8 May 2019

Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner

Assalamualaikum Readers

 
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner Review | Salah satu toner dari Kiehl's yang Nina cuba. Beli dari raya cina lagi, sampai sekarang dah separuh botol. Pakai dengan penuh penjimatan. Haha.. Ini produk yang ke 7 dari Kiehl's yang Nina guna. Toner ni sangat sesuai untuk sesiapa yang ada kulit berminyak. Gentle toner for oily skin gituu..
 
 
Kiehl's bagi sampul angpow. Sayang nak guna

 
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner
 
 
Nina beli sebab toner Calendula habis stok. Jadi nak tak nak terpaksa juga beli. Nasib baik muka tak reject produk ni walaupun kulit Nina bukan jenis berminyak. Jadi sangat sesuai untuk 2 jenis kulit combination dan berminyak. Disebabkan bahan dalam toner ni tak membuatkan kulit kering, sesuai juga untuk kulit Nina. 
 
 
 
Botol biru tapi air warna jernih

Sebelum lap di muka

Selepas lap. Ada nampak kotoran tak? Hehe

 
 
Apa yang best :
 
 
  • Bila pakai kawasan berminyak di area hidung, dahi dan pipi kurang berminyak. Rasa fresh dan healthy looking gitu.
 
  • Ia akan reduce oily skin dan kulit tak keluarkan minyak yang banyak.
 
  • Non-drying dan bebas alcohol. Formula lembut menanggalkan sisa-sisa minyak di muka.
 
  • Oil-free, Paraben-free, Fragrance-free, Colorant-free.
 
  • Toner ini tak membuatkan kulit kering.
 
  • Harga untuk 250ml - RM 97.00. Hanya ada satu size botol. 
 


3 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com