2 September 2013

Mengapa Lelaki Sukar Lafas Sayang?


Assalammualaikum si kacak.


Selamat pagi semua! Selamat bekerja juga buat yang bekerja. Bagi tuan tanah, hanya mampu membuat peta saja. Haha.. Tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba saja tajuk pasal lelaki. Yea.. kaum lelaki bermacam jenis. Umpama kumbang yang bermacam jenis dan nama. Erkk.. tiada kaitan langsung. No heart feeling guys ! (Kalau nak emo pun tak kesah).



Kalaulah lelaki macam LEMBU rasanya dah lama kena sembelih. Haha



Sejak aku duduk di rumah, aku telah mengkaji perangai dan pe'eel terbaru ayah. Seumur hidup tak pernah langsung dia cakap sayang kepadaku. Akceli ada la 2 3 kali juga. Aku pun membuat kajian mengapa kaum lelaki sukar sangat nak lafazkan 'sayang' pada wanita kesayangannya. Bukan lah niat wanita ingin kata sayang tu beribu kali diucapkan dalam sehari, cuma kadang kala kaum wanita hairan kenapa susah sangat nak lafaz? Yeke?



Bagi aku pulak, kalau ada lelaki yang tiba-tiba panggil sayang walhal aku dengan dia tak ada hubungan apa-apa itu dinamakan 'syok' sendiri kot. Apa lah nasib kau Nina oii kena handle lelaki macam tu dalam hidup T_____T Itu sebab aku malas nak on WeChat atau pun bapak segala chat. 





Mungkin lelaki memang kurang mengeluarkan kata-kata berbanding wanita. Lelaki juga bercakap hal yang penting saja dan berbeza dengan wanita yang suka bercakap hal benda remeh kan? Wanita jangan ambil hati tau jika boyfriend dia tak selalu lafaz sayang. Mana mungkin kaum lelaki tak sayangkan orang-orang yang dia sayang. Lelaki melahirkan perasaan sayang melalui pandangan, sentuhan, kucupan, senyuman, perhatian dia pada kita. 



Kasih sayang itu datang dari hati, bukan dari mulut. Kalau lelaki Kaki Perempuan memang lah mereka asyik ucap LOVE YOU beribu kali sebab nak jerat hati kamu, tapi nak ke lelaki jenis mudah ucap sayang pada semua orang? Jadi fahami hati lelaki, fahami sifat lelaki kesayangan kita. Bila kita faham mereka kita akan terima kekurangan dan kelebihan dia dengan hati terbuka. Kalau ayah cakap sayang kat orang lain maka akan adalah orang yang mengamuk nanti. Hahaha.. *Bergurau saja. Mereka setia hujung nyawa ^______^ 



41 comments:

sha (chirp chirp) said...

mmg susah nak cari lelaki yg betul mengharagi perempuan skrg ni. kalau yg terlalu sng lafazkan cinta, ssh jugak. kalau yg terlalu ego pon ssh jugak~ hiksss

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mungkin lelaki especially ayah atau abang kandung mengekspresikan rasa sayang mereka melalui perbuatan, bukan perkataan/ucapan..
tapi apa yang akak tak boleh terima bila ada lelaki yang mengucapkan sayang kepada kita dan beribu2 lagi rakan wanitanya.. apakah sebenarnya nilai sayang itu? seolah-olah ianya terlalu murah dan tiada nilai lagi..

Eiqa Almond said...

Tanduk la tanduk laa, tak takur punn :P

ayah eiqa pun mcm tu :)
jarang sgt nak dengar..
termasuk bf eiqa..
eh, ape nie cite bf2x dekat sini,haha
x nak laa, cite pasal ayah aje lee, hohoo
lelaki mmg gitu kann..
Susah nk bercerita, tu ape yg eiqa tgok pe'eel budak london laa, ehhee

Ema Johari said...

betul tu..agak jarang dgr ungkapan sayang dr mulut seorang lelaki

Kathy Rbain said...

memang susah sis...hehehe.sabo je la..

P#eoniX said...

rasenye kalau lepas kawen patut amalkan ucapan camtuh...tapi,memang...macam arwah bapak sy paling berat nak cakap perkataan sayang...munkin tunggu umur macam arwah baru paham kot!!!heheheh....

EZAN IDMA said...

sama lah ayah kite pon, pemalu kot? haha, tapi yg penting memang dia sayang kannn.

S.K.A said...

wahhhh he3..rsa mcm dihargai pula =) kalaulah semua wanita ni mcam nina..rsanya xde gduh2 yg teruk..gaduh2 mnja je..fahami lelakilh lelaki ye wahai perempuan..suka entri ni hi3

Aisy Nasiha said...

