30 July 2018

Promosi Subang Di Lovisa Malaysia @ Queensbay Mall


Assalamualaikum Readers


Lovisa | Promosi 2 Subang Hanya RM 55 Di Lovisa | Dah lama nak masuk Lovisa ni tapi niat asyik terbantut sehingga la tuan badan belek-belek cuping telinga. Baru perasan lobang nak masukkan subang makin tenggelam tertimbus. Hahaha.. Nanti kena leteren mak, sebab betapa strugglenya dia nak bawak aku pi tembak telinga zaman kecik-kecik dulu. Katanya lawa kalau perempuan pakai subang. Ok dah stop throwback. Sekali masuk Lovisa ni, semua benda shine bright like a diamond. Juling mata tengok design subang yang lawa-lawa. Bila dah pakai ni rasa agak kewanitaan. Hahaha.. Boleh dikatakan memang suka buat koleksi subang zaman sekolah dulu. Kali pertama beli barang Lovisa ni.


 
Comel paper bag Lovisa
 
Tak mudah berkarat. Kalau beli yang ada batu berlian jangan risau tak tanggal


Snow Flakes RM 27.50 (Harga asal RM 35.50) & Fireball RM 27.50 (Harga asal RM 42.50)



Masalah utama nak beli subang ni tak lah macam beli ikan kat pasar tapi berapa pasang subang dah Nina beli tapi tak tahan lama, masalah macam cepat karat, cuping telinga gatal-gatal dan subang hilang lepas mandi atau bangun tidur. Biasalah beli subang kat pasar malam mana ada kualiti. Lepas dengar promoter Lovisa kata ada promosi tangan 'terpaksa' ambil juga 2 pasang subang dalam kategori tak karat. Hehe.. sengih-sengih macam kerang bakar.



Untuk maklumat lanjut boleh tengok website Lovisa. Rupanya Lovisa ni brand dari Aussie. Boleh klik website www.lovisa.com.au (http://www.lovisa.com)


 

No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com