7 Feb 2013

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa


Harini semua peminat Setia Hujung Nyawa mesti bersedih sebab drama faveret mereka dah tamat. Eh jangan la sedih-sedih, sekarang dunia dah maju. Boleh download cerita tu kan tak pon baca novelnya. Jujur nak cakap kan.. aku pernah tengok 2 episod saja drama nie. Haha.. Semua pakat-pakat update status SHN kat dalam fb dengan twitter. 


First time tontonton pun dah rasa sakit hati tengok suami layan isteri macam orang gaji. Episode ke berapa entah. Layan saja. Lepas tu aku dah tak tengok. Bukan apa, kalau tak tengok satu-satu drama dari mula mesti rasa tak best sebab tak follow dari episode 1 sampai last. Macam tengok cerita tak lengkap. Nasib baik pernah baca novel nie masa skolah dulu. Kaki novel jugak. Tak sangka dulu aku layan novel cinta-cinta nie. Haaa, dalam hati ada taman begitu la.




Setia Hujung Nyawa nie punya maksud yang mendalam. Bukan senang nak cari orang yang betol-betol setia sekarang nie. Setia dengan pasangannya tak kira apa sekalipun. Buat para anak-anak, contohi lah ibubapa kita. Kerana mereka memang dah confem akan setia sampai ke akhir hayat


Sangat suka dengan heroinnya.. Aww, comel sangat-sangat Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen nie. Tak sangka baru 19 tahun kan. Mana tak comel anak kacukan Siam. Orang kelate memang banyak kacuk dengan siam like me. Haha, perasan pulak.. Pretty to be Siamese.


Sinopsis:




Ersalina Imani & Zain Hakimi. Bermulanya cerita El, seorang gadis 17 tahun dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. El dilamar oleh Datin Adibah (bukan Adibah Noor taw) untuk menjadi menantu express kepada anaknya, Zain, selepas pengantin perempuan menghilangkan diri.





Mereka belajar menyemai rasa cinta. Tatkala perasaan cinta sudah membara, zain terkejut bila El keguguran, isteri yang belum sempat disentuh. Bermulanya pergolakan rumah tangga mereka. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hatinya untuk menerima El demi menjaga hati keluarga kedua belah pihak. 



P/s: Bestnya jadi pengarang novel, cerita best terus buat drama. Best jugak kerana esok bos bagi aku balik ke negeri bijih timah. Tq bos. Hehe


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com