16 August 2015

Film Review : Pixels (2015)


Salam Readers..

Review Filem Pixels (2015) | Whats Up kids ! Filem khas buat bebudak zaman 80'an dan 90'an yang suka main game Donkey Kong, Mario, Pac-Man etc. Game legend sentiasa diingatan. Pixels juga salah satu chapter yang aku suka. Sebab itu, movie ini colourful. Dalam 3D lagi cantik. Harini, macam biasa kami marathon movie. Pixels setakat ini box office $174.7 million diseluruh negara. Bagi aku, movie ini sangat kelakar. Engkau boleh sakan gelak. Tak tipu.. 



NEW Flavour - Mocha Honeycomb Crunch ! Yummy
Pixels Movie Tickets

Pixels poster


Sinopsis Pixels :


Pada tahun 1982, Sam Brenner dan Will Cooper budak 13 tahun yang suka bermain game. Brenner memasuki 1 kejohanan dunia permainan arcade. Brenner, Cooper dan Ludlow Lamonsoff, budak yang jatuh cinta dengan Lady Lisa, watak utama game Dojo Quest. Brenner berjaya dalam setiap game, akhirnya kalah kepada Eddie Plant di Dongkey Kong. Kesemua pita permainan dilancarkan ke angkasa.


Masa kini, Brenner bekerja di sebuah syarikat memasang sistem teater rumah dan Cooper adalah Presiden USA. Guam, sebuah pangkalan tentera diserang dan seorang tentera diculik (dijadikan trofi). Brenner ke rumah Violet Van Patten, janda anak sorang tanpa mengetahui Violet adalah Leftenan Kolonel. Mereka bergadoh di White House sebab status pekerjaan.


Taj Mahal diserang


Brenner ke vannya dan terkejut bila Ludlow muncul di dalam van dan membawa ke rumahnya untuk memberitahu alien menghantar makhluk dengan reka bentuk permainan video klasik untuk menyerang. Ludlow dapati mesej rakaman dimanipulasi untuk jelaskan rancangan mereka. Pita itu ditemui dan dilihat sebagai ancaman, mereka gunakan permainan video sebagai 1 cabaran. Jika menang 3 pusingan, mereka akan mendakwa Bumi. Serangan seterusnya di Taj Mahal tetapi terlambat dan seorang lagi diculik.



Brenner dan Ludlow "melatih" tentera cara untuk bermain permainan game klasik. Serangan seterusnya berlaku di London, askar-askar bersedia. Lipan muncul di langit dan askar-askar tidak pandai dengan corak permainan. Brenner dan Ludlow mengambil alih dan mengalahkan mereka. Alien menghantar mesej tahniah dan memberi anjing Duck Hunt sebagai trofi dan mengingatkan mereka mendahului 2-1.




Violet, Brenner, Ludlow, Eddie



New York City tempat serangan seterusnya. Brenner, Cooper dan Violet ke penjara untuk mencari Eddie. Cooper bersetuju dengan syarat Eddie nak date dengan Serena William dan Martha Stewart. Mereka perlu menghalang Pac-Man dan untuk berjaya perlu kalahkan 3 kali. Violet menyediakan 4 Mini Cooper berdasarkan hantu di Pac-Man. Kereta ke 4 dipandu pencipta permainan, Toru Iwatani.


Iwatani cuba merayu Pac-Man sebagai anak, tetapi tangannya digigit. Baki 3 mini copper mengejar, Pac-Man menyerap kuasa dan beri keupayaan untuk makan hantu dan Ludlow melarikan diri selepas Pac-Man makan keretanya. Eddie juga kalah apabila kereta terjatuh dalam sungai. Brenner mengejar ke tempat parking dan kuasa berkurang untuk kalahkan Pac-Man. Pasukan itu diberi Q*bert sebagai trofi.


Melawan Pac-Man. Mini Cooper tu sebagai hantu

Comel Q*bert dijadikan trofi

Penampilan khas Serena Williams


Pasukan itu meraikan kemenangan. Matty anak Violet mendapati Eddie menggunakan helah kelajuan dalam game Pac-Man. Eddie melarikan diri dan Matty diculik sebagai trofi. Alien melepaskan permainan video di Washington kerana mereka bersedia untuk ambil alih Bumi. Salah satu alien menjadi Lady Lisa. Dia melawan Ludlow sehingga dia kata sukakan Lady Lisa dan mereka bercium.


Alien melepaskan permainan lagi

Suka main game ni !

Lady Lisa sangat seksi


Brenner, Violet, Cooper dan Q*Bert dibawa ke kapal alien. Mereka perlu kalahkan Dongkey Kong dan selamatkan tawanan / trofi. Brenner mengambil tukul dan memusnahkan Dongkey Kong. Menyebabkan permainan video kembali ke kapal termasuk Lady Lisa. 


Pasukan itu diiktiraf sebagai wira. Satu perjanjian damai telah dibuat dengan alien. Q*bert berubah menjadi Lady Lisa, untuk menggembirakan Ludlow. Brenner dan Violet menjadi pasangan. Tangan Iwatani dipulihkan dan tawanan dibebaskan. Setahun kemudian, Ludlow dan Lady Lisa berkahwin dan parents 5 Q*berts . Okey kelakar :)


Menjadi wira


4.5/5*


9 comments:

Pha Is said...

baru je tengok.. x kena dengan taste... hmm.. lain org lain pendapat...

tiga lalat said...

nntila wak downlod ., hihi2

ps. amanina ni ke hotwheels kah? ;p

Khai♥Rin : anies said...

Sy dpt tix utk tgk cite ni. Pastu kasi kt membe... dia plak smpi lewat... mmm melepas nk tgk

izzeyda said...

anak hari tuh ajak tengok filem nih.. sampai ke habis, tak bawak pun..

Cik Ash said...

Dah lama x p wayang

Zie Has said...

macam syok je ... sesuai sangat ni untuk yang suka main game :)

Zie Has said...

game-game yang dia tonjolkan pun klasik aje ... pac man, game block tu :)

Fiza Rahman said...

Beli DVD jer lah nanti.

Murni Alysa said...

mggu lps suami bukak cerita ni kat show box..tapi tengok gitu2 jer..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com