14 September 2019

Ramen Cheese Leleh @ Bae Shake Bertam, Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers
  
 
Makan Ramen Cheese Di Bae Shake Bertam Pulau Pinang | Bae Shake Bertam | Air Caramel Latte Sedap Di Penang | Lamanya tak tengok blog. Hanya sempat draft lepas tu log out. Hee.. Dah lama stall ni viral di Penang tapi baru 31 Ogos lepas dapat terjah, adik tunang asyik cakap craving nak cuba ramen dan air yang orang review dalam IG. Bae Shake Bertam menyediakan perkhidmatan delivery sekitar Bertam.
 
 
Ramen Pedaih Manja - RM 12 + Air Caramel Latte (Nina) - RM 7 + Air Iced Latte with Boba (Aqilah)

Budak Aqilah tayang dalam ws pulak. Haha kejam.. Unicorn shake yang paling laris dan sedap. Memang sedap, puas dapat minum. Campuran buah mangga unik dan buah naga, rasa pekat manis berlemak.



Bae Shake ni ada 2 branch, di Bertam dan Kulim. Jadi kami pilih makan di Bertam dekat sikit (dekat sebab nak menjala shawl Ariani di Sungai Petani. Hehe). Apa yang best di Bae Shake ni? Ada macam-macam jenis ramen boleh cuba bersama ayam cheese meleleh dan banyak variant air yang boleh di cuba. Hari tu kami cuba Ramen Pedaih Manja dan Air Caramel Latte dan Iced Latte with Boba. Kedua-duanya sedap! Harga mampu bayar.
 
 
Ayam ramen penuh dengan cheese tapi kena makan panas-panas dan ramen tu pedas walaupun makan yang kurang pedas.
 
Caramel Latte sedap bagi Nina sama juga Iced Latte with Boba (ais latte pekat dan boba tu lembut)
 
 
Bae Shake ni hanya stall kecik saja di tepi jalan dan menghadap sawah. Mula sampai tu macam tak percaya tapi bila ramai yang tunggu dalam kereta sebelum stall buka. Mak aii.. Stall buka pukul 1 tapi kami sampai dalam 12.30 tengahari dah 2 3 kereta menunggu. Nak makan kat sini susah sikit sebab meja yang terhad. Tengok orang-orang berdekatan hanya tapau. Kalau dalam perjalanan nak ke utara seperti Kedah atau Perlis singgah ke Bertam untuk cuba makan di Bae Shake.
 
 
Stall Bae Shake Bertam (Google)

 
 
Lokasi :
 
 
Bae Shake Bertam Branch

Jalan kampung permatang tinggi,
kampung pantai kemelun,
13200 pulau pinang.
(Waze : BAE SHAKE BERTAM)
 
 
Buka :
1.00 pm - 9.00 pm
(ISNIN TUTUP - BERTAM & KULIM)
 
 
Official IG : @baeshake_bertam
Official FB : Bae Shake Bertam


2 comments:

  1. unicorn shake tu yg menarik perhatian..hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya air unicorn tu.. mengancam.. campuran mangga dengan buah naga pula tu.. pergh!!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com