3 October 2015

Dosa Simpan Kuku Panjang


Salam Readers..

Dosa Simpan Kuku Panjang | Helloo ladies, lady, old lady di luar sana yang merasakan mereka lawa dengan kuku panjang. Akak bukan apa, cuma akak nampak scary bila tengok muka lawa tapi tapi bila terpandang kuku terus akak rasa takut angat. Kalau akak lelaki pondan sejati, mesti dah reject perempuan stok kuku panjang. Simpan nak buat apa pon tak tau. Agaknya nak cakar muka orang kot. Hihi



Dosa menyimpan kuku panjang dan memakai pewarna kuku


Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkan dosa yang telah kita tanggung. Bagi orang Islam tidak sesuai berkuku panjang. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita yang sentiasa berkuku pendek.



Orang melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan. Apa ilmu yang di ajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.





Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasa berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini belum termasuk korek hidung, telinga, basuh najis dan sewaktu dengannya. 




p/s: Nak tahu orang tu bersih ke tak sila perhatikan kukunya. Herher


Info : FB

17 comments:

Siti Yang Menaip said...

jadikan habit.. potong kuku sminggu skali..

Aqilah Azmi said...

uish thanks!
hehe nasibaik mmg jenis kuku cengkam so mmg sentiasa pendek ahaha

Deanna Morni said...

sy rimas dgn kuku pjg....xleh bygkan org simpan kuku pjg mcm mn....huhuh

♥TheOnlyFarah♥ said...

Opss akak memang sentiasa berkuku pendek yer.. :)

Pha Is said...

masa kerja kat kfc dulu, tiap2 hari masuk kerja kena check kuku.. hehehe.. mengalahkan cikgu disiplin sekolah..

Dunia Zumal said...

Kuku panjang tu keluarga beruang kan...

Zie Has said...

kuku panjang akan buat kita tak selesa ... tak paham kenapa lah diorang suka bela kuku ni

Zie Has said...

"Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!" ... baru tahu ni :)

Khai♥Rin : anies said...

tu hadis palsu nina... tak de hukum sbnr nyer tp dr segi etika, mmg tak elok / krg manis menyimpan kuku panjang

izzeyda said...

betul rimas jugak kuku panjang nih..

Cik Ash said...

Kalu jenis gigit kuku xyah potong.dah kuku hahaha

Mizz Aiza said...

kena pastikan kuku sentiasa bersih.. kebersihan mencerminkan keperibadian..

Zie Has said...

jangan bela kuku panjang ... jangan warnakan kuku :)

Kira Sakura said...

tak suka jugak tgk org kuku panjang. tak kira lelaki atau perempuan. alhamdulilah diri sendiri pun bila kuku panjang sikit mula rimas nak potong buang je huhuhu

el said...

cantik kuku purple tu nina
nina pya kuku ke haha

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
akak pun pemalaih potong kuku
larriiiiiiikkkk he3

zai zamree said...

Xleh simpan pnjg sbb hr ² dok gaul garam kunyit. Mmg kuning kuku jdnya 😁

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com