas adalahnya. Rhodes menyelamatkan Atlas dan menggantikan cip yang palsu sedangkan Atlas memiliki cip asli. Ditangkap oleh Mabry dan kurung Rhodes dalam peti (menyebabkan bapanya mati), dicampak ke dalam sungai. Rhodes berjaya melepaskan diri menggunakan jam bapanya dan diselamatkan Horseman.



Mabry tengah marah tapi tak macam pon

Rhodes berlawan dengan geng2 Mabry



Rhodes dan Horseman berjumpa Li, dia dan neneknya sebenarnya The Eye. Mereka sedar Mabry menggunakan ketakutan dan kelemahan Horseman dan buat plan untuk dedahkan kejahatan Mabry. Horseman akan buat show secara live di London pada tengah malam Tahun Baru. Setiap mereka mengambil bahagian di jalan-jalan. Apabila Mabry menangkap mereka dan bawa ke dalam pesawat, ambil cip ori, campak Horseman keluar pesawat. Mabry tertipu, nampak Horseman melambai di luar tingkap pesawat yang berada atas tongkang di tengah-tengah Sungai Thames, kegiatan jenayah mereka disiarkan secara live kepada dunia oleh Horseman dan ditahan FBI.



Li dan neneknya bergabung dengan Horseman cara nak perangkap Mabry

Trick Atlas paling WOW

Lula dengan trick burung merpatinya



#MyReview:

  • Penonton akan suspens bila tengok scene The Horseman nak curi cip tu. Selit dalam kad daun terup, lempar sana sini, kena buka underwear lagi. Hehe

  •  Walaupun kembar tapi tetap tak serupa perangai tu, sorang baik sorang jahat

  •  Aksi cemas bagaimana Rhodes nak selamatkan diri dari kurungan dalam air tu. Tempat sama yang membunuh bapanya apabila tak berjaya keluar. Time tu, dia akan berterima kasih kepada Bradley sebab banyak tolong Horseman, dan jadi tukang hasut/idea kepada 2 beranak bodoh tu sehingga lah plan terapungkan pesawat


  • Ada banyak scene kelakar dalam movie ni. Boleh dikatakan selang beberapa scene akan gelak

  •  Kenapa Now You See Me 2 ni patut bagi 5 bintang? sebab at the end cerita memang power. Suka tengok Atlas dengan trick air hujan terapung tapi sebenarnya air pancuran saja kot dan hilang dalam takungan air hujan. Perghh ! Not bad Lula dengan merpati, Wilder dengan kad terupnya


🌟🌟🌟🌟🌟


12 comments:

dear anies said...

yg #1 pun x tgk lg hahahaa

Zie Has said...

salam nina ... lama dah tak singgah sini. sbb lama cuti blogging :)

Zie Has said...

anyway ... nice review :)

Shahida Dzulkafli said...

ala.. yg first pun tak tengok lagi..

Pha Is said...

dah tengok.. rasa macam yg no. 1 lagi best..

Aisya사쿠라♥ said...

saya ada kawan yang takleh move on dengan cite ni lepas tengok lols

syasandeul said...

Nice post!


:)

el said...

baru je donwload movie ni smlm
xde ms nak tgk huhu

Siqah Hussin said...

Alaaaaa tak tengok lagiii.. Kena tunggu astro best jela nampaknya nie

ZULHILMI TEMPOYAK said...

2x tgok... jom tgok lagiiii... heheh

Mrs. A said...

Baca review terus rasa nak tengok.
Tapi tak faham sangat sebab tak tengok yg 1st kot cia..cia..cia...

hnahdy89@yahoo.com said...

Nak tengok nak tngok last2 terlepas . Ngeee... Ada kaitan ngan cerita pertama ek

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com