27 December 2016

Selamat Pengantin Baru Farah & Haris


Assalamualaikum Readers..


Musim kompang dipalu pengantin malu belum habis lagi, selagi tak masuk 2017, kenduri sana sini. Jimat mak sebab gantung kuali, sudip tapi bila malam menjelma kena masak jugak. Hahaha.. Tak boleh nak kata jimat kalau pi makan kenduri 2 3 tempat sehari. Baiklah nak mulakan mukadimah. First time kita pi kenduri kahwin kawan zaman study, banyak dah kahwin tapi tak pernah FREE, busy kerja, berapa banyak berkat dah tak dapat ambil. Haha 😄



OTW ke masjid, bila dah makeup terus nampak lawaaa

Who NEXT? Haha tunggu entri seterusnya



Kali ni kena hadirkan diri juga, memandangkan pengantin perempuan satu asrama dan rumah sewa + pengantin lelaki juga kawan sekolej. Ermm dah bertahun-tahun bercinta akhirnya jadi laki bini jugak. Maka ke Jitra lah kita pada 17 Dis (Sabtu) lepas . Lama tak balik sana, tunggu kenduri baru nak jejakkan kaki.



One things, dapat juga kumpul ramai-ramai, ada kawan-kawan yang sanggup turun dari KL. Ermm ni yang sayang, tapi sayangnya dok kena sakat. Nyampah mak asyik-asyik tanya bila nak kahwin. Bila sesaja mengadu kat Napis jawapannya "kawan awak bagi hantaran ok jugak" terus tergelak 😄 Orang serius dia boleh loyar buruk.




Sementara tunggu pengantin make up, selfie 2 3 ketui. Bib buat LOVE kat sape tu


The power of make up lain dari sebelumnya. Tahniah Kak Cik


Rombongan Tuan Haris tiba dari Sungai Petani. Rayban tu wajib ado


Apa yang best menu time kenduri kat Kedah ni ialah setiap daerah lain-lain. Utara - Tengah - Selatan lain-lain menu masakan. Di utara kalau tak ada masakan rebung tak sah, sedap noks tapi malu nak tambah, menyesal sampai sekarang. Di tengah macam Baling, Yan, Gurun Sahara mesti ada gulai batang pisang, langsung tak boleh diterima oleh tekak. Haa selatan lebih kurang cam Penang 😎




Makan penuh pinggan, sedap lauknya. Kesemuanya catering je

Sesudah makan, ini jelah jejaka, ex classmate yang mai kenduri. Itu pun kerja di UUM

Rayban mana rayban? Tak sangka Ninie preg 5 bulan tapi nampak slim



 SELAMAT PENGANTIN BARU FARAHSYAZWANI MOHAMAD @ kakcik & MOHD HARIS FAHMI 😍

17 DISEMBER 2016


7 comments:

Mrs. A said...

Sekarang memang musim orang kahwin.
Mrs. A semalam pun ada lagi kawan Mr. A yang kahwin.

Haish! jenuh nak pi semua.

Tapi sekarang trend goodies kacang dalam botolkan no more telor-telor ngeh!ngeh!ngeh!

FarahGlanzDotCom said...

tahniah buat pasangan pengantin..nina bila lagi..larikkkkkkkkk ;p

Adam said...

Cantiknya oengantin.
Selamat pengantin baru.

dear anies said...

terkejut baca tajuk tadi igt farah yg mana td hehehehe


barakallhulakuma... ;-)

el said...

selamat pengantin baru

Cik Ash said...

selamat pengantin baru buat kedua-dua pasangan...

Cik Yaya said...

selamat pengantin baru (baru xbaru jugak la kan..hehe)
moga shbat kekal bhgia till jannah.. ^_^ Aminn

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com