18 September 2020

Makanan Hillview Cafe @ Penang Hill Tak Sedap

Assalamualaikum Readers


Makanan Hillview Cafe @ Penang Hill Tak Sedap | Sejenis dah malas nak layan benda viral sebab bukan semua makanan viral tu betul sedap 😒 Dah terkena dan iklan makanan dalam page FB Penang Kini banyak mengarut, baca komen dulu sebelum terjah okay 😉 Tempat makanan ni, MIL yang ajak pi makan, dia tengok dalam Penang Kini 😂


Menu sedih Aglio Olio Ham pilihan Nina . Tak rasa sedap sangat tapi pedas ya rabbi . Letak chili flakes 1 botol kot . Hubby makan pedas pun tak boleh nak tolong habiskan . Tak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu mengandung . Senak perut sebab makan pedas sangat.



Lamb sedih pilihan SIL . Spagetthi, french fries dan coleslaw tak panas . Makanan dah dimasak lama . Isi lamb pulak direbus bukan di grill 🤣🤣 Tak payah guna pisau, boleh potong guna garfu . Rasanya yang panas cuma sos blackpaper . Korang rasa macam ini kah cara masak makanan western?



Ini la cafenya


Lokasi tempat makan strategik dah, naik Bukit Bendera boleh nampak cafe di sebelah kanan jalan. First nak tengok kebersihan, Nina akan terjah tandas dulu gais. Agak tak terjaga. Hee.. Perasaan kami sekeluarga SEDIH makan kat sini 🤦🏻‍♀️ Nak describe macam mana pun tak tau. Menu yang kami pilih mesti ada yang tak kena. Nasi goreng abah sejuk, lamb dan daging lembut sebab direbus bukan di grill, aglio olio dan spaghetti super pedas. Air pulak semua tak ada ketoi ais. Umpama air yang disejuk dalam fridge saja, terpaksa SIL pi mintak ketoi ais untuk habiskan teh o ais limaunya 😂😂 



Omgee macam mana nak tarik pelanggan cina kalau makanan sejuk? Harap tokey kedai, ambil berat dan ubah ikut selera pelanggan. Setiap feedback tu bukan untuk mengecam tapi untuk majukan diri dan business. 


 

No comments:

Post a comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com