23 January 2020

Hantaran Perkahwinan : Tips Memilih Dan Contoh Barang Hantaran

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Hantaran Perkahwinan : Tips Memilih Dan Contoh Barang Hantaran | Selamat bercuti semua! Harini last Nina kerja dan akan kembali bersiaran semula rabu minggu depan. Cuti 5 hari cukup lah, nanti jadi pemalas kalau cuti lama sangat. Sementara krik-krik di ofis ni, meh nak melalut pasal hantaran. Simpan dalam blog untuk rujukan sendiri. Bagi Nina hantaran ni ikut kemampuan dan terpulang kepada individu.
 
 
 
Cantik bunga tangan ni
 
 
 
Kalau hantaran pertunangan lebih kepada makanan, manisan atau buah-buahan tapi perkahwinan ni lain. Kalau ikutkan dah plan dengan tunang nak buat hantaran 5 berbalas 5 sahaja. Tak ikut adat pun ustaz cakap tak berdosa. Beli barang yang belum ada, sebenarnya malas nak beli barang yang dah ada. Jimat selagi boleh. Hee..
 
 
 
Parfume Anna Sui . Cantik tapi tak menepati piawaian bau
 
 
 
Tips memilih barang hantaran
 
 
 
1. Perlu berbincang dengan pasangan berapa dulang dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak. Bincang, pilih dan beli bersama-sama. Kami lebih suka beli sikit-sikit dahulu, tak membebankan.
 
 
 
2. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tapi jika bercadang nak beri barangan yang banyak eloklah gandingkan barang hantaran dalam satu dulang. Contoh, Al-Quran+sejadah, buah+coklat, kasut+bag tangan.
 
 
3. Elakkan beli barang-barang hantaran yang terlalu besar susah nak cari dulang nanti. Semasa beli barang sesuaikan dengan tray. Pastikan pilih size tray dari jenis yang sama untuk semua hantaran.
 
 
4. Pilih warna barang hantaran mengikut tema warna hantaran. Kalau hidden hantaran boleh pilih warna kain yang berlainan.
 
 
 
Kalau mampu boleh beli iPhone baru
 
 


Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki 
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek / Cup Kek
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
 
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
  • Mas kahwin / Duit Hantaran
  • Cincin / Gelang / Rantai Emas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran / Telekung / Sejadah
  • Sejadah
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Beg Tangan
  • Set wangian / Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek / Cup Kek / Coklat
 
Kan best letak tiket flight honeymoon ke Belitung

My fav tapi stok habis


Sungguh wangi dan mahal . EDP dah RM 400++
 
Kerasukan bila tengok jam ni. Arghhh lawa
 
Jam Fossil automatik - Tak perlu tukar bateri
 
 

9 comments:

  1. Hantaran kak dulu makanan dan alat pakai jugak, beg pun ada. Alah membeli menang memakai 😁

    ReplyDelete
  2. wahh cantiknya jam fossil tu.. Ummi suka jenama fossil ni sb namenye unik..macam fosil tulang..hehehe

    ReplyDelete
  3. Hantaran hanya adat sahaja...
    Yg penting adalah mas kahwin..
    Ikut pada kemampuan sendiri jika ada ada lebih boleh buat..
    Mas kahwin juga boleh combine kan duit + cincin kahwin tpi kena tahu nilai duit cincin tu nnti tok kadi tanya.. sekadar perkongsian dan pandangan..

    ReplyDelete
  4. rumah kat pohon pasti seronok nian bila honeymoon di tempatmacam tu

    ReplyDelete
  5. bagus idea hantaran nih.. :p

    ReplyDelete
  6. kite pun nak dulang sikit2 ja..
    tapi 1 dulang kunci kete.. 1 kunci rumah..
    1 tiket flight.. 1 cash.. 1 barang kemas.. hahahahah jenuh
    x kawen laaaa dakuu wakakakak..

    gurau je =P

    ReplyDelete
  7. Jam tu yang paaaaaling best. Harga pun best! Haha.

    ReplyDelete
  8. wow! syoknya kalau dapat barang hantaran macam ni. Good idea. ni mesti tarikh dah dekat n kan. Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. cer torai boh hantaran periuk nasi ka, blender ka, oven ka he3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com