9 January 2016

Makan Di Habanero Mexican Dining @ Queensbay Mall, Penang


Salam Readers..


Makan di Habanero Mexican Dining, Queensbay Mall | Makan ala Mexico buat pertama kali bersama junior kolej, thanks sebab sudi join. Gigih cari restoran dari selatan hingga ke utara shopping mall, nampak tak mall tu sebenarnya besaq dan panjang. Lepas siap pasport terus perut terasa lapaq jadi singgah sini dulu. 


Habanero, sejenis Chili Pepper yang senang dijumpai di Mexico. Nama diberi menunjukkan bahawa makanan Mexico kesemuanya pedas belaka. Sebab tu orang Mexican tak ada kencing manis. Haha memandai ! 



Habanero Mexican Dining Entrance

Welcome to Mexico City ! Really?


Teringat zaman sekolah rendah balik mengaji mesti layan telenovela start La Usupadora, Maria Mercedes etc sebab dah lupa tajuk. Berminat juga nak belajar bahasa Spanish. Oke, situasi sama macam "Pasta Zanmai" sebab nampak muka Chinese dan restonya agak sempit tapi kami masuk juga.



Kami memilih Burrito, makanan popular masyarakat Mexico yang dibalut bersama kepingan Tortilla. Menikmati Burrito Chorizo Beef yang dibalut dengan sedikit Tomato Chili Mexican Rice. Tortilla dibakar sebelum dibalut dengan nasi. Menggunakan beras Basmathi. Rasanya cukup lembut dan tak berminyak. Sebenarnya makanan Mexico kebanyakan berkhasiat, banyak guna sayur sebagai medium makanan di negara itu. 



Burrito Menu

Taco Menu

Ensalada Menu (Mexican Salad)

Quesadilla Menu


Sebelum masuk boleh tengok papan menu yang ada di depan pintu masuk resto dan boleh pilih bermacam jenis makanan Mexico. Jangan risau tukang buat akan guide korang, cuma FAIL bab sos yelah baru pertama kali sebab makanan akan rasa pelik sikit macam tak kena dengan tekak melayu. Herher hancus.. Akhirnya nacho bersama sos keju tu kena dengan tekak. Yeahh



Acece tahan lapaq

Burrito dan Nacho

Nacho sedap dimakan dengan sos keju dari sos salsa

My Burrito beef ! Ada karot, bawang, nasi, daging


Harga makan seorang di Mexico dan totalnya :

1 Burrito Chorizobeef - RM 14.90

1 Set Nacho - RM 4.90

TOTAL (Incl GST 6%) = RM 19.80



HABANERO MEXICAN DINING
(Tingkat 3 sayap utara mall)


3F-22D, Queensbay Mall,
100 Persiaran Bayan Indah,
11900 Bayan Lepas, Penang

Business Hours : 10.00 am - 10.00 pm (Monday - Sunday)


*Habanero juga menyediakan perkhidmatan delivery ! Boleh klik sini untuk order 


6 comments:

Siti Yang Menaip said...

uish menu gempak2.. ada nachos sedapnya..

Cik Ash said...

sedapnya makanan tu

Farah said...

Dekat sini banyak juga Mexican Food tapi tak pernah cuba lagi sebab takut tak suka.

Qaseh Vee said...

hidangan yg sesuai utk org yg berdiet tu ... menyelerakan .

Farrah MF said...

Nina bagi berapa bintang? Kita boleh pilih ke level pedasnya?

Shahida Dzulkafli said...

Yup.. Suka dengan Nachos dan sos keju..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com