2 August 2017

Tina Hilang Angkara Jiran?


Assalamualaikum Readers 😎


Benda paling mak sayang, kucing betina dia. Sejak Tina hilang pagi 15 Julai lepas, hari-hari teringat kucing dia kat mana, entah makan ke tidak, tidur kat mana. Kalau rindu sampai nangis-nangis. Orang bela kucing saja yang ada simptom-simptom macam ni 😯

Tina suka tengok tv. Last time movie raya


2 hari cari tapi hampa. Fikir punya fikir, kucing aku kalau keluar rumah mesti pandai cari rumah sendiri, tak berani nak pergi jauh, jumpa orang tak kenal lari sebatu melainkan ada makhluk tangkap.

Siapa tak sayang kucing, dah bela siap berhabis duit beli makanan dan bawak ke klinik. Mungkin takda rezeki


Maka, kami anak beranak pun syak jiran. Ada 'sekor' tak suka kucing, penah jiran lain cerita perihal jiran kami yang simbah air panas ke kucingnya. Wallahualam.. Sejak kucing aku hilang, jiran tu tak datang sembang di rumah.


Beringat pemilik kucing, jaga kucing jangan sampai kena curi, kena tangkap dan buang di tempat lain dan kena langgar dengan kereta jiran macam kes Nina, kena racun (kucing kawan). Depan nampak baik, hati tak tahu. Semoga Allah balas segala perbuatan mereka menganiaya binatang. Orang zaman sekarang tak takut buat dosa. 


2 comments:

Warisan Petani said...

Serupa macam sekor kucing jantan WP hilang tak dapat dikesan. Nak tuduh2 takde bukti. Pasrah ajelah.

Siti Yang Menaip said...

huurm memang wujud orang cemni.. sabarla..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com