11 December 2011

Gerhana Bulan





Hye semua. Semalam korang tengok tak gerhana bulan ? Ada yang tak sempat tengok sebab terlindung dengan awan. Nasib baik aku sempat tengok kejadian ciptaan tuhan. Gerhana bulan berlaku bila matahari, bumi dan bulan berada dalam garisan lurus dimana bulan bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Fenomena ini juga dikaitkan dengan pasang surut air laut.


Cantik bulan pada malam 10 December 2011 bersamaan dgn 14 Muharam 1433 Hijrah
 Gambar ini diambil pada pukul 7.40pm waktu malaysia.


Jika atmosfera bumi bebas dari pencemaran udara, bulan kelihatan amat cerah. Kebanyakan cahaya yang dibiaskan memiliki spektrum cahaya merah. Sebab itu bulan nampak seperti berwarna gelap, merah tembaga, jingga ataupun coklat. Bukan senang nak dapat tengok bulan terang macam nie. 


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com