20 August 2016

Senarai Hadiah Idaman Lelaki


Salam Readers..


Senarai Hadiah Idaman Lelaki | Hadiah Untuk Suami/Boyfriend | Siapa cakap tak boleh beli hadiah buat kaum tak sejenis. Nak beli untuk crush/kawan lelaki pun boleh. Yang tengah pening meh nak tolong korang pilihkan hadiah apa nak beli tu.



8 hadiah istimewa buat lelaki moden. Tukar dari parfume, kemeja atau dompet yang seolah-olah jadi 'hadiah wajib' buat lelaki. Memandangkan bulan Ogos ni birthday bf maka Nina nak kongsikan tips-tips untuk simpanan di masa hadapan 




1. Handphone


iPhone 6


Ikut trend semasa, tak salah untuk hadiahkan smartphone seperti iPhone buat jejaka istimewa di hati. Jika si dia tak kedekut belikan hadiah barangan mahal buat korang. 




2. Jersi Bola Sepak


Jersey MU


Jika teman lelaki fanatik bola sepak. Pancing ikan hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kegeramarannya. Kalau tak cukup bajet, boleh je beli jersi tiruan. Pastikan bf jenis spesis tak kisah atau demand. Asalkan kita ikhlas memberi.




3. Permainan Video


Play Station 5


Seperti kanak-kanak, majoriti lelaki sukakan permainan video. Dari video Sony PS1 hingga model PS5 terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang. 




4. Sport Rim


BMW M6 SE Sport Rim

Jika si dia seorang peminat kereta, suka upgrade aksesori kereta boleh hadiahkan sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin. Buat mereka yang termampu saja. 




5. MP3

Portable Mini Mp3 Player


Fenomena muzik tiada batasan. Teknologi muat turun lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Apalagi download sekali lagu kegemaran si dia!




6. Kasut Futsal


Nike 5 Elastic White Blue


Perlu bagi seorang wanita 'mencintai' apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut berjenama kegemarannya boleh menjadi hadiah paling sesuai. Ini membuktikan korang sokong minatnya.




7. Kejutan Majlis Hari Jadi


 Siapa tak kenal couple Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina


Kalau ada bajet lebih, aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh membuatkan kenangan dalam hidup. Amacam? 


8. Jam Tangan


Casio G Shock MTG-S1000D

Rata-rata lelaki suka pakai jam, kena lah up to date tahu brand apa yang dipakai selalu si dia. Nanti senang nak pilih. Hehe


Tambahan Hadiah Budjet

9. Set Tali Pinggang + Dompet

10. Kasut Jalan (Sneaker ke)

11. Topi/Baju T-shirt or Kemeja




p/s: Sesiapa kat sini lelaki, boleh tambah hadiah apa sebagai panduan bagi gegadis mencari hadiah 


13 comments:

Siti Nurzafirah said...

no 11 tu banyak kali dah buat... no 8 tu style jugak.. tapi, kalau request TISSOT, nanges kat sudut rumah.. sebulan tak payah makan

Farrah MF said...

hehehe memang hadiah idaman! :)

Mummy Julia said...

wow banyaknya listing nak kasi apa? tapi nak kasi kat sapa ea.. hero2 bg makan je dh happy.. hehehe :)

Mummy Julia said...

Jap mummy nak cari pak we sat.. bole dipraktikkan ... hahahhaa :p

ZULHILMI TEMPOYAK said...

padaku... jnji dia ada di sisi. aicehhh.. hhahaha

Irda Garmin said...

untungnya sapa laki dpt hadiah tu

Murni Alysa said...

Hadiah yg tersenarai tak pernah bagi kat pokcik..hahahaha

Cik Ash said...

kak ekin bulan 12 ni kena fikir2 nak beli buat suami la hihihihi

aswadz said...

belanja makan pun okay dah sebenar nyer.

Pha Is said...

mostly rasanya laki x mengharap sangat hadiah hari jadi.. hari jadi pun kadang2 entah dia sambut entah tidak.. hahaha

tapi kalau nk bagi hadiah ikt jenis laki jugak.. contohnya, kalau dia x minat bola, bagi kasut futsal atau jersi mmg dia pndang sebelah mata je la..

tapi jgn risau sbb kalau dia dah sayang, dia buat2 jugak muka nampak macam suka hadiah tu, sbb nk ambik hati.. hehhe...

Kira Sakura said...

bagi anak. ehhhh hahahahaha larikkkkkk :p

Nur Fannun said...

kalau lelaki tu jnis suka smbut birthdy & bg hdiah..ok la kan nak bg hdiah idaman ni..kalau x memadai la skadar wish je kn..

dear anies said...

sy selalu kasi buku je... selain hadiah dia boleh jg tambah ilmu ;-) ngeh ngeh ngeh

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com