15 October 2015

Film Review : The Martian


Salam Readers..

Film Review The Martian | Whats Up guys ! Bulan ni baru dapat tengok wayang, itu pon tak dapat tengok dengan bf. Kali ni ubah selera pula layan filem sains fiksyen. Bila pandang poster muka Matt Damon terus tak nak tengok. Movie ini kira menarik juga bagi peminat subjek sains gituw. Siapa tahu orang yang disangka mati di Marikh sebenarnya masih hidup dan bercucuk tanam kentang ! Gila kentang betoi :P



The Martian adaptasi dari novel menggunakan nama yang sama. Dalam masa seminggu berjaya menarik penonton dan hingga sekarang box office sehingga $393.3 million





Sinopsis :


Pada tahun 2030, anak-anak kapal Ares III, misi manusia ke Marikh telah menubuhkan 1 habitat buatan sementara, yang dikenali sebagai Hab. Mereka tinggal selama 2 bulan. Hari ke 18, ribut petir di Marikh dan anak-anak kapal terpaksa meninggalkan Marikh. Semasa proses pemindahan dari Hub ke kapal, angkasawan Mark Watney tersangkut pada serpihan hilang dan dianggap mati. Komander Melissa Lewis terpaksa meninggalkan Watney demi keselamatan anak kapal.


Watney masih hidup dan mendapati dirinya terdampar di planet asing seorang diri. Dia kembali ke Hab, walaupun tidak dapat menghubungi NASA. Selepas kiraan, dia mempunyai 300 hari bekalan makanan. Dia menggunakan pengetahuannya sebagai seorang ahli botani untuk membuat ladang sementara dan perlu hidup sekurang-kurangnya 3 tahun untuk ke tapak pendaratan Ares IV (sekitar 1480 hari).





Dengan bekalan yang ada dan kepintarannya, dia perlu mencari cara untuk memberi isyarat ke Bumi untuk menyatakan dia masih hidup. Pengkaji gambar satelit Marikh, jurutera NASA, Vincent Kapoor dan Mindy Park sedar Watney terselamat dan segera merancang cara untuk berhubung dengannya. Takut Watney boleh mati tak lama lagi, pengarah NASA, Teddy Sanders perintah tidak memberitahu anak-anak kapal Ares III, dalam perjalanan kembali ke Bumi di atas kapal angkasa Hermes.


Watney mencari Pathfinder, yang tidak berfungi sejak tahun 1997, dan menggunakannya untuk berhubungan dengan Bumi. Watney dan pasukan di Bumi menggunakan kamera Pathfinder dengan menggunakan abjad untuk meningkatkan kecekapan komunikasi.






Pihak NASA merangka pelan untuk menghantar bekalan ke Marikh supaya Watney dapat bertahan 4 tahun sehingga Ares IV boleh menghubungi. NASA terdesak untuk melancarkan siasatan dan pemeriksaan. Watney mengalami kemalangan apabila airlock meletup dan membunuh tanaman dan mengurangkan bekalan makanan.


Anak-anak kapal Ares III kembali ke Marikh dan menyelamatkan Watney. Komander Lewis membawa anak-anak kapal dalam misi membawa pulang Watney dengan selamat ke Bumi.







4/5*

13 comments:

el said...

k.el suka mat damon ni
lau cite the bourne identity tgk byk kali x jemu2
mmg suka cite action ni

izzeyda said...

lamanya tak layan wayang..nanti nak terjah laa..

♥TheOnlyFarah♥ said...

macam best jer nina.. tgk nina review pun 4/5 confirm la best kan..nak pi la bila tah..huhuhu

Mizz Aiza said...

nampak menarik filem ini..

Farrah MF said...

Menarik utk dilayan ni. Dah lama tak tengok citer mamat ni berlakon.

Zie Has said...

macam best jer cerita ni :) ...

Zie Has said...

kena tunggu CD keluar la nampaknya ... sebab dah tak ke wayang sekarang sob sob :)

Siti Yang Menaip said...

wow.. 4/5 tu kira tinggi tu rating.. eheh..

Kira Sakura said...

ok boleh mintak suami cari dan donlod lah macam ni hihihihi

el said...

nti nak suh abe download movie ni
k.el suka sgt cite cenggini

el said...

matt damon tu k.el mmg suka tgk dia berlakon
mmg stailo

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
wowww
citer angkasawan yer

Pha Is said...

mat damon kot.. x sabar nk tggu tahun depan, cerita bourne no. 5.. best giler dia berlakon dalam trilogy tu. Bourne:Identity, Bourne:Supremacy, Bourne:Ultimatum. harap kali ni matt damon berlakon balik dalam cerita tu, tak macam bourne:legacy (no. 4) punya.. hampeh sebab org lain yg berlakon..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com