3 December 2019

'Let's Get Crackin' This Christmas!' @ Olive Tree Hotel

Assalamualaikum Readers
 
 
'Let's Get Crackin' This Christmas!' Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner In Penang | Bulan disember datang lagi dan pasti ramai yang tercari-cari buffet untuk krismas! Kali ini, ada satu lagi tempat yang menawarkan promosi buffet sempena perayaan krismas, Nina nak berkongsi tawaran buffet di Olive Tree Hotel, Penang. Jommm tengok menu-menu yang ada. Rambang mata uuolllsssss. Ini lah masanya untuk berkumpul dan menjamu selera bersama yang tersayang.


'Let's Get Crackin' This Christmas!' @ Olive Tree Hotel
Christmas At Olive Tree Hotel Penang

In love with this decoration

Hui Hui (manager), orang penting Olive Tree Hotel memberi info untuk buffet malam itu 




Kebiasaannya seperti tahun-tahun yang lepas, pihak Olive Tree Hotel tidak pernah melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan perayaan krismas di hotel mereka. Oleh itu, tahun ini Olive Tree Hotel memberikan rasa istimewa kepada semua para pengunjungnya dengan suasana seperti melangkah masuk ke dunia animasi 'The Nutcrackers' ! Dengan tema ini, pasti menarik ramai pengunjung untuk dating ke Olive Tree Hotel terutama untuk berselfie. Bermula dengan hiasan luaran hotel sendiri, yang terdiri daripada 2 buah pokok krismas yang besar dan 3 buah eco-friendly dan diceriakan dengan dekorasi berkerlipan, santa dan rusanya. Untuk hiasan di dalam hotel terutama di reception terdapat hiasan "Christmas Nutcracker' dan mesra alam sekitar.




#tetrischallenge

Dapat hadiah krismas untuk blogger



Di tingkat 1, terdapat satu bahagian khas iaitu 'Christmas Corner' yang terdapat pelbagai pilihan kraftangan dan dekorasi krismas yang boleh dibeli sepanjang bulan Disember. Hasil jualan akan didermakan kepada Pertubuhan Permata Al Mahabbah, Pulau Pinang. Ini merupakan satu program oleh pihak hotel dalam berkongsi dan memberi bersama-sama. Wow! Keep the good work Olive Tree Hotel. Untuk itu, kami bertuah kerana dijemput untuk mempromosikan tawaran buffet makan malam dengan tema pada tahun ini berkonsepkan 'Let's Get Crackin' This Christmas!' . Jomm kita apa yang menarik tahun ini. 







PEMBUKA SELERA 















Antara menu-menu pembuka selera yang pastinya akan membuatkan sesiapa saja 'trigger your taste bud' dengan barisan menu honey & citrus roasted beetroot, Russian salad with meat loaf, tomato and mozzarella cheese salad, salad bar, seafood on ice dan lain-lain. 










Ini pula menu ala-ala Japanese style dengan assorted sushi, maki roll serta cold saba & condiments yang enak dimakan bersama Japanese soy sauce, wasabi dan lain-lain.   





MENU UTAMA 





1st time dengar dan tengok nasi ni. Memang sedap tapi tak boleh tambah 2 3 kali nanti kenyang tak boleh masuk makanan lain. Hahaha.. Haruman nasi sungguh memikat macam nasi minyak tapi bukan. Mempunyai rasa tersendiri dari chef.  






 Satu lagi menu WAJIB cuba tau. Nampak simple tapi sedap. Rasa manisan udang bersama udon ni tak tergambar dengan kata-kata.





Menu yang menjadi rebutan. Rasa pedas-pedas manis yang dihasilkan dari gravynya, kurang pedas tapi sesuai dimakan oleh kanak-kanak.



Sedap dimakan bersama isi ikan dan sosnya



Lambnya sangat lembut


Menu kesukaan Nina yang mewah dengan bruseels







ACTION STALL



ABC
ABC condiments

Korea Spicy Rice Cake with Cheese Sauce (tteokbokki)


Raspberry Duck confit served with Tortilla










 DESSERT



















Air ni sedapppp


Aneka pilihan kek, jeli, pudding, biskut, gula-gula, buah-buahan bersama aiskrim dan minuman yang disediakan. Meriah betul dessert di Olive Tree Hotel. 



Thank you so much Olive Tree Hotel untuk kejutan hadiah yang tak disangka



Kalau nak menikmati kesemua menu-menu hebat ini datang lah ke Olive Tree Hotel. Hanya terdapat di hotel ini sahaja dan menjadi signature makanan bersempena krismas tahun ini.



Sila refer risalah di atas untuk tawaran sempena krismas di Olive Tree Hotel Penang


Tempahan boleh dibuat atas talian di link ini : 


 
 
 
Pelbagai tawaran istimewa sempena Krismas antaranya 'Festive Cakes' dan 'Turkey Takeaway' yang boleh dibeli secara dalam talian juga

Satu lagi intensif dibuat oleh pihak Olive Tree Hotel meraikan bersama-sama mereka yang kurang berkemampuan

No comments:

Post a comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com