10 Feb 2013

Review Filem Wawa Semput

Assalamualaikum pembaca yang kacak dan cantik belaka..
Seronok dapat angpow dengan buah limau? Ohhh best-best.
Minggu nie orang sibuk pakat balik kampung, aku pulak buat-buat sibuk nak balik Ipoh. Cewahh.. saja berubah angin dengan mood nak balik sana jumpa kawan-kawan. Well, terima kasih kepada bos sebab bagi aku punch card pukul 11.30am hari jumaat aritu. Sangat seronok ler bila dapat kad diskaun siswa tu. Siap merasmikan lagi kat restoren-restoren yang nak bagi diskaun.


Sesampainya aku di Ipoh, cik wawa dah selamat menunggu kedatangan aku, ayat macam nak termuntah dan kami merempit berdua ke kolej. Kononnya rindu sangat dekat lecturer tapi niat dihati nak cepat-cepat dapat kad tu dan rempit lagi ke Batu Gajah tengok anak buah/baby wawa yang comel. Memandangkan dah lama rasanya tak hangout dengan kengkawan so kami pegi tengok wayang cerita Wawa Semput. Sesapa yang tak tengok lagi cepat-cepat la tengok. Konfem korang awet muda sebab gelak memanjang dalam wayang tu. Tabik spring sama mamat belakang aku, dia gelak tersangat la kuat! APTB





WAWA SEMPUT - bukan lah cerita kawan aku si wawa tu tapi sambungan dari kisah Adnan Sempit tapi menceritakan kisah hidup Wawa (Secretary Nadia), Bobby dan Ismat. Lebih kurang macam cinta 3 segi tapi tak bersegi pon. 


Ketika Bobby dengan Ismat nak berebut hati wawa time tu la ada lawak ada juga yang tak masuk akal. Ceritanya begini, wawa yang baru break dengan bobby telah buat keputusan balik ke kampung. Ismat yang selama nie suka wawa ikut ke kampung untuk ngorat wawa. Endingnya memang trouble la bila bobby bakar gerai bakal pak mertua bagi membuktikan cinta sejatinya. Habis duit aku! Haha.. nak tau lebih lanjut kena tengok sendiri. Overall rate filem ni 4 bintang



Back to story, kalau dah hangout tu memang tak sah kalau tak snap gambar kan tapi gambar wawa semput tu paling banyak. Untung la ada orang nak buat photoshoot berdua-duaan kat Taman Botani. Apa ingat Putrajaya saja yang ada botani. Hihi


Tunggu wayang

Alooloo... manjanya

Sedapnyaa Cheezy Wedges... nyum2

si buah hati Nazirul Andre? tak laa..

WAWA SEMPUT VS NINA SEMPIT

Bahagia !! Lalala

Rombongan menonton wayang

Aku dah nampak berisi.. Yess

Sweet kan kami.. Hehe

Suka lepak sini sambil tengok sunset..


Setakat ini berita dari aku.. masa untuk berBBQ. Makan sampai gemok macam orang tu nina oii :)

4 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com