14 Aug 2020

Menginap Di Holiday Villa Beach Resort And Spa, Langkawi

Assalamualaikum Readers


Honeymoon Trip 4D3N @ Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi | 4 hari di Langkawi, memang relax badan dan otak. Masing-masing seronok ke sana ke sini dengan mengamalkan SOP. Face mask dan hand sanitizer sentiasa dalam handbag 👍🏻 Terima kasih Izzani, sponsor trip untuk 3 couple 😬 Harap dapat projek lebih lagi dan sama-sama pening kepala dengan hubby 🤭  Sebelum book hotel, dah sure tak ada makhluk halus baru proceed 😂🤣 maklum la hotel 3 bulan kosong. Memang selamat, tak ada gangguan. Alhamdulillah.



Honeymoon Trip 4D3N Di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi












Trip dari 6-9 Ogos smooth saja. Hari first tak boleh main jet ski sebab ombak kuat. Walaupun makanan kat Langkawi ni so so. Siap kami semua dapat pakej food poisoning 👏🏻👎🏻 Muntah, beri-beri. Perut tak tahan makanan tepi jalan 😒 Restoran pun sama, mesti lah cekik darah, lastly Subway (caj food panda mahai gila) dan McD jugak yang selamat. Pengalaman honeymoon yang tak seberapa.  Meh nak tunjuk bilik pertama sebelum kami pindah bilik lain. Tak tau suite apa. Janji tilam best ada bath tub 😍 walaupun balkoni dekat dengan hutan. Boleh tengok tukang kebun hotel buat keja semai pokok. Haha















Bila bercuti time covid ni, ada saja yang tak kena, duit keluaq macam ayaq terjun. Management hotel pun mengada, 3 kali tukaq bilik 🤦🏻‍♀️ Nak gelak pun ada. Gamak malam pertama bagi bilik dekat dengan hutan. Astaga, bukan semua bilik hotel berpenghuni, ada lagi satu blok tak buka untuk pelancong 🙄 Nasib kami laki bini tak kena gigit nyamuk (pintu balkoni tak buka). Overall, ok lah.. semua hotel tengah nazak sekarang ni kena lah memahami. 










Holiday Villa ni ada 2 pool (pool mewah kena bayar RM 30), jakuzi dan pool kanak-kanak. Yang penting ada pantai sendiri. Harga jet ski dan banana boat pun tak cekik darah sangat macam kat luar. Bilik ke 3 yang kami stay sampai balik tu, hari-hari tengok pool, mandi sampai kecut kaki tangan 🤣😂









Aiskrim perisa hanya ada di Langkawi. Perisa matcha



Worth it duit yang dilaburkan di Holiday Villa. Stay lama mesti kena cari hotel yang best sikit kan. Nama pun pi release tension, relax dan honeymoon. 3 in 1 motifnya sambil pusing tengok langkawi yang tak banyak berubah. Btw singgah Langkawi jangan lupa pekena aiskrim 7E yang sedap tu 😋😋 Hanya available di Langkawi, tempat lain takdo. Menyesal tak singgah beli 2 cone lagi 😭


6 comments:

  1. eh cantiknye... rindu nk tgk pantai lagi..huhuhh

    ReplyDelete
  2. Aiskrim tu juga mengancam.. hehehe..
    Cantik tempat dia.. bila dah 3 bulan kosong memang seram sejuk dibuatnya..
    Alhamdulillah semua okay..

    ReplyDelete
  3. Cantik pantainya..oo..kt Langkawi je ada aiskrim tu..matcha ke?

    ReplyDelete
  4. cantik....buat masa ni masih "berkurung" kes mencanak naik seminggu dua ni...xbrani nak kemana mana lagi...wah hanya di langkawi erk...jauh la plak nak pgi...hehhee....

    ReplyDelete
  5. Wahhhh.. Entry honeymoon.. Awat byk kali sgt tukaq bilik ni😅

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com