11 Jan 2016

Makan Meatballs Di IKEA, Cheras

Salam Readers..

Makan Meatballs di IKEA, Cheras | Meatballs Sedap di IKEA yang baru dibuka. Sambungan dari "Magnum Cafe Mid Valley" . Entry basi bulan 11 tahun lepas, busy ke laut macam gini lah dan masih berbaki 3 entri kesemuanya pasal backpack. Ok, demi permintaan retis Ruhil yang nak sangat tengok muka mamat loyar buruk ni maka blogger petai harus lepaskan sekeping. Sekeping je?? Eh cukup lah nanti readers muak.



Meatballs IKEA kegilaan ramai termasuk kami !

Kalau singgah ke KL wajib ke IKEA

Ayam kegemaran bf


Malam Sabtu, 21 Nov lepas, walaupun hujan lebat kami teruskan juga ke Cheras jam 8.30 malam, semua risau tak sempat makan takut dah tutup. Abam Napis dengan muka mengidam pun usung awek's ber 4 ke sana sebab dia pun teringin. Semua rushing sebab lepas makan dalam 11.30 kami sampai di Uptown Danau Kota. Teman si dia yang nak tukar cover Iphone. Kaki berjalan sungguh. 



Ramai sungguh manusia malam tu. Que panjang

Mastura ni bekas blogger yang bersara, Maslinda pula kawan study, serumah etc

Suka decoration IKEA Cheras yang teratur dan besaq ! Muka sengih dapat makan 

Lot Parking yang besaq. Memang puas berjalan dalam tu, masa untuk balik

Makanan sini murah-murah kan? 



FAKTA IKEA, CHERAS


  • 20% lebih besar dari IKEA Damansara. WohoOoo dan opcos tetap akan penuh dengan manusia. Kalau ada 10 branch pun still penuh. Semua pakat nak menternak lemak plus berangan nak deco rumah, ada yang terlentang atas tilam sampai tidoq terus. 
  • Cafe IKEA lebih besar dari Damansara. Kalau kat sana boleh muat 500 orang tapi di Cheras, 780-800 orang boleh sekali makan. 
  • IKEA Cheras merupakan cawangan yang paling besar di Malaysia selepas Damansara.
  • Tempat parking sebanyak 1762. Wow banyak !
  • Nak tapau sila bawa TUPPAWARE sendiri, no plastik bag.
  • Untuk pertama kali masuk, jangan jakun atau nebes sebab senang je nak pilih menu makanan just follow orang depan. 



Bajet Makan Berdua :



15 Meatball - RM 15.00
5 Chicken - RM 12.00
Mushroom Soup - RM 4.20
IKEA Drinking Water 2 botol - RM 2.00



TOTAL (GST 6%) : RM 33.20




IKEA CHERAS

Address : No. 2A, Jalan Cochrane, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur. 


21 comments:

  1. hahaha.. retis ruhil, nak sainnnn....

    wah ~ dah sampai.. nak pi jugak.. tapi, tak dan.. bz lagi sekarang... best tak?

    ReplyDelete
  2. terbaik...
    singgah sini

    ReplyDelete
  3. xsmpt merasa lg..waktu p dgn member, pnuh sgt..huhuhu. tp kat damansara tu. chras xpnh p lg

    ReplyDelete
  4. hari tu pi kl..singgah IKEA
    giler lama x pi IKEA
    x sggup nak khatam IKEA tu

    ReplyDelete
  5. lepas pi khatam IKEA weols pi cari meatball plak
    giler panjang beratuq...apa leh wat..kalo berdua ok lah
    ni beranak pinak..jenuh nak tgu..anak2 kan boleh kang kuar ayat
    "mama lapo...mama lapo" mama naik hantu kat IKEA caner haha

    ReplyDelete
  6. tiba2 teringat karipap IKEA
    ngan eskem IKEA tu
    sedap n murah...

    ReplyDelete
  7. k.el teringin nak mkn salmon ikea tu
    ntah bila lah nak pi lagi..insyallah tgh taun ni kut
    tu pun bila smpai kl kan..mcm malas nak pi..tp skrg ada kat cheras kan..haaaaaaaa
    dekat sgt lah ngan umah adik ekeke

    ReplyDelete
  8. kalo pi ikea ni x tau nak beli apa masalahnya haha

    ReplyDelete
  9. alahai...terliur nmpk meatballs tu!! nyum²

    ReplyDelete
  10. perghh...cam sedap je...kena try ni...

    ReplyDelete
  11. slrpppp lama tak makan meatball ikea :P

    ReplyDelete
  12. hello blogwalking sini sikit.. heehe..

    ReplyDelete
  13. Tak sampai lagi ke ikea cheras ni.

    Meatball kalau ke ikea memang wajib telan

    ReplyDelete
  14. wewit...makan meatballs tak ajk..ok bai

    ReplyDelete
  15. hope blh sampai situ satu hari nanti . mcmlah jauh bebenor ... heheheee

    ReplyDelete
  16. Akak tak pernah sampai lagi Ikea Cheras, selalu gi kat mutiara damansara tu je :)

    ReplyDelete
  17. x berjaya lagi nak makan meatball ikea nie.. The Curve pun x terpergi.. Cheras apatah lagi..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com