13 December 2015

Sinopsis Drama Cik Cinderella & Encik Tengku (Slot Lestary TV3)


Salam Readers..

Sinopsis Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku | Drama adaptasi novel menemui penonton di Slot Lestary TV3. Buat peminat Shukri Yahaya dan Zahirah MacWilson jangan lupa tonton. Sweet je :) Drama 13 episod yang diarahkan oleh Eoon Shuhaimi memang membuatkan penonton teringat drama Love You Mr Arrogant






Sinopsis Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku 


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tiri. Puteri sering dipinggirkan oleh ayahnya yang seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha. Dalam masa yang sama, Puteri mempunyai tunang bernama Ashraf, seorang lelaki yang mengharapkan wang perempuan. 


Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan Puteri semakin bosan dengan sikap lelaki itu tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula.


Suatu hari, Puteri bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah kacak Daniel, membuatkan Puteri mula terpikat kepadanya dan dia semakin jauh dengan Ashraf. Puteri menyimpan perasaan cinta terhadap Daniel kerana sikapnya yang menyenangkan. Namun dia dalam dilema kerana wasiat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf. Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya.



Tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya menjalin hubungan sulit dengan Ashraf. Sha sangat cemburu dengan Puteri dan sering memantau segala gerak langkahnya. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkar rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang mengaibkan.


Segala perancangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu kerana Puteri tak ingin meneruskan lagi. Konflik terjadi tatkala persiapa telah direncanakan dengan bajet yang melampau. Sha sanggup menjatuhkan maruahnya demi cinta terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel bersama Puteri.   


Sanggupkah Puteri meneruskan perkahwinan itu demi amanat arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi pada Sha yang telah mengkhianati adik tiri sendiri demi seorang lelaki? Nantikan drama ini pada 6 Disember 2015 !


Setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam hanya di TV3 (TAMAT)


12 comments:

Farrah MF said...

Dah 'tertengok' drama ni last week :)

Scdha Sein (SS) said...

Best?

dear anies said...

tgk gitu2 je...si asyraf tu lakonan shah iskandar ek?

Cik Ash said...

memang best kak ekin tak tinggal lagi tengok hihihi suka shukri yahya hahaha

el said...

alahh terlepas lak drama ni
asik tungu cite emma maembong tu je..adoiii

Mizz Aiza said...

Baru tengok.. menarik juga drama ni..

Qaseh Vee said...

dah lama sis tak menjengah tv3 ... huhuhuuu

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
fefeeling yer nengok drama ni he3 :P

Zie Has said...

tertengok juga drama ni beberapa episod ;)

Zie Has said...

best juga lah layan :)

Zie Has said...

tapi episod penting macamana heroin boleh terkahwin dengan hero tak tengok la pula :)

Shahida Dzulkafli said...

Drama nie best tapi cam ada sumthing kurang...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com