11 August 2018

Cuba Makanan Johor @ Selera Johor, Johor Bahru



Assalamualaikum Readers
 
 
Cuba Makanan Johor Di Selera Johor Larkin | Tempat Makan Di Johor Bahru | Plan asal nak masuk USS dan jumpa cousin yang menetap kat sana tapi fikir punya fikir sampai pusing, maka postponed la trip tu, datang JB untuk makan dan jumpa Blogger Ein. Hampa kenai dia dak? Hehe.. Maka pagi 4 Ogos (Sabtu) pukul 5 dah tercongok di airport, breakfast McD dan kami pun boarding, mamai punya pasal tunggu di gate (flight ke KK). Hahaha.. Adoi.
Bukan tak biasa dengan flight pukul 7 pagi. 
 
 
 
Tata Penang

Selamat landing


Entrance Selera Johor

 
 
 
Sampai Senai dalam pukul 8.15 pagi, sampai terus masuk grab dan tuju ke hotel, letak beg. Nasib baik jumpa abg grab yang baik hati sebab sanggup hantarkan kami dari hotel ke Selera Johor dan ambil tambang suka hati. Dia off apps grab. Semoga murah rezeki ya. So dia suggest makan kat sini sebabnya dalam satu bangunan ada semua makanan-makanan Johor !! Wah.. suka banget.
 
 
 
Haruslah selfie. Jangan lupa cuba Mee Rebus Stulang Laut
 
Mee rebus sedap, mee banyak dan kuah pekat. Ambil yang biasa, ada juga daging. Kacang phool lebih kurang macam di Penang. Boleh refer sini


 
 
Sayangnya takda rezeki nak rasa bakso dan laksa Johor sebab kedai tutup. Jadi dapat makan mee rebus dan kacang phool saja. Jadilah, tu dok nampak macam nak jadi sebab untuk mai JB lagi. Hahaha.. Harga makanan tak tahu sebab bukan Nina yang membayarnya. Puas makan sebab rasanya sedap.
 
 
 
SELERA JOHOR FOODCOURT
 


Address : No 2, Jalan Garuda, Taman Dato Onn Jaafar,
80350 Johor Bahru.
 
 
Business Hours : 8 AM - 8 PM
 

 
 

1 comment:

Farah said...

Untungnya kak Nina pergi jalan-jalan cari makan dekat negeri orang :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com