2 November 2013

Demam Thor : The Dark World Melanda




Selamat berhujung minggu buat semua. Dah lama sebenarnya tertunggu-tunggu sambungan kisah Thor bersama Jane. Kalau dalam sekuel pertama Thor macam jakun je bila sampai bumi. Nak tau kisahnya tengok sini "Thor : Superhero Hammer" . Serius best dan betul kata Farah yang dah tengok. Wayang pun semua FULL dengan orang. Buat Azlan & Miss Volvo, selamat menonton :) 


Walaupun tak tengok dalam 3D tapi tetap best tengok pemandangan Asgard dan sound effect yang ohsem. Ditambah lakonan Chris Hemsworth yang tinggi 195cm dengan Natalie Portman. Sekuel ke 2 mungkin banyak pertarungan dengan musuh dan ada juga scene lawak doktor saintis si Eric Selvig tu, Darcy dengan pelatih barunya. Sawan ketawa aku dalam wayang tu.
 








Jalan cerita bermula dengan flashback zaman datuk Thor dimana musuh utama Thor iaitu Malekith (Melekit), mencari kuasa yang mampu menakhluk dunia iaitu "Aether" . Kuasa Aether ditanam jauh ke tempat yang tidak diketahui dimana Jane telah menemui tempat Aether itu secara tak sengaja. Berlaku pertemuan di antara Jane Foster dan Thor dalam misi menyelamatkan bumi. 2x Jane tampar Thor masa Thor datang nak mengambil Jane ke Asgard. Kesian pula. Hihi


Loki pula dikurung di dalam penjara bawah tanah dan paling menarik, Loki dan Thor bergabung menentang Malekith. Scene lawak bila Thor keluarkan Loki dalam penjara dalam misi menyelamatkan Jane yang diserapi oleh kuasa Aether. Loki boleh munculkan diri sebagai Captain America dan Thor menjadi Sif. Haha.. Terbaek!
 



Jane slap Loki and say, "That was for New York!"




Kuasa Aether sedang disedut oleh Malekith. Nampak tak Jane pakai baju dengan jaket kerjanya. Haha


Aksi dramatik ketika Loki korbankan nyawa untuk selamatkan Thor. Memang dari dulu Loki tu tak boleh dipercayai kalau tengok endingnya. Geram weyh! Heimdall, si pengawal pintu masuk asgard pun dah tak boleh nak melihat Jane atau apa saja. Kesian pulak. Paling aku suka dalam movie nie ialah pemandangan Asgard. Seyes cantik tempat shooting tu. 








The Dark World menggabungkan dunia Asgard dan kota London. Endingnya, kemungkinan akan ada sekuel ke 3 Thor. Memandangkan lastly Thor bercakap dengan "ayahnya" . Maybe Thor nak kawen dengan Jane dan bawa hammernya sebab yang menjelma sebagai ayah tu ialah LOKI! Nampaknya Loki dan Malekith tak mati lagi. Jeng..jeng. 




24 comments:

Kathy R'bain said...

mesti seronok kan sis?

Scha Nazri said...

Kena wajib tengok nii! hhe

adrianna syaz said...

Sya tgk watak thor ni dalam ceta avenger..sngguh ganas skali..nnti leh ajak sesapa tmn g tgk..:)

Pha Is said...

lawak jugak masa hammer tu nk kena kejar thor.. kejap kat dunia ni, kejap kat dunia lain. pening dia.. hehehe

Badrina Ibtisam said...

Sis, sy ni jenis yg jrg tgk movie.. tgk tv pun jrg. Hahha. But I'll watch ape2 movie or program kalau rasa mcm nak. Hehhe

Btw, tempat tu nmpak cantik sgt :)

Azlan Strider said...

aiyak..kena tengok gak ne..hopefully dah tak full house dah..hehehe

Regards,
-Strider-

hainom OKje said...

Macam cerita zaman silam je Nina....okje tk suka cerita perang perang ni

Raudzah Z said...

Best!!! Selamat berhujung minggu nina...

budi os 19 said...

ingin juga menontin film ini :)

Aziz Safian said...

jom join.
bukan susah.
dapat TOPAP FREE PULAK TUH!
perrgghhh!
http://www.bloqazizsafian.com/2013/11/saya-nak-topap-free-by-azizsafiancom.html

Miss Volvo said...

baru tengok tadi best gilos kan heheheh

jeBateja said...

ke tgk ni....kena tgk ni......

Sylarius Yusof said...

Tengok rambut Thor dengan Loki dalam citer ni dah macam rambut iklan shampu je gayanya. Hehe

puteri kasih said...

harap nanti adalah peluang puteri nak tengok filem ni :)

Khai♥Rin : anies said...

x minat sgt dgn natalie portman...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

ramai yang cakap filem ni best.. akak je yang belum berpeluang untuk menontonnya..

Puan Gojes said...

bestkan citer ni :)

BM said...

Dah tgok yg pertama...tak berapa best, jadi yg kedua ni...kurang berminat nak tengok, tp ramai yg review, kata best...hmmmm

Azlan Strider said...

akhirnya dapat gak tengok movie nie..memang awesome giler and lagi best dari no 1 kot..hehehe

Regards,
-Strider-

Khir Khalid said...

Wah best.. x kesempatan lg nk tengok.. tp mmg x sabar nk tengoklah.. thanks sharing :)

izan mama mia said...

layaazzz..
akak mmg xlayan movie..sk drama je..

Sylarius Yusof said...

Sejak Marvel diambil alih oleh Disney ni, filem-filem superhero Marvel dah jadi filem yang sesuai untuk tontonan keluarga. Satu perubahan yang baik dalam industri perfileman.

izzuan said...

THORbaik bro ... memang THORhangat di pawangan ...

Yun Sing said...

Lama tak tengok wayang.. rasa macam nak pergi tengok je.. hehehe

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com