14 April 2017

Rumah Rehat MARA Negeri Johor @ Bukit Saujana Apartment, Johor Bahru


Assalamualaikum Readers 🌠✨


Puas selfie di padang JDT kami balik homestay sebab Ude nak balik Somban petang tu tapi kena ke JB hantar Nina dan Shera. Kami dan yang lain stay Johor sehari lagi. Jauh rupanya 😂😂 Senang guna google map cari rumah rehat MARA. Tak payah nak cari hotel ke apa sebab Zul staff MARA, homestay sebuah rumah hanya RM 40 saja 😉😉 Rezeki lepas habis diploma dapat kerja. Kami tumpang merasa.. Hehehe



Lupa nak snap pintu kaca lawa kemain

Nice weather JB !! View dari tingkat 7, blok Sri Pahlawan


Yang tak bestnya kami tak dapat mandi pool, tengah cuci 😭😭 Untung jadi staff Majlis Amanah Rakyat, semua negeri ada rumah rehat. Nak cuti tak payah fikir tempat tinggal. Apartment ini ada 3 bilik (aircond) incl di ruang tamu dan 2 bilik air. Semua kelengkapan dapur, meja makan, tv, sofa disediakan. Wow 😮😮 kalau ada cuti mau ler duduk 2, 3 hari lagi. Meh usha bilik-bilik kami. Serius kepala kena bantal tak bangun dah.



Bilik utama siap toilet

Bilik selesa sejuk time malam. Luar pintu masuk tu toilet jugak

Toilet bersih baq hang.. Tak terkira berapa kali kami masuk keluar

Ermm rasa macam nak bawak balik

Bantal lebih pun banyak, dapat peluk sorang satu

Bilik ke 2

Bilik ke 3


Terletak dalam kawasan bandar JB, senang kitaorang nak gerak sana sini cari kedai makan. Luar apartment pun bersepah kedai makan, gerai burger tepi jalan. JB ni fames dengan 'FOOD TRUCK' tapi tak singgah pun. Melepas nak makan sebab balik dari Danga Bay dah lewat malam. Next time kena turun lagi ni. Food hunting belum selesai.



Ini namanya dapur tak berasap

Bukan astro tapi NJoy

Setiap sebuah rumah ada 1 park. Dah macam kawasan rumah tetap park tak cukup

Ready nak balik


BUKIT SAUJANA APARTMENT
YAHYA AWAL
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR



Bagus kalau dapat reunion lagi kat JB. Hehehe.. Itu pun kalau salah sorang tak kahwin. Thank you so much Zul menaja penginapan gegadis dan jejaka. Bersambung entri ada apa di Kilang Bateri? 😏😏


1 comment:

alia farhan Said said...

wah..bestnya jd staff mara kan...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com