26 Feb 2013

Jodoh Kuat?


Assalammualaikum..


Tajuk macam esok lusa je nak kawen kan. Secara umum yang semua orang tau, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu secara asasnya. Bukan senang nak bicara soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada yang esa. 



Cinta dan jodoh kuat


Orang kata cinta tak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Cinta boleh dipupuk? Dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara ikhlas tanpa paksaan barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Memang kita taktau apa akan jadi pada masa akan datang tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak pecaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam nie:


"Hisyh, asyik2 terserempak dengan dia, hari2 pandang muka dia"

"Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!"





Cinta depan mata



Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita

Pecaya tak? sebenarnya jodoh yang dicari berada berdekatan dengan korang. Mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh-jauh, rupa-rupanya dia dekat dengan kita. Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam.



Dekat di hati



Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi


Oke, ada situasi dimana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama. Tak dinafikan, mesti wujud konflik kan? Disaat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mula tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan. Di sinilah sebenarnya kena main peranan yang penting. Walau apapun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.


Jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar sampai bergaduh dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan tu tak dapat diselamatkan lagi. Korang dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba dengan kuasa Allah. Konflik dapat diselesaikan, hubungan kembali seperti dulu, semakin memahami dan bahagia.


Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh kuat bersama si dia. In Shaa Allah banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jika jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?



Cinta mekar seperti kuntuman bunga


Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!


Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. 


Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dan menguji rasa cinta antara korang. Memang sangat menyakitkan jika jodoh bukan bersama seseorang yang dicintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah. In Shaa Allah jika kita ikhlas dan redha, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Solat ini dapat membantu dan memberi petunjuk dalam soal pemilihan jodoh. 



Jangan serahkan pada takdir semata mata


Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Duduk diam? Salah tu. Sekurang-kurangnya korang harus mencuba. Seseorang hadir dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Tetapi kita boleh belajar dari pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga.


12 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com