Setuju dgn nina... Pgalaman akak, lelaki yg mudah cakap sayang tak serius sebenarnya..

Bin Muhammad said...

Sayang lelaki simpan dalam hati...jika diluahkan selalu, ia akan kuranglah nilainya...

Cik Kay Jue said...

mungkin ada betulnya juga.. hehehe.. bg ckj kan lelaki memang tak banyak cakap. kdang2 kita ni perempuan tak faham dorg.. dorg pun kadang2 tak paham kita..kan? hehehe..

Zawiah said...

klu lelaki tu mdh ucap syg , bahaya gak ... takut hidung belang ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

mgkin sukar lafaz tp mereka lakukan melalui perbuatan =)

are_lin@yu said...

mahal prkataan sayang bg llki kot.hehe

Ain Syima said...

lelaki ni ego tinggi kot sbb tuu sush nk lafaz syg ?
hehehe

Aku Penghibur said...

acik sokong apa yang di perkatakan UAI

hainom OKje said...

Lagi best sesekali ucap Nina daripada selalu tapi bukan sepenuh jiwa hehe
Takde ayah tak sayang anak .....bagi duit tu dah kira sayang dah tu!

^^eKaTiKaH^^ said...

betul tu. lelaki suka bagi harapan kat perempuan ><"

||aLeaSaRa|| said...

abah kak lea pun macam tu,nina.dia tunjuk kasih-syg samalah macam bapak2 yang lain..cuma nak ucap sayang tu takdelah.kadang2 terfikir jugak...tak sayang kitorang ke.dan sebab tu masa hari raya,masa salam2 orang lain dok nangis2 salam bapak,kak lea dengan adik siap gelak2.nak cakap kitorang sayang dia pun kitorang segan huuh....

markeso 27 said...

Laki laki itumaskulin, tak perlu selalu mengatakan kata sayang.tapi bukan berarti tidak sayang...itu sudah sifat lelaki saja.

Amanina Mads said...

Yup.. memang susah nk cari lelaki yg serius dan menghargai perempuan.

Amanina Mads said...

Betul tu akak.. jarang nk ucap kata syg. Itu tandanya playboy.. suka mainkan hati org

Amanina Mads said...

Meh nak tanduk eiqa.. haha :P

Wahh.. ayah dgn bf sepakat tu eiqa :)
Alaaa malu pulak nk cite pasal bf. hehe
pe'eel budak london memey begitu. hee

Amanina Mads said...

betul2.. agak payah org lelaki nk ucap sayang

Amanina Mads said...

susahkan..hehehe

Amanina Mads said...

dh kawen memang patut selalu ucap..
Al-fatihah buat arwah bapa awak. Mungkin la tunggu turn umur tu baru faham. hehe

Amanina Mads said...

Ayah kite pemalu eh? Haha.. yg penting mereka tetap sayangkan anak2.

Amanina Mads said...

terima kasih kerana rasa dihargai =) nina pun manusia biasa juga fais. kalau bercinta memang xsuka gaduh2 cuma gaduh manja. hehe

p/s: entri khas utk para lelaki. hihi

Amanina Mads said...

terima kasih aisy.. betul tu, rasanya cuma mempermainkan perasaan org saja.

Amanina Mads said...

ohh.. lelaki jagalah perempuan yg kamu sayangi

Amanina Mads said...

Yea setuju dengan CKJ.. kadang2 lelaki pun malu perempuan pun malu sampaikan kedua-duanya pun tak faham. heheh

Amanina Mads said...

selalunya macam tu la.

Amanina Mads said...

Yea.. melalui perbuatan pun dah tahu =)

Amanina Mads said...

yelah kot. hehe

Amanina Mads said...

Ego lelaki la paling tinggi sekali..hehehe

Amanina Mads said...

apa yg UAI cakap betul

Amanina Mads said...

betul la kan.. nak ucap sayang selalu letih tu. hehehe
selalu bagi duit mesti sayang.

Amanina Mads said...

Yea.. tepat sekali -__-" menci2

Amanina Mads said...

Memang betul kot semua ayah macam tu, jarang nk ucap kata sayang tp tetap sayangkan anak2. betul la kak lea. masa raya mesti bila salam2 tak pernah nk nangis2. hehehe. nina pun segan nk cakap sayang kt ayah tu.

Amanina Mads said...

ohh begitu ya. lelaki maskulin memang begitu sifatnya.

Yun Sing said...

Haha setuju giler.. ni selalu jadi topik kat sekolah.. ada la yang cite pasal boyfie dia.. ada la yang anti-lelaki cite pasal laki kat tuisyen tak ingat dunia.. dengan penuh emosi saye cite pengalaman haha.. tibe-tibe terkeluaq statement "Yun Sing always get Malay guys.." err.. haha

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com