29 May 2020

Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum Readers



Hari Raya Aidilfitri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 2020 | Tahun ni berbeza, hidup dalam norma baru, ujian untuk munasabah diri dan bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Itu dah cukup. Raya dengan kedua ibu bapa dan bakal suami (minta maaf lepas tu gadoh balik) 😂😂 Alhamdulillah, walaupun dah tak ada gaji tapi duit yang ada dapat simpan dan beli barang rumah walaupun kami dah decide tak nak buat hantaran dan kenduri. Jimat duit. Nikah saja dan 80% menyokong keputusan kami.



OOTD Raya 2020 ditengah bandar George Town. Sejak PKP kawasan ni dah naik semak


Baju raya tak beli, pakai baju nak pakai hari tunang tapi tak jadi. Maceh tunang rajin benti tepi jalan snap gambaq raya Nina. 


Family sepupu (baju putih), anak abang bapa no 2. Dah berumur ni abang Mie berubah drastik tapi Alhamdulillah



Alhamdulillah parents berjaya habiskan puasa selama sebulan kecuali Nina 😅😅   Pagi raya memang awkward sebab tak ada solat Aidilfitri tapi sebak dengar takbir raya 😭 Mandi dan makan, teringat durian Balik Pulau. Raya tahun ni best, jatuh musim durian. Sepupu Nina ada mai beraya sehari sebelum raya, janji nak belanja sebiji. Haha.. terus call bagitau nak pi beraya, tinggal mak sorang di rumah, tak ikut. Balik dari Balik Pulau usha rumah tok semua pintu rumah tertutup. Belum sampai, tunang dah tunggu kat rumah, pickup pi raya rumah dia pulak, sebelum tu singgah rumah blogger Alia. Sedap mee rebus tulang dan rendang daging 😋😋 




Cincin nikah sampai 21/6. Terima kasih orang-orang penting. Dapat hadiah ni pun dah happy


Jalan Balik Pulau memang mencabar, sejak beli kereta tak pernah lagi naik kecuali Cameron. Drive kat sini mata jangan melilau tengok durian-durian yang bergayut, nanti terliur


Tak sangka dapat duit raya lagi. Besarnya amount kak Aa bagi selain mak mertua


Condo Kak Lia cantikk !! Rugi tak selfie 



Raya Kedua - Aktiviti shopping dengan adik-adik ipaq di Gurney Plaza, konon nak tukaq tali jam tapi tak jadi sebab tunang merajuk tak ajak dia 🙄🙄 Kadang-kadang annoy juga tapi redha lah sebab dah janji dengan bebudak ni. Memang have fun sungguh 3 beradik shopping kaw, hasil penat lelah OT dan dapat duit raya dari abang. Rezeki tunang Nina dapat duit dari tender-tender yang tertangguh dapat lah belanja kami semua (opcos tunang dapat lebih) 😆 SALE DI SEMUA BUTIK SEHINGGA 31 MEI. Kalau tak fikir pasal rumah dah beli macam-macam. SHOPPING LEPAS RAYA LEBIH BEST DAN TAK SESAK. Next year boleh beli lepas raya. Selamat dari kluster raya.




Fossil buat sale buy 1 free 1 . Sejam tunggu nak masuk sini sebab ada customer selfish pilih jam berjam lepas tu tinggal jam bersepah atas meja. Huh dasar cina


Charles & Keith sale hingga 50% . Ni bukan Nina punya, syukur tunang dah beli beg Dorothy Perkins siap-siap


Partner shopping dan makan ada 3 orang boleh pilih


Kesian Aqilah sebab student lagi tak dapat Coach. Sale 50% harga dalam RM 800 ke bawah gitu. Paling suka staf peramah, dah tutup butik pun masih lagi layan kami




Raya Ketiga - Tiba hari Nina dan tunang shopping, memey tak boleh shopping tanpa dia sebab tak boleh pau 😝😆 Sharing is caring ok, sama-sama belanja. Tak ada istilah kedekut atau berkira. Tunang pickup kat rumah, terus ke Queensbay Mall. Ingatkan dia nak beli baju rupanya borong bantal sekali 🤦🏻‍♀️ Sementara masih lagi dalam minggu raya ni. Beli barang sebelum habis sale. Dah nak kena tunggu Krismas (get ready duit untuk shopping lagi 😁) Kami beli bantal dan cadar semua di Aeon. Kelakar pun ada kami ke sana ke sini usung bantal macam lari rumah 🤣 nasib masuk 2 butik saja, Hush Puppies dan Puma. Letih usung bantal. Last sekali drop by tempat kerja adik-adik ipaq pau air 😬 




Beli bantal dah 4 biji belum kira kat rumah dah siap bantal kekabu. Haha. Sejenis tidur bantal banyak. PUMA sale 40%, angkut 3 helai baju dalam RM 400. Dasyat raya tahun ni


Fav Nina dapat free pula



Apa pun raya tahun ni, sayu juga yang terkandas di KL dan Singapore tak dapat balik beraya. Harap tahun depan negara dah bebas dari Covid hendaknya. Rasa macam tak raya pun ada. Nasib feeling buat kuih raya tu ada. Rumah tak berkemas, tak tukar langsir atau tukar itu ini. Raya tahun ni lebih kepada shopping tak habis-habis dari start PKP. Norma baru. Nina nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca dan minta maaf jika ada salah dan silap, komen terlajak kata dan Salam Jumaat 💙



12 comments:

  1. Macam balas dendam membeli-belah.
    Dah nikah ke? Tahniah. Harap dipermudahkan segalanya.
    Saya pun nak minta maaf kalau ada komen atau gurauan yang kurang menyenangkan.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri ✌️

    Jemput join segmen jika sudi..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. Hangpa pi raya rmh tok puteh dak..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri! =)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin..

    Wow..bestnya shopping, ada sale, byk diskaun..

    ReplyDelete
  7. done follow.. nice blog.. follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya, kak Nina :)

    ReplyDelete
  9. waa meriah rayanya, salam lebaran

    ReplyDelete
  10. Lepas raya dlm pkp ni memang best shopping. Majoriti buat sale kaw-kaw

    ReplyDelete
  11. Membeli belah lepas PKP ini membantu peniaga untuk menapak semula kan Nina.. sale pun kaw-kaw..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com