27 Dec 2020

Tips Kenal Pasti Buah Munggai Muda Atau Tua

 Assalamualaikum Readers


Tips Kenal Pasti Buah Munggai Muda Atau Tua | Buah munggai (baca sini) atau dikenali sebagai kacang kelor, buah kole atau merunggai dibawa ke tanah melayu oleh orang India. Terima kasih British, kalau tak orang melayu tak kenal dan tak makan buah ni 😂😃 Susah nak dapat di bandar. Kalau di kampung mungkin ada. Di area taman rumah Nina ada orang India tanam tapi kan buahnya kurus keding. Hahaa.. Mungkin ambil daun buat sayur kot. Makanan fav orang India. 


Gulai Munggai

Buah munggai jenis panjang


Tak semua negeri di Malaysia sesuai untuk tanam pokok munggai. Banyak pokok di tanam di utara berbanding selatan. Susah nak jumpa orang jual kecuali di kampung-kampung. Banyak khasiat buah ni antaranya anti penuaan. Nanti google eh. Buah munggai muda sangat sesuai di makan, selalunya mak akan masak gulai. Letak udang galah perghhh sedap! Kat bawah ni tips untuk kenal buah munggai muda atau tua.  


Pulas secara lembut, kalau tak bunyi bermakna buah muda

Buah munggai yang tua. Biji dah kuning dan keras. Kulit luar warna hijau coklat dan permukaan kulit agak kasar. Dah tahu tips, mudah nak beli 

Munggai tua tak boleh makan. Kalau buah munggai muda, biji warna putih dan lembut

Kulit buah munggai muda dikikis sebelum dimasak

Munggai muda siap cuci bersih


Nak share resepi pun macam susah nak cari buah munggai ni. Last Nina makan tahun 2018, itu pun jumpa di market pagi. Lepas tu dah tak jumpa buah sampai sekarang. Nasib tak kempunan. Tambah musim tengkujuh ni lagi susah nak dapat buah. Bunga munggai tak tahan musim hujan, mana nak datang buah.    


11 comments:

  1. common to my eyes lah.
    tapi tak pernah mencuba. cuma tgk je org india selalu beli.

    ReplyDelete
  2. ayah saya suka makan munggai ni smpai tnya jiran jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sophea : Peminat munggai saja yg tahu sedap macam mana

      Delete
  3. Sebagai warga selatan, saya tak pernah makan lagi buah munggai ni

    ReplyDelete
  4. Sekali tengok macam sayur petola hehhehe

    ReplyDelete
  5. Pernah makan buat masak singgang. Itulah pertama kali makan.

    ReplyDelete
  6. Rare ni. Pertama kali tahu dan tengok. Kalau tak cakap, dah fikir petola dah.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com