6 February 2013

Tips Awet Muda Cara Mudah



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Harini nak share Tips Awet Muda Cara Mudah . Dah breakfast? Aku baru je balik dari breakfast dengan kakak2 staf. Harini dorang ada buat minum-minum memandangkan staf-staf Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK) datang kursus di KMPP. Kalau belom breakfast cepat-cepat la makan.





Lawakan?




Bagaimana nak awek muda? Sebabnya kat sini kak-kak banyak yang awet muda. Walaupun dah ada anak. Amat penting menjaga penampilan diri agar nampak marketable di depan orang lain. Ada beberapa cara yang mudah taw :)


  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Boleh amalkan petua Rasullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  • Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

  • Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. In Shaa Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik seperti Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/rambut yang dipotong/gugur. Sunat memotong kuku bermula dari tangan kanan.

  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

  • Jangan bawa masalah hingga ke waktu tidur.

  • Hindari sifat dengki & cemburu.

  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

  • Jangan tinggal solat. Kerana air wudhu' yang terkena wajah 5 kali sehari adalah pencuci muka paling berkesan.

  • Hindari diri dari merokok.

  • Senyum selalu. Pemanis wajah nie.

  • Maafkan semua orang sebelum tidur.

  • Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:


“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”





2 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

patut la comel je.. bapa umo? hehehe

ghost writer said...

nak praktis nih kena berlarutan, saban waktu. kalau hari ni buat, bulan depan baru buat, tak praktikal juga jawabnya.

tapi senyuman tuh boleh setiap hari, sepanjang masa.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com