Tudung Fareeda?
Apa yang best sangat tudung nie sampaikan makcik aku pun suruh pakai? Haa, harini nak cerita sikit pasal tudung nie. Tak pernah lagi aku buat entry pasal tudung jadi apa salahnya share. Bagi peminat tudung Fareeda macam kak staf kat opis. Dia dah share info pasal tudung nie bila aku ikut dia terjah ke butik Fareeda di Permatang Pauh.
1st time masuk dalam gate dah nampak orang renovate butik siap pasang kerusi-kerusi macam dalam bank. Masuk dalam butik Fareeda, mak ai punya lah cantik tapi anda dilarang snap gambar dalam butik tu. Nanti kena saman baru taw. Memandangkan haritu hari jumaat maka orang yang datang membeli tak ramai macam hari sabtu sampai kena ambik no, sampai kena berebut-rebut. Kerana tudung orang sanggup habiskan duit sampai beratus-ratus. Hebat bukan?
Ini bukan tudung Fareeda oke. Jadi model tudung kejap |
Kalau dah selalu jadi customer Fareeda memang owner kedai dengan pekerja dia akan cam. Jadi kalau nak beli lebih kena bawak kawan atau sesapa saja. Kalau dah beli memang tak boleh masuk balik butik tu. Ada jugak yang datang beli untuk jual, siap bawak mak, suami, adik. Tudung Fareeda ada macam-macam nama antaranya Sofiya, Suzana, Rania tapi dalam banyak-banyak jenis tu aku suka Sofiya. Tak terlalu sarat coraknya. Ada juga gelaran yang diberi contohnya ais kacang, caca, paddlepop (mcm aiskrim paddlepop). Brooch pun ada gelaran macam riben, jambatan, ulat, mata kucing, love. Cutting pun ada cutting utara, cutting Bangi dan cutting v shape. Sampaikan ada customer dari Bangi sanggup mai Penang beli cutting utara yang lebih berombak layernya.
Kalau nak try beli, pilih kaler yang match dengan 3 warna tudung tu dan cari brooch yang cantik. Semua tudung nie dibuat menggunakan kain chiffon dan lycra yang bermutu tinggi lagi selesa dan sejuk dipakai siap dengan layer bertingkat-tingkat. Memang tudung Fareeda dah jadi 1 fenomena. Dan bagi orang yang suka simpan koleksi tudung nie sampai berebut-rebut kaler yang diorang nak itu semua fans tudung Fareeda. Tapi oke la Fareeda nie. Owner dia orang Penang. Seronok tengok golongan kita maju setaraf dengan brand-brand macam LV, Gucci etc. Salute!
Tudung Sofiya.. saiz 10, 11 dan 12
Galeri FAREEDA di Pulau Pinang :
1453, Permatang Tengah, 13500 Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3901644
I baru dapat tau psl tudung fareeda dari kawan I.
ReplyDeletemmg gila la I rasa tudung fareeda ni.
klu age mcm kita tak excited pun tgk,
tp golongan mak2 ni suka laa.
Haha.. tahu takpa. Memang golongan mak2 nie terlalu obses
ReplyDeletekan sweeet tu ..lawa pun ada ang bila tudung :)
ReplyDeleteDok puji lebih2 plak..aku memang dah pakai tudung la shengal
ReplyDeletehurmm ok
ReplyDeleteTu la kawan dh berubah pun tak tau.. APTB
ReplyDeletehahaha... mmg la coz mak2 org ni duit banyak... yg kita ala2 student ni duit kureng...
ReplyDeletegilela tgk ramai beratur semata2 nak dptkan tudung nie? best sgt ke tdg fareeda ni?
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/Ekstrak-Kacip-Fatimah-Johor/683573121666622?ref=hl
tak la cantik sngt...nampak singkat leww
ReplyDeletecantek. tapi rege dia tu. xmampu iolls. *sighh. haha
ReplyDelete