30 July 2018

100 New Malaysia Sunday Buffet Lunch @ Flamingo Hotel by The Beach, Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
 
100 New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel by The Beach, Penang | Sempena kerajaan baru, Flamingo Hotel menawarkan buffet lunch sehingga bulan September !! Boleh lah bawa family, buah hati makan kat sini. Sayang tau yang ramai muka Chinese, orang Melayu ni, makan murah pun berkira. Makan berdua hanya RM 48 net (BUY 1 FREE 1). Ini semua gara-gara Blogger Anies, kalau tak Nina pun tak tau ada promosi ni. Hahaha.. Jadi Anies rancang nak turun Penang makan kat sini. Wah terus ON. Hotel bertaraf 4 bintang.
 
 
Plate pertama tanpa nasi
 
Apa yang rancak sangat tu. Ada paparazzi join kami sekali


 
Kalau nak booking memang tak boleh, jawabnya datang awal dan book meja korang incase ada tempat kosong (area pool) boleh cop tempat dah. Nasib kami baik haritu, datang awal dan book. Lunch buffet dengan Anies berjalan lancer walaupun makanan cepat habis. Ramai betol orang, bersesak nak ambil makanan. Nasib baik nafsu makan tak mengganas haritu. Hehehe.. Makan ala kadar sebab tak tau nak makan apa.
 
 
 
Semua sedap. Yang tak sedap nina tak rasa. Ada banyak menu tak sempat nak snap gambar

Yang kuning tu sedap, lebih kurang macam puding jagung


 
Kalau ikutkan Nina niat nak belanja Anies sempena birthday dia yang jatuh seminggu selepas kami datang makan sini dalam 28 Julai, kononnya tak sempat nak belikan hadiah sebab gaji tak masuk lagi, last-last birthday girl pulak buat surprise bawa hadiah, oh patut la sampai hotel lewat, ghupenya pi cari hadiah dulu. Hahaha..
 
 
 
Hadiah dapat dari Anies. Terima kasih

Hipster mug tu. Haha

Promosi sehingga bulan September
 

 
Jadi tunggu apa lagi, bawa la buah hati atau sesiapa saja makan di Flamingo Hotel sementara promosi masih berlangsung sehingga bulan depan. Murah dan makan banyak cuma terhad.
 
 
 
FLAMINGO HOTEL BY THE BEACH, PENANG
 
 
Tanjung Bungah, 11200 Pulau Pinang
 
 


1 comment:

Ann Ishak said...

sampai september ek...boleh plan :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com